Office 365

Kekal segerak dengan e-mel kelas perniagaan

Capai e-mel, kenalan dan kalendar kongsi di mana-mana saja. Kini anda boleh bekerja di tempat yang anda berasa paling selesa.

Lihat pelan & harga
Tablet dan telefon pintar menunjukkan peti masuk e-mel Office 365.

Kekal berhubung walau di mana jua anda berada

Sentiasa ikuti perkembangan terkini, walau di mana jua anda mencapainya
Office 365 menyegerakkan e-mel, kalendar dan maklumat kenalan merentasi peranti anda dalam masa nyata. Jadi, maklumat adalah yang terkini, walau apa jua peranti yang anda gunakan.

Penjadualan menjadi lebih mudah
Kalendar kongsi membolehkan anda melihat masa lapang atau sibuk seseorang pada bila-bila masa sahaja. Penjadualan mudah dilakukan dan tidak rumit sama sekali. Dari mana-mana sahaja.

Melindungi data mudah alih anda
Jika anda kehilangan telefon anda, jangan cemas. Dengan Office 365, anda boleh membersihkan data anda dari jauh untuk mengelakkan capaian tanpa keizinan kepada maklumat anda.

Komputer riba menunjukkan pratonton e-mel Office 365 dengan pemformatan tersuai dan imej.

Serlahkan mesej anda

Cipta penampilan yang unik bagi mesej anda
E-mel anda lebih tersendiri apabila anda mencipta format tersuai dan lebih berkesan apabila anda memasukkan imej. Kedua-dua ciri boleh digunakan dengan Office 365, yang membenarkan anda menghantar mesej sehingga 150 MB. Selain itu, dengan 50 GB storan setiap pengguna, anda boleh menyimpan mesej dan fail yang anda perlukan.

Bina jenama anda
Gunakan nama domain anda dengan akaun e-mel anda, oleh itu setiap kali anda menghantar mesej, nama perniagaan anda akan ditampilkan.

Dapatkan ciri e-mel lanjutan
Dalam sesetengah pelan, anda mempunyai keupayaan mengarkib bagi penemuan dan pematuhan perundangan, serta ePenemuan untuk mengenal pasti, menahan dan menganalisis data bagi perniagaan anda.

Tablet menunjukkan peti masuk tanpa iklan dengan Office 365.

E-mel tanpa kerisauan

Peti masuk yang kemas tanpa iklan
Gunakan masa anda untuk berkomunikasi—bukannya mengurus akaun e-mel, bimbang akan cara melindungi e-mel anda atau mencari-cari dalam peti masuk yang dipenuhi iklan. Dengan pusat pentadbiran yang diringkaskan dan keselamatan terbina dalam, Office 365 memikul tanggungjawab untuk mengurus e-mel anda.

Alat terbina dalam untuk pengurusan
Anda boleh mencapai pusat pentadbiran dari mana-mana sahaja untuk menyediakan e-mel pengguna yang baru, memulihkan akaun yang dipadam baru-baru ini, mencipta skrip tersuai dan banyak lagi.

Penahanan terbina dalam untuk keselamatan
Anda mendapat perlindungan anti-perisian hasad dan penapisan anti-spam terkemuka industri yang melindungi e-mel anda daripada ancaman mel.


Pelan e-mel sahaja

Kami juga menyediakan perkhidmatan e-mel berhos terkemuka industri, jika anda menginginkan e-mel kelas perniagaan sahaja.

Ketahui lebih lanjut

Soalan yang dijawab

Dapatkan jawapan bagi soalan anda, daripada keperluan sistem hingga kepada sumber untuk bermula.

Ketahui lebih lanjut

Ketahui daripada orang lain

Tanya pendapat perniagaan lain tentang pengalaman mereka dengan Office 365 di komuniti Office 365.

Ketahui lebih lanjut (dalam bahasa Inggeris)