Office yang tersedia bila-bila masa dan di mana jua anda memerlukannya

Bekerja di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa, pada sebarang peranti. Office 365 tersedia apabila anda memerlukannya.

Lihat pelan & harga
Sekumpulan rakan sekerja duduk dan berdiri di sekeliling meja mereka dalam sebuah pejabat yang penuh dengan komputer yang menjalankan Office 365 imageSekumpulan rakan sekerja duduk dan berdiri di sekeliling meja mereka dalam sebuah pejabat yang penuh dengan komputer yang menjalankan Office 365
Sebuah tablet Windows, komputer riba, iPad dan telefon pintar menunjukkan Office 365 sedang digunakan.

Office yang terbaik untuk anda—di mana-mana sahaja

Sama ada anda sedang bekerja di pejabat atau dalam perjalanan, anda memperolehi set alat produktiviti terbaik yang biasa. Aplikasi Office —sentiasa versi terkini—membolehkan anda mencipta, mengedit dan berkongsi daripada PC/Mac anda atau iOS, Android™ atau peranti Windows dengan sesiapa sahaja dalam masa nyata.

Tangan sedang mengetik mesej dalam senarai e-mel Office 365 pada telefon pintar.

Alat untuk profesional

Jenamakan e-mel kelas perniagaan anda beralamatkan nama syarikat untuk membina pengecaman nama dan memasarkan perniagaan dengan bahan pemasaran disuaikan yang mudah dicipta. Berhubung dengan pelanggan dan rakan sekerja dengan lebih baik melalui barisan alat komunikasi daripada e-mel dan IM ke rangkaian sosial serta persidangan video.

Seorang wanita sedang menggunakan Office 365 pada tablet dan telefon pintar untuk bekerjasama mengendalikan dokumen.

Alat untuk kerja berpasukan

Dengan 1 TB storan setiap pengguna, anda akan mempunyai banyak ruang untuk semua fail anda. Tambahan, oleh kerana fail anda disimpan dalam talian, anda boleh berkongsi dengan orang di dalam atau di luar syarikat anda, dari mana jua anda bekerja, apabila perlu. Dan dengan video HD berbilang pihak, perkongsian kandungan, kalendar kongsi serta sembang pasukan, anda sentiasa disegerakkan dengan pasukan anda.

Seorang lelaki yang memakai fon kepala bekerja pada PC desktop, menggunakan Office 365 untuk memudahkan IT.

Persediaan dan pengurusan yang mudah

Dengan panduan langkah demi langkah, anda boleh menyediakan pengguna dengan mudah dan mula menggunakan perkhidmatan dengan pantas. Anda boleh mencapai pusat pentadbiran yang mudah digunakan daripada mana-mana untuk mengurus semua perkhidmatan anda. Dan Office 365 mengurus IT untuk anda, supaya perkhidmatan anda sentiasa berjalan dan terkini.

Keselamatan terbina dalam

Keselamatan terbina dalam serta pematuhan dan kawalan privasi membantu memastikan data anda selamat.

Ketahui lebih lanjut

Sentiasa tersedia

Anda akan sentiasa mempunyai 99.9% jaminan masa hidup yang disokong secara kewangan.

Ketahui lebih lanjut (dalam bahasa Inggeris)
iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.