Pilih negara/rantau pengebilan anda:
{"pmgControls":[ {"functionName":"DynamicMarket","params":"commercial|.pmgDynaMarket|#pmgSKUChooserCntry|off|PMGSKUMarketCk"}]}

Office 365 Education

Alat kerjasama yang diperlukan pelajar dan guru percuma dan juga kawalan dan fleksibiliti yang diperlukan IT untuk membantu melindungi data anda.
Seorang guru membantu pelajar yang sedang menaip pada komputer riba pada meja.

Office 365 Education

Alat kerjasama yang diperlukan pelajar dan guru percuma dan juga kawalan dan fleksibiliti yang diperlukan IT untuk membantu melindungi data anda.
Seorang guru membantu pelajar yang sedang menaip pada komputer riba pada meja.

Office 365 Education

Alat kerjasama yang diperlukan pelajar dan guru percuma dan juga kawalan dan fleksibiliti yang diperlukan IT untuk membantu melindungi data anda.

Perkasakan pendidikan

Bantu pelajar dan guru melakukan lebih banyak dengan perkongsian fail mudah, pengarangan masa nyata, kelas dan persidangan dalam talian—semuanya boleh dicapai di mana-mana sahaja.

Pematuhan yang diringkaskan

Lindungi privasi pelajar dengan mengesetkan keizinan dan dasar. Arkibkan dan gunakan penahanan legal setempat untuk membantu memenuhi keperluan pematuhan. Perlindungan data lanjutan membantu melindungi keselamatan data anda.

Mendapatkan kawalan IT

Kurangkan overhed dan gangguan bahagian IT sambil kekalkan kawalan. Uruskan awan menurut kehendak anda secara mudah dan jalankan tugas dengan automatik.

Office 365 Education disertakan:

E-mel dan kalendar

E-mel dan kalendar

Gunakan e-mel kelas perniagaan melalui pengalaman Outlook beraneka dan lazim yang boleh dicapai dari desktop anda atau dari pelayar web menggunakan Outlook Web App. Dapatkan peti mel bersaiz 50 GB bagi setiap pengguna dan hantar lampiran yang bersaiz sehingga 25 MB. Ketahui Selanjutnya
E-mel lanjutan

E-mel lanjutan

Gunakan kemampuan pengarkiban dan penahanan legal serta storan tanpa had untuk keperluan pematuhan. Gunakan dasar pencegahan kehilangan data (DLP) dan petua dasar yang memaklumkan pengguna anda penguatkuasaan pematuhan tambahan melalui e-mel. Ciri ini memerlukan tambahan Azure Rights Management percuma.
Kawalan capaian dokumen dan e-mel

Kawalan capaian dokumen dan e-mel

Azure Rights Management membolehkan anda menyekat capaian pada dokumen dan e-mel kepada individu khusus untuk menghalang orang lain melihat atau mengeditnya, walaupun jika bahan tersebut dihantar dari luar organisasi. Ciri ini memerlukan tambahan Azure Rights Management percuma.
Alat pematuhan lanjutan

Alat pematuhan lanjutan

Pusat ePenemuan yang disatukan membolehkan anda mencari di SharePoint, Skype for Business dan peti mel Exchange. ePenemuan disepadukan dengan pengekalan dan pengarkiban lanjutan, membolehkan penahanan legal setempat dan projek berasaskan kes. Ciri ini memerlukan tambahan Azure Rights Management percuma.
Kelas & persidangan dalam talian

Kelas & persidangan dalam talian

Hos kelas, persidangan guru-ibu bapa dalam talian dan banyak lagi dengan audio dan video menggunakan perkongsian skrin satu klik dan persidangan video HD. Ketahui Selanjutnya
Pemesejan segera dan kesambungan Skype

Pemesejan segera dan kesambungan Skype

Hubungi pengguna Skype for Business lain melalui mesej segera, panggilan suara dan panggilan video, dan beritahu orang lain ketersediaan anda dengan status dalam talian anda. Kongsi kehadiran, IM dan panggilan audio dengan pengguna Skype. Ketahui Selanjutnya
Storan fail dan perkongsian

Storan fail dan perkongsian

OneDrive for Business menyediakan 1 TB storan awan peribadi kepada setiap pengguna dan mereka boleh mencapainya dari mana-mana sahaja. Kongsi dokumen secara mudah dengan individu dari dalam dan luar organisasi anda dan kawal individu yang dapat melihat dan mengedit setiap fail. Ketahui Selanjutnya
Laman pasukan

Laman pasukan

Bekerja bersama-sama pada projek dengan laman pasukan yang membantu mengaturkan dokumen, nota, tugas dan perbualan yang berkaitan bersama. Ketahui Selanjutnya
Rangkaian sosial sekolah

Rangkaian sosial sekolah

Rangkaian sosial selamat dan persendirian untuk sekolah anda. Perisian kerjasama Yammer membantu pelajar dan guru bersambung dengan satu sama lain, berkongsi maklumat dan mengatur projek agar mereka dapat bekerja dan belajar bersama dengan lebih baik. Ketahui Selanjutnya
Office Online

Office Online

Mencipta dan mengedit dokumen Word, OneNote, PowerPoint dan Excel dari pelayar. Ketahui Selanjutnya
Mobiliti

Mobiliti

Segerakkan e-mel, kalendar dan kenalan; capai laman SharePoint; lihat dan edit dokumen Office dengan Office Online menggunakan pelayar pada Windows Phone, iOS dan peranti Android™. Ketahui Selanjutnya
Carian dan penemuan

Carian dan penemuan

Sentiasa ikuti maklumat terkini. Cari dan temui kandungan pada Office 365 berdasarkan pada wawasan yang diperibadikan. Office Delve ialah pengalaman pertama yang akan dikuasai oleh Office Graph, iaitu koleksi isyarat dan wawasan dianalisis yang diperoleh daripada kelakuan dan hubungan setiap pengguna terhadap kandungan, topik dan kenalan. Ketahui Selanjutnya
Portal video sekolah

Portal video sekolah

Urus video di dalam organisasi anda dengan mudah. Office 365 Video ialah destinasi seluruh sekolah untuk aktiviti muat naik, perkongsian dan penemuan video serta main balik yang lancar merentasi peranti. Ketahui Selanjutnya
Aplikasi untuk Office dan SharePoint

Aplikasi untuk Office dan SharePoint

Aplikasi pihak ketiga dan aplikasi binaan pelanggan yang baru berfungsi dengan Office dan SharePoint untuk membolehkan perkhidmatan web terus pada dokumen dan laman anda.

Office 365 Education juga disertakan:

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan

Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan masa hidup jaminan 99.9% yang sama seperti kami sediakan dalam perkhidmatan Office 365 berbayar.
Keselamatan

Keselamatan

Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda. Ketahui Selanjutnya
Pentadbiran

Pentadbiran

Edar dan uruskan Office 365 merentasi sekolah, kampus atau daerah anda, kepakaran IT tidak diperlukan. Anda boleh menambah dan mengalih keluar pengguna dengan segera.
Sentiasa terkini

Sentiasa terkini

Tidak perlu membayar untuk naik taraf versi; kemas kini disertakan dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan kepada pelanggan Office 365 secara tetap.
Penyepaduan Active Directory

Penyepaduan Active Directory

Urus kelayakan dan keizinan pengguna. Pendaftaran masuk sekali dan penyegerakan dengan Active Directory.
Sokongan

Sokongan

Sokongan Microsoft memberikan jawapan melalui telefon dan dalam talian, sumber cara dan sambungan dengan pelanggan Office 365 lain untuk persediaan dan pembaikan segera. Ketahui Selanjutnya

Butiran lanjut

Untuk melihat semua ciri yang disertakan, lihat perihalan perkhidmatan yang terperinci.
TunjukkanSembunyikan
Apa itu Office 365 Education?
Tawaran sejagat yang direka untuk membantu pelajar dan guru bekerja bersama dalam cara yang menarik, tawaran sejagat ini memberi pelanggan yang layak capaian pada Microsoft Office 365, iaitu alat produktiviti dan kerjasama berasaskan awan yang terbaik daripada dalam kelas.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah saya memperoleh Office 365 Education?
1. Klik butang Dapatkan Sekarang hijau untuk memulakan percubaan PERCUMA.
2. Lengkapkan borang untuk mencipta akaun dan mengesahkan bahawa anda mempunyai hubungan dengan organisasi anda.
3. Semasa percubaan, ikuti langkah dalam portal pentadbir Office 365 untuk mengesahkan yang organisasi anda layak untuk institusi akademik. Jika percubaan 30 hari anda hampir tamat dan anda masih tidak menerima notis pengesahan kelayakan daripada Office 365, sila hubungi sokongan pelanggan.
4. Jika kelayakan disahkan, tawaran Office 365 Education akan tersedia dalam portal pentadbir Office 365.
5. Pergi ke tab Pengurusan Lesen dalam portal pentadbir untuk memperuntukkan semula pengguna percubaan anda ke tawaran Office 365 Education.
TunjukkanSembunyikan
Adakah maklumat percubaan saya akan dipindahkan kepada langganan Office 365 saya?
Ya. Sebaik sahaja institusi akademik anda disahkan, maklumat dan konfigurasi untuk akaun pengguna dicipta semasa tempoh percubaan akan kekal. Jika anda tidak melengkapkan pengesahan sebelum percubaan anda tamat tempoh, anda tidak akan dapat terus menggunakan Office 365 secara percuma. Anda mempunyai masa tambahan sebanyak 30 hari untuk membuktikan kelayakan sebelum maklumat akaun anda dipadam. Apabila maklumat akaun percubaan anda dipadam, anda tidak akan dapat mengambilnya lagi.
TunjukkanSembunyikan
Berapa lamakah yang diambil untuk disahkan sebagai institusi akademik?
Dalam kebanyakan kes, masa respons adalah serta merta melalui proses pengesahan automatik. Dalam kes lain apabila institusi perlu disahkan, ia tidak akan mengambil masa lebih daripada tiga ke tujuh hari. Jika percubaan 30 hari anda hampir tamat dan anda masih tidak menerima kelulusan kelayakan, sila hubungi sokongan pelanggan.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah saya boleh tambahkan langganan Office 365 ProPlus untuk pelajar saya tanpa sebarang kos?
Institusi yang membeli Office for faculty dan staff melalui program Pelesenan Pukal Akademik (dalam Bahasa Inggeris) boleh menyertakan langganan Office 365 ProPlus untuk semua pelajar. Ketahui lebih lanjut.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimana saya boleh menambah ciri keselamatan tambahan yang disediakan oleh Azure Rights Management?
Azure Rights Management disediakan sebagai perkhidmatan tambahan percuma untuk institusi akademik disahkan. Gunakan Azure Rights Management untuk membantu melindungi maklumat sensitif daripada capaian yang tidak diizinkan dan mengawal cara maklumat ini digunakan. Ketahui lebih lanjut.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya terus memberikan e-mel percuma kepada pelajar saya selepas mereka tamat pengajian?
Exchange Online untuk alumni disediakan sebagai perkhidmatan percuma untuk institusi akademik yang disahkan. Navigasi ke pusat pentadbiran Office 365 selepas melog masuk ke perkhidmatan dan klik Beli Perkhidmatan untuk memesan lesen percuma.
TunjukkanSembunyikan
Saya memerlukan bantuan tambahan untuk memasang Office 365 Education. Di manakah saya boleh mencarinya?
Pusat Penggunaan Office 365 (dalam Bahasa Inggeris) merupakan tempat yang baik untuk bermula.
Pakar Microsoft merupakan syarikat IT dan pembangunan terlatih yang dapat membantu anda berpindah kepada Office 365 atau membentuk penyelesaian khusus. Anda boleh menemui senarai semua pakar Microsoft kami dalam Microsoft Pinpoint.
iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagang berdaftar Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara lain. Android ialah tanda dagang Google Inc.
{"pmgControls": [ {"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper|.accordionBtn|.accordionContent|.showIcon|.hideIcon|.showHideAll"}, {"functionName":"PinnedNav","params":"#pmgPDN|#pmgPinnedNavStart|top|.pmg-pinned-nav-highlighted|false||680|.pmg-pinned-end-point"}, {"functionName":"CustomTooltip","params":""}, {"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame1|.pmgJS-target1"}, {"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame2|.pmgJS-target2"}, {"functionName":"AddDynaCss","params":"#f7a51e9d-f8c9-07e7-4f11-5116c3eb3b6e|pmg-float-right|680"}, {"functionName":"AddDynaCss","params":"#planattr|pmg-pos-abs|680"} ]}