Pilih negara/rantau pengebilan anda:
{"pmgControls":[ {"functionName":"DynamicMarket","params":"commercial|.pmgDynaMarket|#pmgSKUChooserCntry|off|PMGSKUMarketCk"}]}

Office 365 Enterprise E1

Lengkapi pekerja anda dengan perkhidmatan kerjasama yang terkini dan dapatkan kawalan dan kefleksibelan IT yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda
{O365E1Year|price}
pengguna/bulan
komitmen tahunan

Office 365 Enterprise E1

Lengkapi pekerja anda dengan perkhidmatan kerjasama yang terkini dan dapatkan kawalan dan kefleksibelan IT yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda
{O365E1Year|price}
pengguna/bulan
komitmen tahunan
Seorang lelaki yang memegang telefon pintar, menggunakan Office 365 Enterprise E1.
Seorang lelaki yang memegang telefon pintar, menggunakan Office 365 Enterprise E1.
Seorang lelaki yang memegang telefon pintar, menggunakan Office 365 Enterprise E1.
Seorang lelaki yang memegang telefon pintar, menggunakan Office 365 Enterprise E1.

Perkasakan pasukan anda

Bantu pasukan anda mencapai sasaran yang selanjutnya dengan lebih pantas menggunakan perkongsian fail ringkas, pengarangan bersama dalam masa nyata dan mesyuarat dalam talian, kesemuanya boleh dicapai di mana-mana sahaja.

Ubah suai perkhidmatan anda

Dapatkan perkhidmatan sebenar yang anda ingini. Gabungkan Office 365 dengan pelaburan anda yang sedia ada serta campurkan dan sesuaikan perkhidmatan untuk pengguna yang berlainan.

Dapatkan kawalan IT

Kurangkan overhed IT dan kesukaran sambil kekalkan kawalan. Beralih ke awan menurut kehendak anda, uruskan dengan mudah dan automatikkan tugas.

Office 365 Enterprise E1 disertakan:

Perkhidmatan dalam talian
E-mel dan kalendar

E-mel dan kalendar

Gunakan e-mel kelas perniagaan dalam pengalaman Outlook beraneka dan lazim yang boleh dicapai dari desktop anda atau pelayar web menggunakan Outlook di web. Dapatkan peti mel bersaiz 50 GB bagi setiap pengguna dan hantar lampiran yang bersaiz sehingga 150 MB.Ketahui lebih lanjut
Mesyuarat Dalam Talian

Mesyuarat Dalam Talian

Hoskan mesyuarat dalam talian dengan audio, video HD dan persidangan web melalui Internet. Sertai mesyuarat dengan satu sentuhan atau klik dari telefon pintar, tablet atau PC pilihan anda. Ketahui lebih lanjut
Siaran Mesyuarat

Siaran Mesyuarat

Siarkan mesyuarat Skype for Business di Internet kepada sehingga 10,000 individu yang boleh menghadiri dalam pelayar pada hampir sebarang peranti. Secara pilihan disertakan Bing Pulse untuk pengundian masa nyata dan penjejakan sentimen serta Yammer untuk mendayakan dialog semasa siaran. Ketahui lebih lanjut (dalam bahasa Inggeris)
Pemesejan segera dan kesambungan Skype

Pemesejan segera dan kesambungan Skype

Hubungi pengguna Skype for Business yang lain melalui mesej segera, panggilan suara dan panggilan video, dan beritahu orang lain ketersediaan anda dengan status dalam talian anda. Ketahui lebih lanjut
Storan dan perkongsian fail

Storan dan perkongsian fail

OneDrive for Business memberi setiap pengguna 1 TB storan awan peribadi yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja dan storan tersebut disegerakkan dengan PC/Mac mereka untuk capaian luar talian. Kongsi dokumen secara mudah dengan individu di dalam dan di luar organisasi dan mengawal individu yang boleh melihat dan mengedit setiap fail. Ketahui lebih lanjut
Laman pasukan

Laman pasukan

Dayakan capaian mudah dan perkongsian fail dengan storan asas 10 GB serta 500 MB storan bagi setiap pengguna. Kongsi wawasan melalui laporan interaktif dengan Excel Services dan Visio Services, dan melihatnya pada pelayar peranti mudah alih yang menyokong HTML5. Ketahui lebih lanjut
rangkaian sosial korporat

Rangkaian sosial korporat

Perisian kerjasama dan aplikasi perniagaan Yammer membolehkan pekerja anda berhubung dengan individu yang betul, berkongsi maklumat dalam kalangan pasukan dan mengatur projek agar mereka boleh bekerja dengan lebih pantas dan lebih teliti.Ketahui lebih lanjut
Office Online

Office Online

Cipta dan edit dokumen Word, OneNote, PowerPoint dan Excel daripada pelayar. Ketahui lebih lanjut
penceritaan digital profesional

Penceritaan digital profesional

Dengan Sway, aplikasi Office 365 yang baru, anda boleh mencipta laporan, persembahan, surat berita, latihan berasaskan web dan banyak lagi yang menarik dan interaktif dengan mudah, terus dari telefon, tablet dan pelayar anda. Sway mudah dikongsi dan kelihatan menarik pada sebarang skrin. Ketahui lebih lanjut
carian dan penemuan

Carian dan penemuan

Kekal berpengetahuan. Cari dan temui kandungan di seluruh Office 365 berdasarkan wawasan yang diperibadikan. Office Delve ialah pengalaman pertama yang akan dikuasai oleh Office Graph, iaitu koleksi isyarat dan wawasan dianalisis yang diperoleh daripada kelakuan dan hubungan setiap pengguna terhadap kandungan, topik dan kenalan. Ketahui lebih lanjut
portal video korporat

Portal video korporat

Urus video di dalam organisasi anda dengan mudah. Office 365 Video ialah destinasi seluruh syarikat untuk aktiviti muat naik, perkongsian dan penemuan video serta main balik yang lancar merentasi peranti. Ketahui lebih lanjut
Aplikasi untuk Office dan SharePoint

Aplikasi untuk Office dan SharePoint

Aplikasi pihak ketiga dan aplikasi binaan pelanggan yang baru berfungsi dengan Office dan SharePoint untuk membolehkan perkhidmatan web terus pada dokumen dan laman anda.
Semua pelan Office 365 Enterprise disertakan:
Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan

Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.
Keselamatan

Keselamatan

Amalan keselamatan yang terkini dengan lima lapisan keselamatan dan pemantauan proaktif membantu memastikan keselamatan data pelanggan. Ketahui lebih lanjut
Privasi

Privasi

Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda. Ketahui lebih lanjut
pentadbiran

Pentadbiran

Portal pentadbir memberikan pilihan konfigurasi terperinci IT untuk perkhidmatan anda, sama ada dari portal dalam talian atau melalui pengurusan automatik dengan perintah PowerShell. Anda boleh menggunakan aplikasi Pentadbir untuk mengurus perkhidmatan anda dengan segera.
Sentiasa terkini

Sentiasa terkini

Tidak perlu membayar untuk menaik taraf versi; kemas kini termasuk dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan untuk pelanggan Office 365 dalam pengalaman yang boleh dikonfigurasikan dengan IT.
Penyepaduan Active Directory

Penyepaduan Active Directory

Urus kelayakan dan keizinan pengguna. Daftar masuk tunggal dan penyegerakan dengan Active Directory.
Sokongan

Sokongan

Sokongan telefon 24/7 bagi semua isu IT. Bagi isu yang kurang penting, anda boleh mencipta permintaan perkhidmatan terus dari portal pentadbir.Ketahui lebih lanjut

Office 365 FastTrack

FastTrack ialah manfaat perkhidmatan permulaan yang disertakan untuk pelanggan Office 365 yang layak. Pakar Microsoft yang memberikan perkhidmatan permulaan akan menyediakan bantuan peribadi untuk memastikan perkhidmatan sedia untuk digunakan di seluruh syarikat. Ketahui Selanjutnya (Dalam bahasa Inggeris)
Tawaran penggunaan masa terhad: Selain FastTrack, untuk masa terhad, pelanggan berkelayakan yang menggunakan Office 365 akan menerima sokongan penggunaan tambahan atau menerima bayaran balik bagi perkhidmatan sokongan penggunaan yang diberikan oleh rakan kongsi IT mereka. Ketahui Selanjutnya (Dalam bahasa Inggeris)
Butiran lanjut
Untuk melihat semua ciri yang disertakan, lihat perihalan perkhidmatan yang terperinci.
TunjukkanSembunyikan
Adakah Office 365 Enterprise E1 berfungsi dengan salinan Office saya?
Office 365 Enterprise E1 berfungsi paling baik dengan Office yang baru, Office 2013 dan Office 2011 for Mac. Versi Office yang sebelumnya, seperti Office 2010 dan Office 2007, boleh berfungsi dengan kefungsian terhad dengan Office 365. Anda tidak memerlukan Office versi desktop untuk menggunakan Enterprise E1. Walau bagaimanapun, anda akan menerima pengalaman yang lebih beraneka dan dapat bekerja di luar talian jika anda menyambungkan Office versi desktop pada perkhidmatan Office 365.
TunjukkanSembunyikan
Apakah jenis pembayaran yang saya boleh gunakan?
Anda boleh membuat bayaran dengan semua kad kredit utama dan amaun langganan anda akan ditunjukkan pada penyata kad kredit anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk menerima invois dan bergantung pada pilihan perkhidmatan anda, anda akan dihantar bil secara bulanan atau tahunan. Anda akan menerima mesej e-mel apabila invois anda sedia untuk dilihat. Jika nombor pesanan pembelian (PO) dimasukkan apabila anda membeli langganan anda, nombor tersebut akan termasuk dalam invois anda.
TunjukkanSembunyikan
Apakah pilihan pembayaran yang tersedia? Bolehkah saya membayar secara bulanan atau tahunan?
Bayaran komitmen tahunan tersedia untuk pelan Office 365 Enterprise. Dengan komitmen tahunan, anda mendaftar untuk langganan setahun tetapi anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan atau membayar untuk setahun pada masa pendaftaran.
TunjukkanSembunyikan
Adakah anda menawarkan diskaun pukal untuk perniagaan?
Ya, diskaun disediakan kepada pelanggan perjanjian perusahaan Office 365 (biasanya, 250+ lesen) bagi sesiapa yang ingin membeli melalui pelesenan pukal. Pakar Microsoft boleh membantu anda meneroka pilihan pembelian untuk perusahaan besar dan membantu anda menentukan yang mana terbaik untuk anda. Ketahui selanjutnya mengenai pelesenan pukal. Cari pakar Microsoft.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya membatalkan langganan saya pada bila-bila masa?
Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Untuk langganan komitmen tahunan, seperti Office 365 Enterprise E1, mungkin terdapat penalti kerana membatalkan langganan sebelum kontrak anda tamat. Baca Perjanjian Langganan Dalam Talian Microsoft yang lengkap.
TunjukkanSembunyikan
Apa yang akan terjadi kepada data saya jika saya membatalkan langganan saya?
Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi yang terhad selama 90 hari.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya menukar kepada pelan Office 365 yang lain?
Ya, jika anda perlu menaik taraf, anda boleh memindahkan akaun anda kepada pelan lain. Contohnya, anda boleh menaik taraf daripada pelan Office 365 Business kepada pelan Office 365 Enterprise.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan bestari Tukar pelan di Pusat pentadbiran anda untuk menaik taraf pelan anda. Jika langganan anda mempunyai lebih daripada 300 pengguna atau jika anda menggunakan kad prabayar untuk membeli pelan anda, maka bestari Tukar pelan tidak tersedia. Pelan yang tidak layak untuk bestari Tukar pelan boleh dinaik taraf secara manual. Ketahui selanjutnya tentang menaik taraf pelan Office 365.

PERHATIAN: Apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda dipindahkan kepada akaun baru anda, sama ada anda membawa nama domain anda ke akaun Office 365 atau anda menyediakan nama domain dengan Office 365.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya menggabungkan pelan Office 365 yang berlainan?
Ya, anda boleh mencampurkan dan memadankan pelan Office 365. Sila ambil perhatian bahawa terdapat beberapa pengehadan lesen pada tahap pelan. Pelan Office 365 Business, Business Essentials dan Business Premium, setiap satu mempunyai had sebanyak 300 pengguna manakala pelan Enterprise untuk bilangan pengguna yang tidak terhad. Contohnya, anda boleh membeli 300 kerusi Business Premium, 300 kerusi Business Essentials dan 500 kerusi Enterprise E3 pada satu penyewa.
TunjukkanSembunyikan
Saya memerlukan bantuan tambahan untuk memasang Office 365. Siapa yang boleh membantu?
Pakar Microsoft ialah syarikat IT dan pembangunan terlatih yang boleh membantu anda beralih ke Office 365 atau membangunkan penyelesaian tersuai untuk perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan senarai semua pakar Microsoft anda dalam Microsoft Pinpoint.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimana jika saya telah mempunyai nama domain?
Anda boleh menambahkan nama domain anda sendiri pada Office 365 untuk mencipta alamat e-mel berasaskan domain. Cari pendaftar domain anda atau pembekal hos DNS. Bandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.

{"pmgControls": [{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper|.accordionBtn|.accordionContent|.showIcon|.hideIcon|.showHideAll"}, {"functionName":"PinnedNav","params":"#pmgPDN|#pmgPinnedNavStart|top|.pmg-pinned-nav-highlighted|false||680|.pmg-pinned-end-point"},{"functionName":"CustomTooltip","params":""},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#4d78e005-e491-3532-babd-9c33fa317cb4|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#planattr|pmg-pos-abs|680"},{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame1|.pmgJS-target1"},{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame1|.pmgJS-target2"}]}