Visio

Ciri utama Visio

Meringkaskan dan menyampaikan maklumat rumit dengan gambar rajah data terpaut yang anda boleh cipta dengan hanya beberapa klik. Visio menjadikan penciptaan gambar rajah lebih mudah. Sama ada anda ingin merakamkan carta aliran yang anda bincangkan di atas papan putih dengan segera, memetakan rangkaian IT, membina carta organisasi, mendokumenkan proses perniagaan atau melukis pelan lantai, Visio membantu anda bekerja secara visual.

Cuba atau beliIkut panduan (dalam bahasa Inggeris)

Petikan skrin templat organisasi Visio yang anda boleh gunakan untuk terus mula membentuk gambar rajah.

Cipta gambar rajah profesional secara pantas

Mari bermula dengan Visio secara mudah dengan set gambar rajah permulaan terpilih yang dipracipta dan petua dan cara kontekstual.

Manfaatkan templat yang disegar semula dan ribuan bentuk yang memenuhi standard industri termasuk pematuhan Unified Modeling Language (UML) 2.4, Business Process Model and Notation (BPMN) 2.0 dan Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE).

Gunakan bentuk pintar untuk meningkatkan produktiviti anda memanfaatkan tema dan kesan baru untuk menyuaikan dan melengkapkan gambar rajah yang kelihatan profesional dengan lebih cepat.

Tangkapan dekat gambar rajah Visio data terpaut dengan lembaran data dan Data Bentuk.

Hidupkan gambar rajah dengan pemautan data

Sambungkan data ke penggambaran struktur organisasi, rangkaian IT, aktiviti perindustrian atau proses perniagaan rumit untuk memahami prestasi dengan lebih cepat. Bentuk Visio boleh dipautkan ke berbilang sumber data termasuk Microsoft Excel, Microsoft Excel Services, Active Directory, Microsoft SQL Server, Microsoft SQL Azure dan Senarai Microsoft SharePoint serta Business Connectivity Services.

Gunakan grafik data seperti ikon, warna dan teks untuk meringkaskan dan meningkatkan penggambaran maklumat rumit. Manfaatkan kesambungan satu langkah baru dengan jadual Excel dan tukarkan data mengikut kesukaan anda dengan satu klik.

Komputer riba dan tablet, setiap satu menunjukkan gambar rajah Visio yang berlainan.

Sampaikan satu versi yang benar secara visual

Sampaikan dan kongsi carta aliran, garis masa, peta proses, struktur organisasi, seni bina IT atau pelan lantai anda merentasi perusahaan melalui pelayan dengan Visio Services dalam Office 365 atau SharePoint. Apabila data dasar anda di segar semula, gambar rajah anda disegar semula dalam pelayar.

Bekerja bersama untuk mengusahakan gambar rajah yang sama pada masa yang sama dan melihat komen penyemak semula dengan mudah, dalam kedua-dua Visio dan Visio Services.

Lindungi gambar rajah dengan Information Rights Management (IRM), perlindungan kehilangan data (DLP) dan pengesahan berbilang faktor.

Cari maklumat untuk: