Pilih negara/rantau pengebilan anda:
{"pmgControls":[ {"functionName":"DynamicMarket","params":"commercial|.pmgDynaMarket|#pmgSKUChooserCntry|off|PMGSKUMarketCk"}]}
  • Office 365

  • Business Essentials

Tunjukkan prestasi terbaik dari mana-mana sahaja dengan alat Office dan perkhidmatan kerjasama yang sentiasa terkini.
{O365BizEssAnn|price}
pengguna/sebulan
komitmen tahunan
{O365BizEssMonth|price}
pengguna/sebulan
komitmen bulanan
Seorang lelaki sedang menggunakan Office 365 Business Essentials pada komputer riba di meja.
  • Office 365

  • Business Essentials

Tunjukkan prestasi terbaik dari mana-mana sahaja dengan alat Office dan perkhidmatan kerjasama yang sentiasa terkini.
{O365BizEssAnn|price}
pengguna/sebulan
komitmen tahunan
{O365BizEssMonth|price}
pengguna/
bil bulanan
tiada bayaran tahunan
Seorang lelaki sedang menggunakan Office 365 Business Essentials pada komputer riba di meja.
  • Office 365

  • Business Essentials

Tunjukkan prestasi terbaik dari mana-mana sahaja dengan alat Office dan perkhidmatan kerjasama yang sentiasa terkini.
{O365BizEssAnn|price}
pengguna/sebulan
komitmen tahunan
{O365BizEssMonth|price}
pengguna/
bil bulanan
tiada bayaran tahunan

Menyelesaikan kerja di mana-mana sahaja

Bekerja pada berbilang peranti untuk mencipta, mengedit dan berkongsi fail Word, PowerPoint, Excel dan OneNote anda dalam talian. Pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Meringkaskan cara anda bekerja bersama

Menyimpan, menyegerak dan berkongsi fail anda dalam talian agar fail selalunya terkini. Selain itu, anda boleh mengedit dokumen dengan orang lain dalam masa nyata.

Persediaan dan pengurusan yang mudah

Dengan Panduan langkah demi langkah anda boleh menyediakan pengguna dengan mudah dan bermula menggunakan perkhidmatan dengan segera.

Office 365 Business Essentials disertakan

Perkhidmatan dalam talian

E-mel dan kalendar

Gunakan e-mel kelas perniagaan dalam pengalaman Outlook beraneka dan lazim yang boleh dicapai dari desktop anda atau pelayar web menggunakan Outlook Web App. Dapatkan peti mel bersaiz 50 GB bagi setiap pengguna dan hantar lampiran yang bersaiz sehingga 25 MB. Ketahui selanjutnya

Persidangan dalam talian

Hos mesyuarat dalam talian dengan audio dan video menggunakan perkongsian skrin satu klik dan persidangan video HD. Ketahui selanjutnya

Pemesejan segera dan kesambungan Skype 

Hubungi pengguna Skype for Business lain melalui mesej segera, panggilan suara dan panggilan video, dan beritahu orang lain ketersediaan anda dengan status dalam talian anda. Kongsi kehadiran, IM dan panggilan audio dengan pengguna Skype. Ketahui selanjutnya

Rangkaian sosial korporat

Perisian kerjasama dan aplikasi perniagaan Yammer membolehkan pekerja anda berhubung dengan individu yang betul, berkongsi maklumat dalam kalangan pasukan dan mengatur projek agar mereka boleh bekerja dengan lebih pantas dan lebih teliti. Ketahui selanjutnya (Dalam bahasa Inggeris)

Storan dan perkongsian fail yang ringkas

OneDrive for Business menyediakan 1 TB storan kepada setiap pengguna, mereka boleh mencapai dokumen mereka di mana-mana sahaja. Kongsi fail dengan orang lain di dalam dan di luar organisasi, kawal individu yang boleh melihat dan mengedit setiap fail dan segerakkan fail secara mudah dengan PC/Mac dan peranti. Ketahui selanjutnya

Laman pasukan

Dayakan capaian mudah dan perkongsian dokumen dengan storan asas 10 GB serta 500 MB storan bagi setiap pengguna. Ketahui selanjutnya
Office Online

Office Online

Mencipta dan mengedit dokumen Word, OneNote, PowerPoint dan Excel dari pelayar. Ketahui selanjutnya
Carian dan penemuan

Carian dan penemuan

Sentiasa ikuti maklumat terkini. Cari dan temui kandungan pada Office 365 berdasarkan pada wawasan yang diperibadikan. Office Delve ialah pengalaman pertama yang akan dikuasai oleh Office Graph, iaitu koleksi isyarat dan wawasan dianalisis yang diperoleh daripada kelakuan dan hubungan setiap pengguna terhadap kandungan, topik dan kenalan. Ketahui selanjutnya

Semua pelan Office 365 untuk perniagaan termasuk:

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan

Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.

Keselamatan

Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda. Ketahui selanjutnya
Pentadbiran

Pentadbiran

Edar dan uruskan Office 365 merentasi syarikat anda, tidak memerlukan kepakaran IT. Anda boleh menambah dan mengalih keluar pengguna dengan segera.
Sentiasa terkini

Sentiasa terkini

Tidak perlu membayar untuk naik taraf versi; kemas kini disertakan dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan kepada pelanggan Office 365 secara tetap.
Penyepaduan Active Directory

Penyepaduan Active Directory

Urus kelayakan dan keizinan pengguna. Daftar masuk tunggal dan penyegerakan dengan Active Directory.

Sokongan

Sokongan Microsoft memberikan jawapan melalui telefon dan dalam talian, sumber cara dan sambungan dengan pelanggan Office 365 lain untuk persediaan dan pembaikan segera. Ketahui selanjutnya

Butiran lanjut

Untuk melihat semua ciri yang disertakan, lihat perihalan perkhidmatan yang terperinci.
TunjukkanSembunyikan
Berapakah bilangan pengguna yang boleh disokong oleh Office 365 Business Essentials?
Office 365 Business Essentials menyokong 300 pengguna maksimum. Jika anda mempunyai lebih daripada 300 pengguna atau anda berpendapat bilangan akan bertambah kemudian, sila semak opsyen pelan lain.
TunjukkanSembunyikan
Adakah Office 365 Business Essentials berfungsi dengan salinan Office saya?
Office 365 Business Essentials berfungsi paling sesuai dengan versi terkini Office, Office 2010 dan Office 2011 for Mac. Office 365 berfungsi dengan sedikit kefungsian terhad dengan Office 2007. Anda tidak memerlukan Office versi desktop untuk menggunakan Office 365 Business Essentials. Walau bagaimanapun, anda akan menerima pengalaman yang lebih beraneka dan dapat bekerja di luar talian jika anda menyambungkan Office versi desktop pada perkhidmatan Office 365.
TunjukkanSembunyikan
Apakah jenis pembayaran yang boleh saya gunakan?
Anda boleh membuat bayaran dengan semua kad kredit utama dan amaun langganan anda akan ditunjukkan pada penyata kad kredit anda.
TunjukkanSembunyikan
Apakah opsyen pembayaran yang tersedia? Bolehkah saya membayar secara bulanan atau tahunan?

Anda boleh memilih bayaran bulanan atau bayaran tahunan untuk Office 365 Business Essentials.

  • Bayaran komitmen bulanan: Anda membayar secara bulanan dan anda boleh membuat pembatalan pada bila-bila masa.
  • Bayaran komitmen tahunan: Anda mendaftar untuk langganan setahun tetapi anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan atau membayar untuk setahun pada masa pendaftaran. Anda akan menikmati diskaun jika menggunakan opsyen pembayaran ini.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya membatalkan langganan saya pada bila-bila masa?
Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Langganan Office 365 Business Essentials tersedia untuk bayaran bulanan atau tahunan. Untuk langganan komitmen bulanan, anda tidak akan dikenakan penalti jika anda membatalkan kontrak anda pada bila-bila masa. Langganan komitmen tahunan dengan bayaran bulanan akan dikenakan penalti jika pembatalan awal dibuat. Langganan komitmen tahunan yang membuat bayaran pendahuluan tidak akan menerima bayaran balik jika pembatalan dibuat sebelum tempoh tamat kontrak. Baca Persetujuan Langganan Dalam Talian Microsoft.
TunjukkanSembunyikan
Apa yang akan terjadi kepada data saya jika saya membatalkan langganan saya?
Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi yang terhad selama 90 hari.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya menukar kepada pelan Office 365 yang lain?
Ya. Jika anda perlu menaik taraf, anda boleh memindahkan akaun anda kepada pelan lain. Contohnya, anda boleh menaik taraf daripada pelan Office 365 Business kepada pelan Office 365 Enterprise.
Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan bestari Tukar pelan di Pusat pentadbiran anda untuk menaik taraf pelan anda. Jika langganan anda mempunyai lebih daripada 300 pengguna atau jika anda menggunakan kad prabayar untuk membeli pelan anda, maka bestari Tukar pelan tidak tersedia. Pelan yang tidak layak untuk bestari Tukar pelan boleh dinaik taraf secara manual. Ketahui lebih lanjut tentang menaik taraf pelan Office 365.
NOTA: Apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda dipindahkan pada akaun baru anda, sama ada anda menggunakan nama domain anda pada akaun Office 365 atau anda menyediakan nama domain dengan Office 365.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya menggabungkan pelan Office 365 yang berlainan?
Ya, anda boleh menggabungkan pelan Office 365. Sila ambil perhatian bahawa terdapat had lesen pada aras pelan. Pelan Office 365 Business, Business Essentials, dan Business Premium mempunyai had seramai 300 pengguna sementara pelan Enterprise adalah untuk bilangan pengguna tanpa had. Contohnya, anda boleh membeli 300 unit Business Premium, 300 unit Business Essentials dan 500 unit Enterprise E3 pada satu penyewa.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimana jika saya telah mempunyai nama domain?
Anda boleh menambahkan nama domain yang anda miliki pada Office 365 untuk mencipta alamat e-mel yang berasaskan domain. Cari pendaftar domain atau pembekal hos DNS anda. Bandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.
TunjukkanSembunyikan
Saya memerlukan bantuan tambahan untuk memasang Office 365. Siapa yang boleh membantu?
Pakar Microsoft merupakan syarikat IT dan pembangunan terlatih yang dapat membantu anda berpindah kepada Office 365 atau membentuk penyelesaian khusus untuk perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan senarai untuk kesemua pakar Microsoft kami di Microsoft Pinpoint.
TunjukkanSembunyikan
Apakah awan?
"Awan" ialah cara yang mesra untuk memerihalkan perkhidmatan pengkomputeran berasaskan web yang dihoskan di luar organisasi anda. Apabila anda menggunakan perkhidmatan berasaskan awan, anda tidak akan menguruskan infrastruktur IT anda (di luar premis), infrastruktur IT anda akan diselenggarakan oleh pihak ketiga (berhos) dan tidak akan terletak pada pelayan di rumah atau perniagaan anda (pada premis) yang anda selenggarakan. Dengan Office 365, storan maklumat, pengkomputeran dan perisian terletak dan diuruskan secara jauh pada pelayan yang dimiliki oleh Microsoft. Banyak perkhidmatan yang anda gunakan harian adalah sebahagian daripada awan, hal ini termasuk semua perkara seperti e-mel berasaskan web, perbankan mudah alih dan storan gambar dalam talian. Oleh sebab infrastruktur ini terletak dalam talian atau “di awan,” anda boleh mencapainya dari mana-mana sahaja, dari desktop, PC atau Mac, komputer riba, tablet, telefon pintar atau peranti lain dengan sambungan Internet.
TunjukkanSembunyikan
Apakah yang berlaku pada pelan Office 365 Small Business?
Office 365 Small Business telah ditukar nama kepada Office 365 Business Essentials. Office 365 Business Essentials merangkumi semua ciri pelan Office 365 Small Business, disertakan tambahan dan pembaikan. Contohnya, Active Directory telah ditambahkan pada Office 365 Business Essentials dan bilangan pengguna yang maksimum telah ditingkatkan daripada 25 kepada 300.
 
iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagang berdaftar Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara lain. Android ialah tanda dagang Google Inc.

{"pmgControls": [{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper|.accordionBtn|.accordionContent|.showIcon|.hideIcon|.showHideAll"}, {"functionName":"PinnedNav","params":"#pmgPDN|#pmgPinnedNavStart|top|.pmg-pinned-nav-highlighted|false||680|.pmg-pinned-end-point"},{"functionName":"CustomTooltip","params":""},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#planattr|pmg-pos-abs|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#52e80657-cc7c-9a89-d9bd-73c9c89424ba|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame1|.pmgJS-target1"},

{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame2|.pmgJS-target2"}]}