Office 365

Bekerjasama mengusahakan fail dari mana-mana sahaja

Memudahkan kerjasama. Capai fail anda merentasi peranti anda dan edit dokumen bersama-sama pada masa yang sama.

Lihat pelan & harga
Komputer riba menunjukkan senarai dokumen dalam OneDrive for Business.

Menyimpan, menyegerak dan berkongsi fail dengan mudah

Sentiasa mempunyai fail versi terkini

Langkah menyimpan fail anda dalam talian memudahkan kerja untuk menyimpan, mengatur dan berkongsinya agar anda boleh mengusahakan dokumen dengan rakan sepasukan, berkongsi laporan dengan rakan niaga atau berhubung dengan pelanggan. Fail anda sentiasa terkini, oleh itu semua orang mempunyai capaian kepada versi yang terkini.

Dapatkan ruang untuk semua fail anda

1 TB storan dokumen peribadi, anda boleh menyimpan semua fail anda dalam talian dan mencapainya di mana-mana daripada PC/Mac anda atau iOS, Android™ atau peranti Windows.

Kongsi dengan sesiapa sahaja yang anda pilih

Anda boleh berkongsi fail di dalam dan di luar syarikat anda. Anda sentiasa mengawal capaian.

Tablet dan telefon pintar menunjukkan menu kongsi dalam OneDrive for Business.

Berkongsi secara dalaman dan luaran

Anda mengawal capaian pada fail

Dalam dunia rangkaian kami, perkongsian fail tidak hanya terhad di dalam pejabat. Akan tetapi, sama ada di dalam atau di luar, anda mengawal individu yang melihat dan mengedit setiap fail. Anda juga boleh mencipta, mengedit dan menyemak semula dengan orang lain bagi mengelakkan masalah kerja berulang kali dan menjimatkan masa pemprosesan.

Bekerja bersama mengusahakan fail yang sama

Tidak lagi perlu menghantar dokumen melalui e-mel dan terlepas jejak versi terkini. Tambah, beri respons dan jejaki komen serta kemas kini status dengan mudah pada satu versi dokumen.

Kuasa perangkaian sosial

Perangkaian sosial meningkatkan kerjasama dan mencetuskan inovasi. Dapatkan kemas kini pada dokumen dan laman secara automatik.

Tablet dan telefon pintar menunjukkan senarai dokumen yang dikongsi.

Pastikan projek anda diselaraskan

Bantu pasukan sentiasa disegerak

Maklumkan maklumat terkini kepada setiap orang dan bekerja bersama sebagai satu pasukan. Office 365 memberikan anda banyak cara yang berbeza untuk membantu memastikan semua orang boleh mencari fail yang diperlukan dengan pantas dan semua ahli pasukan maju bersama-sama.

Bina pustaka pasukan

Simpan e-mel projek dan dokumen kongsi di satu tempat dengan peti mel khusus projek yang hanya boleh dicapai oleh ahli pasukan, jadi anda tidak membazirkan masa untuk mencari sesuatu yang anda perlukan.

Cipta laman pasukan

Anda mengawal capaian pada laman pasukan anda. Dengan dasar automatik, perlindungan hak dan pengarkiban, anda boleh melindungi aset pasukan anda.


Perkongsian fail sahaja

Kami mempunyai pelan yang membolehkan anda menyimpan, menyegerak, berkongsi dan bekerjasama dengan mudah mengusahakan fail.

Ketahui lebih lanjut

Soalan yang dijawab

Dapatkan jawapan bagi soalan anda, seperti keperluan sistem, sumber untuk bermula dan sebagainya.

Ketahui lebih lanjut

Ketahui daripada orang lain

Tanya pendapat perniagaan lain tentang pengalaman mereka dengan Office 365 di komuniti Office 365.

Ketahui lebih lanjut (dalam bahasa Inggeris)
iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.