Office 365 Enterprise E4

Office 365 Enterprise E4 tidak lagi akan dijual selepas 30 Jun 2016. Ketahui lebih lanjut

Lihat pelan baru kami, Office 365 Enterprise E5 untuk tawaran produktiviti dan komunikasi awan yang paling menyeluruh dan selamat. Ketahui lebih lanjut

Pematuhan yang diringkaskan

Arkibkan, gunakan penahanan perundangan setempat dan cari dokumen yang diperlukan dengan segera. Perlindungan data lanjutan membantu melindungi keselamatan data anda.

Kawalan IT lanjutan

Beri jabatan IT anda kefleksibelan dan kawalan sementara mengurangkan kos IT. Beralih ke awan menurut kesesuaian anda, uruskan dengan mudah dan jalankan tugas secara automatik.

Komunikasi disatukan

Make calls nearly anywhere using a Buat panggilan hampir dari mana-mana sahaja menggunakan telefon, PC dan mudah alih. Singkirkan sistem telefon PBX terpisah dengan keupayaan menghubungi perusahaan Skype for Business Server 2015. Petua alat tentang keperluan Skype for Business

Office 365 Enterprise E4 termasuk:

Alat Office yang biasa

Suit Office

Petua alat dengan butiran tentang ketersediaan Publisher, Access dan Skype for Business
Kini disertakan aplikasi Office 2016 baru untuk PC dan Mac anda.
Sentiasa mempunyai versi terkini bagi:
WordExcelPowerPointOutlookOneNotePublisherSkype for BusinessAccess
  • Catat idea anda menurut cara yang paling sesuai untuk anda, sama ada menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
  • Formatkan maklumat dalam Excel dengan mudah menggunakan alat yang mengecam corak anda dan melengkapkan data secara automatik.
  • Gabungkan kandungan daripada PDF dengan mudah untuk mencipta dokumen Word anda sendiri yang kelihatan menarik.
Ikon PC, tablet dan telefon

Office pada PC, tablet dan telefon

Nikmati pengalaman Office yang dipasang sepenuhnya merentasi PC, Mac, iPad, tablet Windows, tablet iPad® dan Android™ serta kebanyakan peranti mudah alih. Setiap pengguna boleh memasang Office pada 5 PC atau Mac, 5 tablet (Windows, iPad dan Android) dan 5 telefon.Petua alat dengan maklumat tentang peranti Windows 2-dalam-1

Ketahui lebih lanjut tentang aplikasi mudah alih Office 365

Serta perkhidmatan dalam talian berikut

Ikon e-mel dan kalendar, ketahui tentang e-mel kelas perniagaan dengan Office 365

E-mel dan kalendar

Gunakan e-mel kelas perniagaan melalui pengalaman Outlook yang beraneka dan lazim yang anda boleh capai daripada desktop anda atau daripada pelayar web menggunakan Outlook Web App. Dapatkan 50 GB peti mel bagi setiap pengguna dan hantar lampiran sehingga 150 MB. Ketahui lebih lanjut
E-mel lanjutan

E-mel lanjutan

Gunakan kemampuan pengarkiban dan penahanan perundangan serta storan tanpa had untuk keperluan pematuhan. Gunakan dasar pencegahan kehilangan data (DLP) dan petua dasar yang memaklumkan kepada pengguna anda tentang penguatkuasaan pematuhan tambahan dalam e-mel.
Kawalan capaian dokumen dan e-mel

Kawalan capaian dokumen dan e-mel

Rights Management Services membolehkan anda menyekat capaian kepada dokumen dan e-mel kepada individu khusus bagi menghalang orang lain daripada melihat atau mengeditnya, walaupun jika bahan tersebut dihantar ke luar organisasi.
Ikon Mesyuarat Dalam Talian, ketahui cara untuk menjadikan mesyuarat dalam talian dan kerjasama mudah dengan Office 365

Mesyuarat Dalam Talian

Hoskan mesyuarat dalam talian dengan audio, video HD dan persidangan web melalui Internet. Sertai mesyuarat dengan satu sentuhan atau klik daripada telefon pintar, tablet atau PC pilihan anda. Ketahui lebih lanjut
Ikon Skype, ketahui tentang mesyuarat dalam talian dan pemesejan segera dalam Skype for Business

Pemesejan segera dan kesambungan Skype

Petua alat dengan butiran tentang ketersediaan Skype for Business dan Lync untuk Mac
Berhubung dengan pengguna Skype dan Skype for Business yang lain melalui mesej segera, panggilan suara serta panggilan video dan maklumkan kepada orang lain tentang ketersediaan anda dengan status dalam talian anda. Ketahui lebih lanjut
Ikon storan dan perkongsian fail, ketahui tentang bekerjasama pada fail Office dari mana-mana

Storan dan perkongsian fail

OneDrive for Business memberi setiap pengguna 1 TB storan awan peribadi yang boleh dicapai dari mana-mana sahaja dan disegerakkan dengan PC/Mac mereka untuk capaian luar talian. Kongsikan dokumen dengan mudah dengan individu lain di dalam dan di luar organisasi anda dan kawal siapa yang boleh melihat dan mengedit setiap fail. Ketahui lebih lanjut
Ikon laman pasukan, ketahui tentang penciptaan laman pasukan agar dokumen pasukan kekal teratur

Laman pasukan

Mendayakan capaian mudah dan perkongsian dokumen dengan 10 GB garis asas storan serta 500 MB storan setiap pengguna. Berkongsi wawasan melalui laporan interaktif dengan Excel Services dan Visio Services dan lihat ia pada pelayan peranti mudah alih yang menyokong HTML5. Ketahui lebih lanjut
Ikon Yammer, ketahui tentang mengekalkan sambungan syarikat anda dengan Yammer

Rangkaian sosial korporat

Perisian kerjasama Yammer dan aplikasi perniagaan membenarkan pekerja anda untuk berhubung dengan individu yang betul, berkongsi maklumat di kalangan pasukan dan mengatur projek agar mereka boleh bekerja dengan lebih pantas dan teliti. Ketahui lebih lanjut
Ikon Office Online, ketahui tentang appsr Office Online yang percuma

Office Online

Cipta dan edit dokumen Word, OneNote, PowerPoint dan Excel dari mana-mana pelayar moden. Ketahui lebih lanjut
Ikon Sway, ketahui tentang penciptaan dan perkongsian persembahan interaktif dengan Sway

Penceritaan digital profesional

Dengan Sway, aplikasi Office 365 yang baru, anda boleh mencipta laporan, persembahan, surat berita dan latihan berasaskan web yang menarik dan interaktif serta banyak lagi—terus daripada telefon, tablet atau pelayar anda. Sway mudah dikongsi dan kelihatan menarik pada sebarang skrin. Ketahui lebih lanjut
Ikon mobiliti, ketahui tentang aplikasi mudah alih Office 365

Mobiliti

Segerakkan e-mel, kalendar dan kenalan; capai laman SharePoint; lihat dan edit dokumen Office dengan Office Online menggunakan pelayar pada Windows Phone, iOS dan peranti Android. Ketahui lebih lanjut
Pengurusan aplikasi Enterprisei

Pengurusan perusahaan aplikasi

Ringkaskan pengurusan aplikasi dalam organisasi anda dengan Dasar Kumpulan, Telemetri dan Pengaktifan Komputer Kongsi.
Ikon cari, ketahui tentang penemuan maklumat baru dan berkaitan serta individu dengan Delve

Carian dan penemuan

Ketahui setiap perkembangan terkini. Cari dan temui kandungan merentasi Office 365 berdasarkan wawasan yang diperibadikan. Office Delve ialah pengalaman pertama yang akan dikuasakan oleh Office Graph, iaitu koleksi isyarat atau wawasan yang dianalisis yang diperoleh daripada tingkah laku dan perhubungan setiap pengguna terhadap kandungan, topik dan kenalan. Ketahui lebih lanjut
Ikon video, ketahui tentang Office 365 Video

Portal video korporat

Uruskan video dalam organisasi anda dengan mudah. Office 365 Video adalah destinasi seluruh syarikat untuk muat naik, berkongsi dan menemui video serta main balik dengan lancar merentasi peranti. Ketahui lebih lanjut
Penyepaduan mel suara (Pemesejan Disatukan)

Penyepaduan mel suara (Pemesejan Disatukan)

Sokongan mel suara berhos dengan kemampuan atendan automatik. Mel suara dirakamkan pada Exchange Online dan pengguna boleh mencapainya dari Outlook, Outlook Web App atau telefon bimbit yang serasi.
Suara Syarikat

Suara Syarikat

Petua alat tentang keperluan Skype for Business Server Plus CAL
Tingkatkan atau gantikan sistem telefon tradisional pertukaran cawangan peribadi (PBX) dengan keupayaan panggilan perusahaan Skype for Business Server 2015. Dapatkan ciri seperti menjawab, memaju, menahan, melencong, membebaskan dan meletakkan serta sokongan bagi peranti analog dan berbagai peranti pengguna IP dan USB daripada rakan kongsi.
Alat pematuhan lanjutan

Alat pematuhan lanjutan

Dengan Pusat ePenemuan yang disatukan, anda boleh mencari merentasi peti mel SharePoint, Skype for Business dan Exchange. ePenemuan berintegrasi dengan pengekalan dan pengarkiban lanjutan, mendayakan pegangan undang-undang setempat dan projek berasaskan kes.
Kecerdasan Perniagaan Layan Diri dalam Excel

Kecerdasan Perniagaan Layan Diri dalam Excel

Lakukan lebih banyak kerja dengan alat yang anda telah ketahui: Excel. Temui dan sambung pada data dengan Power Query, modelkan dan analisis data ini dengan Power Pivot dan gambarkan wawasan dalam laporan dan peta yang interaktif dengan Power View dan Power Map. Ketahui lebih lanjut

Power BI for Office 365 ialah perkhidmatan berasingan yang membolehkan anda menyediakan galeri dalam talian untuk laporan Excel anda dengan mudah agar semua orang dalam organisasi anda boleh mencapai laporan, berkongsi wawasan tentang data dan bekerjasama dari mana-mana sahaja pada sebarang peranti. Ketahui lebih lanjut
Aplikasi untuk Office dan SharePoint

Aplikasi untuk Office dan SharePoint

Aplikasi pihak ketiga dan aplikasi binaan pelanggan yang baru berfungsi dengan Office dan SharePoint untuk membolehkan perkhidmatan web terus pada dokumen dan laman anda.

Semua pelan Office 365 Enterprise disertakan:

Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan

Tenangkan minda anda mengetahui bahawa perkhidmatan anda tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.
Ikon keselamatan, pergi ke Pusat Amanah Office 365

Keselamatan

Amalan keselamatan yang terkini dengan lima lapisan keselamatan dan pemantauan proaktif membantu memastikan keselamatan data pelanggan. Ketahui lebih lanjut
Ikon privasi, pergi ke Pusat Amanah Office 365

Privasi

Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda. Ketahui lebih lanjut
Pentadbiran

Pentadbiran

Portal pentadbir memberikan pilihan konfigurasi terperinci IT untuk perkhidmatan anda, sama ada dari portal dalam talian atau melalui pengurusan automatik dengan perintah PowerShell. Anda boleh menggunakan aplikasi Pentadbir untuk mengurus perkhidmatan anda dengan segera.
Terkini

Terkini

Tidak perlu membayar untuk menaik taraf versi; kemas kini termasuk dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan untuk pelanggan Office 365 dalam pengalaman yang boleh dikonfigurasikan dengan IT.
Penyepaduan Active Directory

Penyepaduan Active Directory

Urus kelayakan dan kebenaran pengguna. Daftar masuk tunggal dan penyegerakan dengan Active Directory.
Ikon sokongan, ketahui tentang opsyen sokongan dan ciri Office 365

Sokongan

Sokongan telefon 24/7 bagi semua isu IT. Bagi isu yang kurang penting, anda boleh membuat permintaan perkhidmatan terus melalui portal pentadbir. Ketahui lebih lanjut

Perkhidmatan kemasukkan Office 365

Microsoft FastTrack untuk Office 365

Microsoft FastTrack untuk Office 365 ialah perkhidmatan kejayaan pelanggan kami yang direka bentuk untuk membantu anda beralih ke Office 365, dengan lancar dan dengan yakin serta menyedari nilai perniagaan dengan lebih cepat.

Terokai perkara yang mungkin, rancang pelancaran yang berjaya dan dayakan pengguna baru dan keupayaan mengikut rentak anda sendiri. Capai amalan terbaik, alat, sumber dan pakar yang komited untuk menjadikan pengalaman anda dengan Office 365 satu kejayaan.

Sumber dan perkhidmatan FastTrack disertakan dengan Office 365 Enterprise E5 untuk pelanggan dengan sekurang-kurangnya 50 tempat. Ketahui lebih lanjut

Butiran Lanjut

Untuk melihat semua ciri yang disertakan, lihat perihalan perkhidmatan yang terperinci.

Soalan lazim

Tunjukkan semua
iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.