Pilih negara/rantau pengebilan anda:
{"pmgControls":[ {"functionName":"DynamicMarket","params":"commercial|.pmgDynaMarket|#pmgSKUChooserCntry|off|PMGSKUMarketCk"}]}

Office 365 Enterprise E3

Majukan perniagaan anda dengan Office yang terkini, dipasang dengan lengkap serta perkhidmatan kerjasama bersepadu yang digabungkan dengan ciri pematuhan lanjutan dan kuasa IT lengkap.
Office 365 Enterprise E3 kini disertakan aplikasi Office 2016 yang baru untuk PC dan Mac anda.
{O365E3MonthSubAnn|price}
pengguna/bulan
komitmen tahunan

Office 365 Enterprise E3

Majukan perniagaan anda dengan Office yang terkini, dipasang dengan lengkap serta perkhidmatan kerjasama bersepadu yang digabungkan dengan ciri pematuhan lanjutan dan kuasa IT lengkap.
Office 365 Enterprise E3 kini disertakan aplikasi Office 2016 yang baru untuk PC dan Mac anda.
{O365E3MonthSubAnn|price}
pengguna/bulan
komitmen tahunan
Empat individu bekerja di dalam pejabat menggunakan Office 365 Enterprise E3.
Empat individu bekerja di dalam pejabat menggunakan Office 365 Enterprise E3.
Empat individu bekerja di dalam pejabat menggunakan Office 365 Enterprise E3.
Empat individu bekerja di dalam pejabat menggunakan Office 365 Enterprise E3.

Office merentasi peranti

Dapatkan pengalaman Office yang lazim pada kebanyakan peranti, memperkasa pekerja anda untuk menyelesaikan kerja walau di mana jua mereka berada.

Pematuhan yang diringkaskan

Arkibkan, gunakan penahanan perundangan setempat dan cari dokumen yang diperlukan dengan segera. Perlindungan data lanjutan membantu melindungi keselamatan data anda.

Kawalan IT lanjutan

Beri bahagian IT anda kefleksibelan dan kawalan sementara mengurangkan kos IT. Alih ke awan menurut kehendak anda, urus dengan mudah dan jalankan tugas secara automatik.

Office merentasi peranti anda

Dapatkan pengalaman Office yang lazim pada kebanyakan peranti, memperkasa pekerja anda untuk menyelesaikan kerja walau di mana jua mereka berada.

Pematuhan yang diringkaskan

Arkibkan, gunakan penahanan perundangan setempat dan cari dokumen yang diperlukan dengan segera. Perlindungan data lanjutan membantu melindungi keselamatan data anda.

Kawalan IT lanjutan

Beri bahagian IT anda kefleksibelan dan kawalan sementara mengurangkan kos IT.
Kecerdasan Perniagaan Layan Diri dalam Excel
Alih ke awan menurut kehendak anda, urus dengan mudah dan jalankan tugas secara automatik.

Office 365 Enterprise E3 disertakan:

Alat Office yang lazim

Office suite

Kini disertakan aplikasi Office 2016 baru untuk PC dan Mac anda.
Sentiasa mempunyai versi terkini bagi:
WordExcelPowerPointOutlookOneNotePublisherSkype for BusinessAccess
  • Catat idea anda menurut cara yang paling sesuai untuk anda, sama ada menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
  • Formatkan maklumat dalam Excel dengan mudah menggunakan alat yang mengecam corak anda dan melengkapkan data secara automatik.
  • Gabungkan data daripada PDF dengan mudah untuk mencipta dokumen Word anda yang menarik.
Office pada PC, tablet dan telefon

Office pada PC, tablet dan telefon

Nikmati pengalaman Office yang dipasang dengan lengkap merentasi PC, MAC, tablet Windows dan iPad® dan tablet Android™ serta kebanyakan peranti mudah alih. Setiap pengguna boleh memasang Office pada 5 PC atau Mac, 5 tablet (Windows, iPad dan Android), dan 5 telefon. Alat petua Ketahui selanjutnya
Disertakan perkhidmatan dalam talian berikut
E-mel dan kalendar

E-mel dan kalendar

Gunakan e-mel kelas perniagaan melalui pengalaman Outlook beraneka dan lazim yang boleh dicapai dari desktop anda atau daripada pelayar web menggunakan Outlook di web. Gunakan kelebihan storan tanpa had, storan 50 GB dalam peti mel utama pengguna dan storan tanpa had dalam Arkib Setempat pengguna. Ketahui lebih lanjut
E-mel lanjutan

E-mel lanjutan

Gunakan kemampuan pengarkiban dan penahanan perundangan serta storan tanpa had untuk keperluan pematuhan. Gunakan dasar pencegahan kehilangan data (DLP) dan petua dasar yang memaklumkan kepada pengguna anda tentang penguatkuasaan pematuhan tambahan dalam e-mel.
Kawalan capaian dokumen dan e-mel

Kawalan capaian dokumen dan e-mel

Rights Management Services membolehkan anda menyekat capaian pada dokumen dan e-mel kepada individu khusus untuk menghalang orang lain melihat atau mengeditnya, walaupun jika bahan tersebut dihantar dari luar organisasi.
Mesyuarat Dalam Talian

Mesyuarat Dalam Talian

Hoskan mesyuarat dalam talian dengan audio, video HD dan persidangan web melalui Internet. Sertai mesyuarat dengan satu sentuhan atau klik dari telefon pintar, tablet atau PC pilihan anda. Ketahui lebih lanjut
Siaran Mesyuarat

Siaran Mesyuarat

Siarkan mesyuarat Skype for Business di Internet kepada sehingga 10,000 individu yang boleh menghadiri dalam pelayar pada hampir sebarang peranti. Secara pilihan disertakan Bing Pulse untuk pengundian masa nyata dan penjejakan sentimen serta Yammer untuk mendayakan dialog semasa siaran. Ketahui lebih lanjut (dalam bahasa Inggeris)
Pemesejan segera dan kesambungan Skype

Pemesejan segera dan kesambungan Skype

Hubungi pengguna Skype for Business yang lain melalui mesej segera, panggilan suara dan panggilan video, dan beritahu orang lain ketersediaan anda dengan status dalam talian anda. Ketahui lebih lanjut
Storan dan perkongsian fail ringkas

Storan fail dan perkongsian ringkas

OneDrive for Business memberi setiap pengguna 1 TB storan awan peribadi yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja dan storan tersebut disegerakkan dengan PC/Mac mereka untuk capaian luar talian. Kongsi dokumen secara mudah dengan individu di dalam dan di luar organisasi dan mengawal individu yang boleh melihat dan mengedit setiap fail. Ketahui lebih lanjut
Laman pasukan

Laman pasukan

Dayakan capaian mudah dan perkongsian dokumen dengan storan asas 10 GB serta 500 MB storan bagi setiap pengguna. Kongsi wawasan melalui laporan interaktif dengan Excel Services dan Visio Services, dan lihat pada pelayar peranti mudah alih yang menyokong HTML5. Ketahui lebih lanjut
rangkaian sosial korporat

Rangkaian sosial korporat

Perisian kerjasama dan aplikasi perniagaan Yammer membolehkan pekerja anda berhubung dengan individu yang betul, berkongsi maklumat dalam kalangan pasukan dan mengatur projek agar mereka boleh bekerja dengan lebih pantas dan lebih teliti. Ketahui lebih lanjut
Office Online

Office Online

Cipta dan edit dokumen Word, OneNote, PowerPoint dan Excel menggunakan mana-mana pelayar moden. Ketahui lebih lanjut
penceritaan digital profesional

Penceritaan digital profesional

Dengan Sway, aplikasi Office 365 yang baru, anda boleh mencipta laporan, persembahan, surat berita, latihan berasaskan web dan banyak lagi yang menarik dan interaktif dengan mudah, terus dari telefon, tablet dan pelayar anda. Sway mudah dikongsi dan kelihatan menarik pada sebarang skrin.Ketahui selanjutnya
Mobiliti

Mobiliti

Segerakkan e-mel, kalendar dan kenalan; capai laman SharePoint; lihat dan edit dokumen Office dengan Office Online menggunakan pelayar pada Windows Phone, iOS dan peranti Android. Ketahui lebih lanjut
pengurusan perusahaan aplikasi

Pengurusan perusahaan aplikasi

Ringkaskan pengurusan aplikasi di dalam organisasi anda dengan Dasar Kumpulan, Telemetri dan Pengaktifan Komputer Kongsi.
carian dan penemuan

Carian dan penemuan

Kekal berpengetahuan. Cari dan temui kandungan di seluruh Office 365 berdasarkan wawasan yang diperibadikan. Office Delve ialah pengalaman pertama yang akan dikuasai oleh Office Graph, iaitu koleksi isyarat dan wawasan dianalisis yang diperoleh daripada kelakuan dan hubungan setiap pengguna terhadap kandungan, topik dan kenalan. Ketahui lebih lanjut
portal video korporat

Portal video korporat

Urus video di dalam organisasi anda dengan mudah. Office 365 Video ialah destinasi seluruh syarikat untuk aktiviti muat naik, perkongsian dan penemuan video serta main balik yang lancar merentasi peranti. Ketahui lebih lanjut
Penyepaduan mel suara (Pemesejan Disatukan)

Penyepaduan mel suara (Pemesejan Disatukan)

Sokongan mel suara berhos dengan kemampuan autoatendan. Mel suara dirakam pada Exchange Online dan pengguna boleh mencapainya dari Outlook, Outlook Web App atau telefon bimbit yang serasi.
Alat pematuhan lanjutan

Alat pematuhan lanjutan

Pusat ePenemuan yang disatukan membolehkan anda mencari di peti mel Exchange, Skype for Business, OneDrive for Business dan SharePoint. Penyepaduan dengan pengekalan, pengakriban dan analitis lanjutan mendayakan ePenemuan pada tempat dan boleh dijangka, meningkatkan kerelevanan pada masa yang sama mengurangkan kos dan risiko.
Perlindungan maklumat

Perlindungan maklumat

Pengurusan hak, pencegahan kehilangan data dan penyulitan untuk Exchange Online, Skype for Business dan SharePoint Online membantu anda memastikan kandungan anda selamat dalam e-mel, IM dan mesyuarat serta laman pasukan.
Kecerdasan Perniagaan Layan Diri dalam Excel

Kecerdasan Perniagaan Layan Diri dalam Excel

Lakukan lebih banyak kerja dengan alat yang anda telah ketahui, iaitu Excel. Ketahui dan sambung pada data dengan Power Query, bentuk model dan analisis data ini dengan Power Pivot dan gambarkan wawasan dalam laporan dan peta yang interaktif dengan Power View dan Power Map. Ketahui lebih lanjut
Power BI for Office 365 ialah perkhidmatan berasingan yang membolehkan anda menyediakan galeri dalam talian untuk laporan Excel anda dengan mudah agar semua orang dalam organisasi anda boleh mencapai laporan, berkongsi pandangan mengenai data dan bekerjasama dari mana-mana sahaja pada sebarang peranti. Ketahui lebih lanjut
Aplikasi untuk Office dan SharePoint

Aplikasi untuk Office dan SharePoint

Aplikasi pihak ketiga dan aplikasi binaan pelanggan yang baru berfungsi dengan Office dan SharePoint untuk membolehkan perkhidmatan web terus pada dokumen dan laman anda.
Semua pelan Office 365 Enterprise disertakan:
Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan

Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.
Keselamatan

Keselamatan

Amalan keselamatan yang terkini dengan lima lapisan keselamatan dan pemantauan proaktif membantu memastikan keselamatan data pelanggan. Ketahui lebih lanjut
Privasi

Privasi

Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda. Ketahui lebih lanjut
pentadbiran

Pentadbiran

Portal pentadbir memberikan pilihan konfigurasi terperinci IT untuk perkhidmatan anda, sama ada dari portal dalam talian atau melalui pengurusan automatik dengan perintah PowerShell. Anda boleh menggunakan aplikasi Pentadbir untuk mengurus perkhidmatan anda dengan segera.
Sentiasa terkini

Sentiasa terkini

Tidak perlu membayar untuk menaik taraf versi; kemas kini termasuk dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan untuk pelanggan Office 365 dalam pengalaman yang boleh dikonfigurasikan dengan IT.
Penyepaduan Active Directory

Penyepaduan Active Directory

Urus kelayakan dan keizinan pengguna. Daftar masuk tunggal dan penyegerakan dengan Active Directory.
Sokongan

Sokongan

Sokongan telefon 24/7 bagi semua isu IT. Bagi isu yang kurang penting, anda boleh membuat permintaan perkhidmatan terus melalui portal pentadbir. Ketahui lebih lanjut

Office 365 FastTrack

FastTrack ialah manfaat perkhidmatan permulaan yang disertakan untuk pelanggan Office 365 yang layak. Pakar Microsoft yang memberikan perkhidmatan permulaan akan menyediakan bantuan peribadi untuk memastikan perkhidmatan sedia untuk digunakan di seluruh syarikat. Ketahui Selanjutnya (Dalam bahasa Inggeris)
Tawaran penggunaan masa terhad: Selain FastTrack, untuk masa terhad, pelanggan berkelayakan yang menggunakan Office 365 akan menerima sokongan penggunaan tambahan atau menerima bayaran balik bagi perkhidmatan sokongan penggunaan yang diberikan oleh rakan kongsi IT mereka. Ketahui Selanjutnya (Dalam bahasa Inggeris)
Butiran lanjut
Untuk melihat semua ciri yang disertakan, lihat perihalan perkhidmatan yang terperinci.
TunjukkanSembunyikan
Apakah jenis pembayaran yang saya boleh gunakan?
Anda boleh membuat bayaran dengan semua kad kredit utama dan amaun langganan anda akan ditunjukkan pada penyata kad kredit anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk menerima invois dan bergantung pada pilihan perkhidmatan anda, anda akan dihantar bil secara bulanan atau tahunan. Anda akan menerima mesej e-mel apabila invois anda sedia untuk dilihat. Jika nombor pesanan pembelian (PO) dimasukkan apabila anda membeli langganan anda, nombor tersebut akan termasuk dalam invois anda.
TunjukkanSembunyikan
Apakah pilihan pembayaran yang tersedia? Bolehkah saya membayar secara bulanan atau tahunan?
Bayaran komitmen tahunan tersedia untuk pelan Office 365 Enterprise. Dengan komitmen tahunan, anda mendaftar untuk langganan setahun tetapi anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan atau membayar untuk setahun pada masa pendaftaran.
TunjukkanSembunyikan
Adakah anda menawarkan diskaun pukal untuk perniagaan?
Ya, diskaun disediakan kepada pelanggan perjanjian perusahaan Office 365 (biasanya, 250+ lesen) bagi sesiapa yang ingin membeli melalui pelesenan pukal. Pakar Microsoft boleh membantu anda meneroka pilihan pembelian untuk perusahaan besar dan membantu anda menentukan yang mana terbaik untuk anda. Ketahui selanjutnya mengenai pelesenan pukal. Cari pakar Microsoft.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya membatalkan langganan saya pada bila-bila masa?
Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Untuk langganan komitmen tahunan, seperti Office 365 Enterprise E3, mungkin terdapat penalti kerana membatalkan langganan sebelum kontrak anda tamat. Baca Perjanjian Langganan Dalam Talian Microsoft yang lengkap.
TunjukkanSembunyikan
Apa yang akan terjadi kepada data saya jika saya membatalkan langganan saya?
Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi yang terhad selama 90 hari.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya menukar kepada pelan Office 365 yang lain?
Ya, jika anda perlu menaik taraf, anda boleh memindahkan akaun anda kepada pelan lain. Contohnya, anda boleh menaik taraf daripada pelan Office 365 Business kepada pelan Office 365 Enterprise.
Dalam kebanyakan kes, anda boleh menggunakan bestari Tukar pelan di Pusat pentadbiran anda untuk menaik taraf pelan anda. Jika langganan anda mempunyai lebih daripada 300 pengguna atau jika anda menggunakan kad prabayar untuk membeli pelan anda, maka bestari Tukar pelan tidak tersedia. Pelan yang tidak layak untuk bestari Tukar pelan boleh dinaik taraf secara manual. Ketahui selanjutnya tentang menaik taraf pelan Office 365.
PERHATIAN: Apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda dipindahkan kepada akaun baru anda, sama ada anda membawa nama domain anda ke akaun Office 365 atau anda menyediakan nama domain dengan Office 365.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya menggabungkan pelan Office 365 yang berlainan?
Ya, anda boleh mencampurkan dan memadankan pelan Office 365. Sila ambil perhatian bahawa terdapat beberapa pengehadan lesen pada tahap pelan. Pelan Office 365 Business, Business Essentials dan Business Premium, setiap satu mempunyai had sebanyak 300 pengguna manakala pelan Enterprise untuk bilangan pengguna yang tidak terhad. Contohnya, anda boleh membeli 300 kerusi Business Premium, 300 kerusi Business Essentials dan 500 kerusi Enterprise E3 pada satu penyewa.
TunjukkanSembunyikan
Adakah maklumat percubaan saya akan dipindahkan kepada langganan Office 365 saya?
Ya. Jika anda membeli langganan Office 365 dengan bilangan akaun pengguna sama yang anda cipta pada penghujung percubaan percuma anda, maklumat dan konfigurasi akaun pengguna ini tidak akan berubah. Apabila percubaan percuma anda tamat tempoh, anda tidak lagi dapat menggunakan Office 365 secara percuma. Anda mempunyai masa selama 30 hari untuk membeli Office 365 sebelum maklumat akaun anda dipadam. Apabila maklumat akaun percubaan anda dipadam, anda tidak boleh mengambilnya.
TunjukkanSembunyikan
Saya memerlukan bantuan tambahan untuk memasang Office 365. Siapa yang boleh membantu?
Pakar Microsoft ialah syarikat IT dan pembangunan terlatih yang boleh membantu anda beralih ke Office 365 atau membangunkan penyelesaian tersuai untuk perniagaan anda. Anda boleh mendapatkan senarai semua pakar Microsoft anda dalam Microsoft Pinpoint.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimana jika saya telah mempunyai nama domain?
Anda boleh menambahkan nama domain anda sendiri pada Office 365 untuk mencipta alamat e-mel berasaskan domain. Cari pendaftar domain anda atau pembekal hos DNS. Bandingkan pengurusan domain dalam langganan Office 365.
TunjukkanSembunyikan
Adakah capaian Internet diperlukan untuk Office 365?
Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua pelan Office 365 dan untuk mengurus akaun langganan anda. Sambungan Internet juga diperlukan untuk mencapai perkhidmatan produktiviti awan Office 365 termasuk e-mel, persidangan, pengurusan IT dan perkhidmatan lain.
Banyak pelan Office 365 juga memasukkan versi desktop bagi Office, contohnya, Office 365 Small Business Premium dan Office 365 Enterprise E3. Salah satu manfaat mempunyai versi desktop bagi aplikasi Office ialah anda boleh bekerja luar talian dan mempunyai keyakinan bahawa pada waktu lain anda menyambung kepada Internet semua kerja anda akan secara automatik, disegerak, supaya anda tidak perlu risau mengenai dokumen anda dikemas kini. Versi desktop anda bagi Office juga secara automatik, dipastikan terkini dan dinaik taraf apabila anda menyambung kepada Internet, supaya, anda sentiasa mempunyai alat terkini untuk membantu anda bekerja. Bandingkan pelan Office 365.
               
iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagang berdaftar Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara lain. Android ialah tanda dagang Google Inc.

{"pmgControls": [{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper|.accordionBtn|.accordionContent|.showIcon|.hideIcon|.showHideAll"}, {"functionName":"PinnedNav","params":"#pmgPDN|#pmgPinnedNavStart|top|.pmg-pinned-nav-highlighted|false||680|.pmg-pinned-end-point"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#bd0aa9e6-28be-5ea9-de5d-c435dbba04e6|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame1|.pmgJS-target1"},

{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame1|.pmgJS-target2"},{"functionName":"CustomTooltip","params":""},{"functionName":"AddDynaCss","params":"#planattr|pmg-pos-abs|680"}]}