Office 365

Office anda boleh berada di mana-mana sahaja

Selesaikan kerja di mana jua anda berada pada hampir sebarang peranti yang anda gunakan.

Sebuah telefon pintar, sebuah monitor desktop dan dua komputer tablet menampilkan aplikasi Office 365

Office anda bersama anda

Gunakan alat biasa anda di mana-mana

Office 365 menyediakan aplikasi yang anda sudah biasa dan fail yang sentiasa boleh dicapai, sentiasa terkini. Jadi sama ada dalam atau luar talian, di meja atau semasa dalam perjalanan, daripada PC, Mac, iPad®, tablet Android™ atau telefon, anda boleh mendapatkan maklumat yang anda perlukan pada bila-bila masa dan di mana jua anda memerlukannya.

Dapatkan desktop Office

Dengan pelbagai pelan Office 365, anda boleh memasang aplikasi penuh Office yang terkini pada peranti anda, jadi anda boleh bekerja di luar atau dalam talian. Petua alat dengan maklumat tentang keserasian pelan Office 365 yang dipilih dengan versi terdahulu aplikasi Office

Uruskan semua dengan mudah

Aplikasi Office 365 sentiasa terkini serta mudah untuk digunakan dan diuruskan, memberikan anda lebih banyak masa untuk fokus pada kerja anda.

Sebuah telefon pintar dipegang dengan satu tangan, menunjukkan Office 365 sedang dicapai.

Kendalikan jadual anda

Bekerja bersama-sama dengan mudah

Bekerja di mana jua anda berada, apabila anda perlu, pada sebarang peranti yang anda pilih. Berkongsi fail. Menyertai mesyuarat. Kekal disegerakkan dengan pasukan anda. Apabila terdapat kerja untuk dilakukan, Office anda tersedia.

Bekerja merentasi peranti anda

Dengan sesetengah pelan, anda boleh memasang Office pada sehingga lima PC/Mac dan 5 tablet (iPad, Windows atau Android) dan memindahkan pemasangan pada peranti baru apabila anda perlu—pantas.

Selesaikan kerja daripada mana-mana sahaja

Edit dan kongsi fail daripada sebarang pelayar dengan Office Online. Gunakan Office Mobile pada Windows Phone, iPhone® dan telefon Android untuk melihat dan mengedit fail.

Sebuah tablet menunjukkan sejarah versi dokumen dalam Office 365.

Tidak ketinggalan apa-apa

Kurang penyelenggaraan, lebih banyak masa untuk bekerja

Luangkan masa untuk bekerja dan bukannya untuk pemasangan, pengemaskinian dan memastikan semua orang kekal disegerakkan. Office 365 mengurus semua ini di sebalik tabir, agar anda boleh terus bekerja.

Sentiasa versi terkini

Office 365 sentiasa terkini, jadi anda akan sentiasa bekerja dengan versi terkini aplikasi kegemaran anda, seperti Word, Excel, PowerPoint dan Outlook.

Sentiasa fail yang anda perlukan

Oleh sebab fail anda disimpan secara automatik dalam talian, anda boleh mencapai, mengedit dan berkongsi versi terkini, walaupun anda berada dalam perjalanan.


Perlukan Office sahaja?

Dapatkan versi terkini Office tanpa perkhidmatan dalam talian.

Ketahui lebih lanjut

Soalan dijawab

Dapatkan jawapan bagi soalan anda, seperti keperluan sistem, sumber untuk bermula dan sebagainya.

Ketahui lebih lanjut

Belajar daripada orang lain

Tanya pendapat perniagaan lain tentang pengalaman mereka dengan Office 365 di komuniti Office 365.

Ketahui lebih lanjut (dalam bahasa Inggeris)

iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.