Pilih negara/rantau pengebilan anda:
{"pmgControls":[ {"functionName":"DynamicMarket","params":"commercial|.pmgDynaMarket|#pmgSKUChooserCntry|off|PMGSKUMarketCk"}]}

Office 365 Enterprise E1

Lengkapi pekerja anda dengan perkhidmatan kerjasama yang terkini dan dapatkan kawalan dan kefleksibelan IT yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda secara lancar, menurut cara anda.
{O365E1Year|price}
pengguna/bulan
komitmen tahunan
Seorang lelaki yang memegang telefon di mejanya, menggunakan Office 365 Enterprise E1.
Dapatkan perkhidmatan produktiviti dan kerjasama yang terkini dengan Office 365 Enterprise E1.

Office 365 Enterprise E1

Lengkapi pekerja anda dengan perkhidmatan kerjasama yang terkini dan dapatkan kawalan dan kefleksibelan IT yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda secara lancar, menurut cara anda.
{O365E1Year|price}
pengguna/bulan
komitmen tahunan
Dapatkan perkhidmatan produktiviti dan kerjasama yang terkini dengan Office 365 Enterprise E1.
Dapatkan perkhidmatan produktiviti dan kerjasama yang terkini dengan Office 365 Enterprise E1.

Office 365 Enterprise E1

Lengkapi pekerja anda dengan perkhidmatan kerjasama yang terkini dan dapatkan kawalan dan kefleksibelan IT yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda secara lancar, menurut cara anda.
{O365E1Year|price}
pengguna/bulan
komitmen tahunan
Seorang lelaki yang memegang telefon di mejanya, menggunakan Office 365 Enterprise E1.

Memperkasa pasukan anda

Bantu pasukan anda mencapai sasaran yang selanjutnya dengan lebih pantas menggunakan perkongsian fail ringkas, pengarangan bersama dalam masa nyata dan mesyuarat dalam talian, kesemuanya boleh dicapai di mana-mana sahaja.

Mengubah suai perkhidmatan anda

Dapatkan perkhidmatan yang anda betul-betul inginkan. Gabungkan Office 365 dengan pelaburan anda yang sedia ada serta menggabungkan perkhidmatan untuk pengguna yang berlainan.

Mendapatkan kawalan IT

Kurangkan overhed dan gangguan bahagian IT anda sambil kekalkan kawalan. Alih ke awan menurut kehendak anda, urus dengan mudah dan jalankan tugas secara automatik.

Office 365 Enterprise E1

E-mel

E-mel dan kalendar

Gunakan e-mel kelas perniagaan melalui pengalaman Outlook beraneka dan lazim yang boleh dicapai dari desktop anda atau dari pelayar web menggunakan Outlook Web App. Dapatkan peti mel bersaiz 50 GB bagi setiap pengguna dan hantar lampiran yang bersaiz sehingga 25 MB. Ketahui selanjutnya
Persidangan dalam talian

Persidangan dalam talian

Hos mesyuarat dalam talian dengan audio dan video menggunakan perkongsian skrin satu klik dan persidangan video HD. Ketahui selanjutnya
Skype

Pemesejan segera dan kesambungan Skype

Hubungi pengguna Skype for Business lain melalui mesej segera, panggilan suara dan panggilan video, dan beritahu orang lain ketersediaan anda dengan status dalam talian anda. Kongsi kehadiran, IM dan panggilan audio dengan pengguna Skype. Ketahui selanjutnya
Perkongsian fail

Storan fail dan perkongsian

OneDrive for Business menyediakan 1 TB storan awan peribadi kepada setiap pengguna dan mereka boleh mencapainya dari mana-mana sahaja. Kongsi dokumen secara mudah dengan individu dari dalam dan luar organisasi anda dan kawal individu yang dapat melihat dan mengedit setiap fail. Ketahui selanjutnya
Laman pasukan

Laman pasukan

Bekerja bersama-sama pada projek dengan laman pasukan yang membantu mengaturkan dokumen, nota, tugas dan perbualan yang berkaitan bersama. Ketahui selanjutnya
Yammer

Rangkaian sosial korporat

Perisian kerjasama dan aplikasi perniagaan Yammer membolehkan pekerja anda berhubung dengan individu yang betul, berkongsi maklumat dalam kalangan pasukan dan mengatur projek agar mereka boleh bekerja dengan lebih pantas dan lebih teliti. Ketahui selanjutnya (Dalam bahasa Inggeris)
Office Online

Office Online

Cipta dan edit dokumen Word, OneNote, PowerPoint dan Excel dari pelayar. Ketahui selanjutnya
Carian dan penemuan

Carian dan penemuan

Sentiasa ikuti maklumat terkini. Cari dan temui kandungan pada Office 365 berdasarkan pada wawasan yang diperibadikan. Office Delve ialah pengalaman pertama yang akan dikuasai oleh Office Graph, iaitu koleksi isyarat dan wawasan dianalisis yang diperoleh daripada kelakuan dan hubungan setiap pengguna terhadap kandungan, topik dan kenalan. Ketahui selanjutnya
Portal video korporat

Portal video korporat

Urus video di dalam organisasi anda dengan mudah. Office 365 Video ialah destinasi seluruh syarikat untuk aktiviti muat naik, perkongsian dan penemuan video serta main balik yang lancar merentasi peranti. Ketahui selanjutnya
Aplikasi untuk Office dan SharePoint

Aplikasi untuk Office dan SharePoint

Aplikasi pihak ketiga dan aplikasi binaan pelanggan yang baru berfungsi dengan Office dan SharePoint untuk membolehkan perkhidmatan web terus pada dokumen dan laman anda.
Semua pelan Office 365 Enterprise disertakan:
Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan

Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.
Keselamatan

Keselamatan

Amalan keselamatan yang terkini dengan lima lapisan keselamatan dan pemantauan proaktif membantu memastikan keselamatan data pelanggan. Ketahui selanjutnya
Privasi

Privasi

Data anda kepunyaan anda. Microsoft tidak mengimbas e-mel atau dokumen untuk tujuan pengiklanan. Ketahui selanjutnya
Pentadbiran

Pentadbiran

Portal pentadbir memberikan pilihan konfigurasi terperinci IT untuk perkhidmatan anda, sama ada dari portal dalam talian atau melalui pengurusan automatik dengan perintah PowerShell. Anda boleh menggunakan aplikasi Pentadbir untuk menguruskan perkhidmatan anda dengan segera.
Sentiasa terkini

Sentiasa terkini

Tidak perlu membayar untuk naik taraf versi; kemas kini disertakan dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan untuk pelanggan Office 365 dalam pengalaman yang boleh dikonfigurasikan dengan IT.
Penyepaduan Active Directory

Penyepaduan Active Directory

Urus kelayakan dan keizinan pengguna. Pendaftaran masuk sekali dan penyegerakan dengan Active Directory.
Sokongan

Sokongan

Sokongan telefon 24/7 bagi semua isu IT. Bagi isu yang kurang penting, anda boleh mencipta permintaan perkhidmatan terus dari portal pentadbir. Ketahui selanjutnya

Office 365 FastTrack

FastTrack ialah manfaat perkhidmatan permulaan yang disertakan untuk pelanggan Office 365 yang layak. Pakar Microsoft yang memberikan perkhidmatan permulaan akan menyediakan bantuan peribadi untuk memastikan perkhidmatan sedia untuk digunakan di seluruh syarikat. Ketahui selanjutnya (Dalam bahasa Inggeris)


Tawaran penggunaan masa terhad: Selain FastTrack, untuk masa terhad (1 September, 2014 hingga 30 Jun, 2015), pelanggan berkelayakan yang menggunakan Office 365 akan menerima sokongan penggunaan tambahan atau menerima bayaran balik bagi perkhidmatan sokongan penggunaan yang diberikan oleh rakan kongsi IT mereka. Ketahui selanjutnya (Dalam bahasa Inggeris)

Butiran lanjut
Untuk melihat semua ciri yang disertakan, lihat perihalan perkhidmatan yang terperinci.
TunjukkanSembunyikan
Adakah Office 365 Enterprise E1 berfungsi dengan salinan Office saya?
Office 365 Enterprise E1 paling sesuai digunakan bersama Office yang baru, Office 2010 dan Office 2011 for Mac. Office 365 berfungsi dengan sedikit kefungsian terhad dengan Office 2007. Anda tidak memerlukan Office versi desktop untuk menggunakan Enterprise E1. Walau bagaimanapun, anda akan menikmati pengalaman yang lebih beraneka dan dapat bekerja di luar talian jika anda menyambungkan Office versi desktop pada perkhidmatan Office 365.
TunjukkanSembunyikan
Apakah jenis pembayaran yang saya boleh gunakan?
Anda boleh membuat bayaran dengan semua kad kredit utama dan amaun langganan anda akan ditunjukkan pada penyata kad kredit anda. Anda juga boleh memilih untuk menerima invois. Bergantung pada pilihan perkhidmatan anda, anda akan menerima bil secara bulanan atau tahunan. Anda akan menerima mesej e-mel apabila invois anda sedia untuk dibaca dan jika nombor pesanan pembelian (PO) dimasukkan apabila anda membeli langganan anda, nombor tersebut akan disertakan dalam invois anda.
TunjukkanSembunyikan
Apakah opsyen bayaran yang tersedia? Bolehkah saya membayar secara bulanan atau tahunan?
Bayaran komitmen tahunan tersedia untuk pelan Office 365 Enterprise. Dengan komitmen tahunan, anda mendaftar langganan satu tahun tetapi anda boleh memilih untuk membayar setiap bulan atau membayar untuk seluruh tahun pada masa anda membuat pendaftaran.
TunjukkanSembunyikan
Adakah anda menawarkan diskaun pukal untuk perniagaan?
Ya, diskaun tersedia untuk pelanggan persetujuan perniagaan Office 365 (selalunya 250+ lesen) yang ingin membeli melalui pelesenan pukal. Pakar Microsoft boleh membantu anda memahami pilihan pembelian untuk perniagaan besar dan membantu anda menentukan pilihan yang terbaik buat anda. Ketahui selanjutnya tentang pelesenan pukal (Dalam bahasa Inggeris). Cari pakar Microsoft.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya membatalkan langganan saya pada bila-bila masa?
Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Bagi langganan komitmen tahunan, seperti Office 365 Enterprise E1, anda akan dikenakan penalti jika pembatalan dibuat sebelum kontrak anda tamat. Baca Perjanjian Langganan Dalam Talian Microsoft (Dalam bahasa Inggeris) yang lengkap.
TunjukkanSembunyikan
Apa yang akan terjadi kepada data saya jika saya membatalkan langganan saya?
Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi terhad selama 90 hari.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya menukar kepada pelan Office 365 yang lain?
Ya. Jika anda perlu menaik taraf, anda boleh memindahkan akaun anda kepada pelan lain. Contohnya, anda boleh menaik taraf daripada pelan Office 365 Business kepada pelan Office 365 Enterprise.

Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan bestari Tukar pelan dalam pusat Pentadbiran anda untuk menaik taraf pelan anda. Jika langganan anda mempunyai lebih daripada 300 orang pengguna atau jika anda menggunakan kad prabayar untuk membeli pelan anda, maka bestari Tukar pelan tidak akan tersedia. Pelan yang tidak layak untuk bestari Tukar pelan boleh dinaik taraf secara manual. Ketahui selanjutnya tentang menaik taraf pelan Office 365.

PERHATIAN: Apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda dipindahkan kepada akaun baru anda, sama ada anda membawa nama domain anda ke akaun Office 365 atau anda menyediakan nama domain dengan Office 365.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya menggabungkan pelan Office 365 yang berlainan?
Ya, anda boleh menggabungkan pelan Office 365. Sila ambil perhatian bahawa terdapat had lesen pada aras pelan. Pelan Office 365 Business, Business Essentials, dan Business Premium mempunyai had seramai 300 pengguna sementara pelan Enterprise adalah untuk bilangan pengguna tanpa had. Contohnya, anda boleh membeli 300 unit Business Premium, 300 unit Business Essentials dan 500 unit Enterprise E3 pada satu penyewa.
TunjukkanSembunyikan
Saya memerlukan bantuan tambahan untuk memasang Office 365. Siapakah yang boleh membantu?
Pakar Microsoft merupakan syarikat IT dan pembangunan terlatih yang dapat membantu anda bertukar kepada Office 365 atau membentuk penyelesaian khusus untuk perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan senarai untuk kesemua pakar Microsoft kami di Microsoft Pinpoint.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimana jika saya telah mempunyai nama domain?
Anda boleh menambahkan nama domain yang anda miliki pada Office 365 untuk mencipta alamat e-mel yang berasaskan domain. Mencari pendaftar domain atau pembekal pengehosan DNS anda. Membandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.
iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagang berdaftar Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara lain. Android ialah tanda dagang Google Inc.

{"pmgControls": [{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper|.accordionBtn|.accordionContent|.showIcon|.hideIcon|.showHideAll"}, {"functionName":"PinnedNav","params":"#pmgPDN|#pmgPinnedNavStart|top|.pmg-pinned-nav-highlighted|false||680|.pmg-pinned-end-point"},{"functionName":"CustomTooltip","params":""},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#4d78e005-e491-3532-babd-9c33fa317cb4|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#planattr|pmg-pos-abs|680"},{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame1|.pmgJS-target1"},{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame2|.pmgJS-target2"}]}