Pilih negara/rantau pengebilan anda:
{"pmgControls":[ {"functionName":"DynamicMarket","params":"commercial|.pmgDynaMarket|#pmgSKUChooserCntry|off|PMGSKUMarketCk"}]}

Office 365 Business

Bekerja dengan paling berkesan menggunakan aplikasi Office lengkap yang dipasang pada peranti anda serta storan dan perkongsian fail dalam talian.
{O365BizAnn|price}
pengguna/bulan
komitmen tahunan
{O365BizMonth|price}
pengguna/bil

Office 365 Business

Bekerja dengan paling berkesan menggunakan aplikasi Office lengkap yang dipasang pada peranti anda serta storan dan perkongsian fail dalam talian.
{O365BizAnn|price}
pengguna/bulan
komitmen tahunan
{O365BizMonth|price}
pengguna/bil

Office 365 Business

Bekerja dengan paling berkesan menggunakan aplikasi Office lengkap yang dipasang pada peranti anda serta storan dan perkongsian fail dalam talian.
{O365BizAnn|price}
pengguna/bulan
komitmen tahunan
{O365BizMonth|price}
pengguna/bil
Office 365 Business: aplikasi Office yang lengkap merentasi peranti serta storan dan perkongsian fail.
Office 365 Business: aplikasi Office yang lengkap merentasi peranti serta storan dan perkongsian fail.

Office anda di awan

Dengan Office 365 Business, alat yang lazim seperti Word, Excel, PowerPoint dan Outlook akan tersedia apabila anda memerlukannya.

Aktiviti kerjasama yang diringkaskan

Oleh sebab fail anda disimpan dalam talian, anda boleh berkongsinya dengan sesiapa sahaja. Anda juga boleh mengarang bersama dalam masa nyata. Tanpa mengira lokasi anda.

Alat yang sentiasa terkini

OneDrive for Business menyimpan fail dalam talian, jadi fail sentiasa tersegerak dan terkini. Versi Office juga sentiasa terkini.

Office 365 Business disertakan:

Alat Office yang lazim

Suit Office

Sentiasa mempunyai versi terkini bagi:
WordExcelPowerPointOutlookOneNotePublisher
  • Catat idea anda menurut cara yang paling sesuai untuk anda, sama ada menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
  • Formatkan maklumat dalam Excel dengan mudah menggunakan alat yang mengecam corak anda dan melengkapkan data secara automatik.
  • Gabungkan data daripada PDF dengan mudah untuk mencipta dokumen Word anda yang menarik.
  • Reka bahan pemasaran tersuai yang sesuai untuk jenama dan pelanggan anda.
Office pada lebih banyak peranti

Office pada PC, tablet dan telefon

Nikmati pengalaman Office lengkap dipasang merentasi PC, MAC, tablet Windows dan iPad® dan tablet Android serta kebanyakan peranti mudah alih. Setiap pengguna boleh memasang Office pada 5 PC atau Mac, 5 tablet (Windows, iPad dan Android), dan 5 telefon.

Office menyokong PC dan tablet Windows yang menjalankan Windows 7 atau lebih baru dan Mac yang menjalankan MAC OS X 10.6 atau lebih baru. Office for iPad boleh dipasangkan pada iPad yang menjalankan versi 7 atau lebih baru. Office for Android boleh dipasang pada tablet yang menjalankan Android KitKat 4.4 atau lebih tinggi. Untuk maklumat lanjut mengenai tablet dan telefon yang serasi lawati www.office.com/information.
Office Online

Office Online

Cipta dan edit fail Word, Excel, PowerPoint dan OneNote melalui pelayar web. Pengarangan bersama dalam masa nyata mampu meringkaskan aktiviti bekerjasama. Ketahui selanjutnya
Disertakan storan dan perkongsian fail
Storan fail dan perkongsian

OneDrive for Business

OneDrive for Business memberi setiap pengguna 1 TB storan awan peribadi yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja dan disegerakkan dengan PC/Mac mereka untuk capaian luar talian. Kongsi dokumen secara mudah dengan individu dari dalam dan luar organisasi anda dan kawal individu yang dapat melihat dan mengedit setiap fail.
Semua pelan Office 365 untuk perniagaan disertakan:
Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan

Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.
Keselamatan

Keselamatan

Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda. Ketahui selanjutnya
Pentadbiran

Pentadbiran

Edar dan uruskan Office 365 merentasi syarikat anda, tanpa keperluan kepakaran IT. Anda boleh menambah dan mengalih keluar pengguna dengan segera.
Sentiasa terkini

Sentiasa terkini

Tidak perlu membayar untuk naik taraf versi; kemas kini disertakan dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan kepada pelanggan Office 365 secara tetap.
Penyepaduan Active Directory

Penyepaduan Active Directory

Urus kelayakan dan keizinan pengguna. Pendaftaran masuk sekali dan penyegerakan dengan Active Directory.
Sokongan

Sokongan

Sokongan Microsoft memberikan jawapan melalui telefon dan dalam talian, sumber cara dan sambungan dengan pelanggan Office 365 lain untuk persediaan dan pembaikan segera. Ketahui selanjutnya
Butiran lanjut
Untuk melihat semua ciri yang disertakan, lihat perihalan perkhidmatan yang terperinci.
TunjukkanSembunyikan
Berapakah bilangan pengguna yang boleh disokong oleh Office 365 Business?
Office 365 Business menyokong 300 pengguna maksimum. Jika anda mempunyai lebih daripada 300 pengguna atau anda berpendapat bilangan akan bertambah kemudian, sila semak opsyen pelan lain.
TunjukkanSembunyikan
Apakah jenis pembayaran yang saya boleh gunakan?
Anda boleh membuat bayaran dengan semua kad kredit utama dan amaun langganan anda akan ditunjukkan pada penyata kad kredit anda.
TunjukkanSembunyikan
Apakah opsyen bayaran yang tersedia? Bolehkah saya membayar secara bulanan atau tahunan?
Anda boleh memilih bayaran bulanan atau bayaran tahunan bagi Office 365 Business.
  • Bayaran komitmen bulanan: Anda membayar secara bulanan dan anda boleh membuat pembatalan pada bila-bila masa.

  • Bayaran komitmen tahunan: Anda mendaftar untuk langganan setahun tetapi anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan atau membayar untuk setahun pada masa pendaftaran. Anda akan menikmati diskaun jika menggunakan opsyen pembayaran ini.

TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya membatalkan langganan saya pada bila-bila masa?
Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Langganan Office 365 Business tersedia untuk bayaran komitmen bulanan atau tahunan. Untuk langganan komitmen bulanan, anda tidak akan dikenakan penalti jika anda membatalkan kontrak anda pada bila-bila masa. Langganan komitmen tahunan dengan bayaran bulanan akan dikenakan beberapa penalti jika pembatalan awal berlaku. Langganan komitmen tahunan dengan bayaran tahunan tidak akan diberi bayaran balik jika pembatalan berlaku sebelum tempoh kontrak tamat. Baca Perjanjian Langganan Dalam Talian Microsoft.
TunjukkanSembunyikan
Apa yang akan terjadi kepada data saya jika saya membatalkan langganan saya?
Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi terhad selama 90 hari.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimana jika saya telah mempunyai nama domain?
Anda boleh menambahkan nama domain yang anda miliki pada Office 365 untuk mencipta alamat e-mel yang berasaskan domain. Mencari pendaftar domain atau pembekal pengehosan DNS anda. Membandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.
TunjukkanSembunyikan
Saya memerlukan bantuan tambahan untuk memasang Office 365. Siapakah yang boleh membantu?
Pakar Microsoft merupakan syarikat IT dan pembangunan terlatih yang dapat membantu anda bertukar kepada Office 365 atau membentuk penyelesaian khusus untuk perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan senarai untuk kesemua pakar Microsoft kami di Microsoft Pinpoint.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya menukar kepada pelan Office 365 yang lain?
Ya. Jika anda perlu menaik taraf, anda boleh memindahkan akaun anda kepada pelan lain. Contohnya, anda boleh menaik taraf daripada pelan Office 365 Business kepada pelan Office 365 Enterprise.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan bestari Tukar pelan dalam pusat Pentadbiran anda untuk menaik taraf pelan anda. Jika langganan anda mempunyai lebih daripada 300 orang pengguna atau jika anda menggunakan kad prabayar untuk membeli pelan anda, maka bestari Tukar pelan tidak akan tersedia. Pelan yang tidak layak untuk bestari Tukar pelan boleh dinaik taraf secara manual. Ketahui lebih lanjut tentang menaik taraf pelan Office 365.

PERHATIAN: Apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda dipindahkan kepada akaun baru anda, sama ada anda membawa nama domain anda ke akaun Office 365 atau anda menyediakan nama domain dengan Office 365.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya menggabungkan pelan Office 365 yang berlainan?
Ya, anda boleh menggabungkan pelan Office 365. Sila ambil perhatian bahawa terdapat had lesen pada aras pelan. Pelan Office 365 Business, Business Essentials, dan Business Premium mempunyai had seramai 300 pengguna sementara pelan Enterprise adalah untuk bilangan pengguna tanpa had. Contohnya, anda boleh membeli 300 unit Business Premium, 300 unit Business Essentials dan 500 unit Enterprise E3 pada satu penyewa.
TunjukkanSembunyikan
Adakah capaian Internet diperlukan untuk Office 365?
Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua pelan Office 365 dan untuk mengurus akaun langganan anda. Sambungan Internet juga diperlukan untuk mencapai perkhidmatan produktiviti awan Office 365, termasuk juga e-mel, persidangan, pengurusan IT dan perkhidmatan lain.

Banyak pelan Office 365 juga disertakan Office versi desktop, contohnya, Office 365 Business, Office 365 Business Premium dan Office 365 Enterprise E3. Salah satu faedah aplikasi Office versi desktop ialah anda boleh bekerja di luar talian dan yakin bahawa apabila anda menyambung ke Internet, kesemua kerja anda akan disegerakkan secara automatik, jadi anda tidak perlu bimbang akan masalah kerja anda tidak dikemas kini. Office versi desktop anda juga dikemas kini dan dinaik taraf secara automatik apabila anda disambungkan ke Internet, jadi anda sentiasa mempunyai peralatan terkini untuk membantu kerja anda. Membandingkan pelan Office 365.
iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara lain.

{"pmgControls": [{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper|.accordionBtn|.accordionContent|.showIcon|.hideIcon|.showHideAll"}, {"functionName":"PinnedNav","params":"#pmgPDN|#pmgPinnedNavStart|top|.pmg-pinned-nav-highlighted|false||680|.pmg-pinned-end-point"},{"functionName":"CustomTooltip","params":""},{"functionName":"AddDynaCss","params":"#planattr|pmg-pos-abs|680"}, {"functionName":"AddDynaCss","params":"#planattr|pmg-pos-abs|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#835cc233-a17d-123c-4e31-a0bf0183311b|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame1|.pmgJS-target1"},

{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame2|.pmgJS-target2"}]}