Pilih negara/rantau pengebilan anda:
{"pmgControls":[ {"functionName":"DynamicMarket","params":"commercial|.pmgDynaMarket|#pmgSKUChooserCntry|off|PMGSKUMarketCk"}]}

Office 365 ProPlus

Office anda, walau di mana jua anda berada. Dapatkan alat terbaru untuk produktiviti, kerjasama, pematuhan dan BI yang berjalan dengan pantas serta naik taraf yang lancar.

{O365ProPYear|price}
pengguna/bulan
komitmen tahunan

Office 365 ProPlus

Office yang boleh digunakan dengan segera, walau di mana jua anda berada. Dapatkan alat terkini untuk produktiviti, kerjasama, pematuhan dan BI yang berkesan, fleksibel dan dihantar pantas dengan naik taraf yang lancar.
{O365ProPYear|price}
pengguna/bulan
komitmen tahunan

Office 365 ProPlus

Office yang boleh digunakan dengan segera, walau di mana jua anda berada. Dapatkan alat terkini untuk produktiviti, kerjasama, pematuhan dan BI yang berkesan, fleksibel dan dihantar pantas dengan naik taraf yang lancar.
{O365ProPYear|price}
pengguna/bulan
komitmen tahunan
Seorang lelaki dan wanita berdiri di tepi meja lakar menggunakan Office 365 ProPlus pada tablet.
Seorang lelaki dan wanita berdiri di tepi meja lakar menggunakan Office 365 ProPlus pada tablet.

Office merentasi peranti anda

Sentiasa memiliki versi terkini bagi aplikasi Office yang anda sudah biasa, tanpa mengira peranti yang anda gunakan—PC/,Mac, tablet atau telefon.

Keselamatan yang dipertingkatkan dan alat pematuhan

Dapatkan alat untuk menjadikannya mudah untuk memastikan komunikasi lebih selamat dan dalam dasar pematuhan.

Guna mengikut cara yang anda inginkan

Guna pada premis dengan alat anda atau dengan bantuan daripada perkhidmatan dalam talian Office 365 dan mendapatkan kemas kini yang lancar.

Office 365 ProPlus disertakan:

Suit Office

Sentiasa mempunyai versi terkini bagi:
WordExcelPowerPointOutlookOneNotePublisherSkype for BusinessAccess
  • Catat idea anda menurut cara yang paling sesuai untuk anda, sama ada menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
  • Buka PDF dan edit perenggan, senarai dan jadual sebagaimana yang anda lakukan dalam dokumen Word yang biasa.
  • Jejaki komen dalam dokumen Word dan tandakannya selesai dengan butang balas yang baru.
  • Tukar data anda kepada carta atau jadual dengan dua langkah atau kurang agar anda boleh menganalisisnya dengan lebih pantas dan membuat pratonton dengan pemformatan yang berlainan.
  • Benamkan hamparan Excel, gambar rajah Visio, foto dan hampir semua jenis fail komputer dalam buku nota OneNote anda.
  • Kongsi persembahan PowerPoint anda di web dengan menghantar pautan.
  • Reka bahan pemasaran tersuai yang sesuai untuk jenama dan pelanggan anda.
Office pada lebih banyak peranti

Office pada PC, tablet dan telefon

Nikmati pengalaman Office lengkap dipasang merentasi PC, MAC, tablet Windows dan iPad® dan tablet Android serta kebanyakan peranti mudah alih. Setiap pengguna boleh memasang Office pada 5 PC atau Mac, 5 tablet (Windows, iPad dan Android), dan 5 telefon.
Ketahui selanjutnya

Office Online

Mencipta dan mengedit fail Word, Excel, PowerPoint dan OneNote melalui pelayar web. Pengarangan bersama masa nyata meringkaskan aktiviti bekerjasama.
Perkongsian fail

Storan fail dan perkongsian

OneDrive for Business menyediakan 1 TB storan awan peribadi kepada setiap pengguna dan mereka boleh mencapainya dari mana-mana sahaja. Kongsi dokumen secara mudah dengan individu dari dalam dan luar organisasi anda dan kawal individu yang dapat melihat dan mengedit setiap fail. Ketahui selanjutnya
Kecerdasan Perniagaan Layan Diri dalam Excel

Kecerdasan Perniagaan Layan Diri dalam Excel

Lakukan lebih banyak kerja dengan alat yang anda telah ketahui, iaitu Excel. Ketahui dan sambung pada data dengan Power Query, bentuk model dan analisis data ini dengan Power Pivot dan gambarkan wawasan dalam laporan dan peta yang interaktif dengan Power View dan Power Map. Ketahui selanjutnya
Power BI for Office 365 ialah perkhidmatan berasingan yang membolehkan anda menyediakan galeri dalam talian untuk laporan Excel anda dengan mudah agar semua orang dalam organisasi anda boleh mencapai laporan, berkongsi pandangan mengenai data dan bekerjasama dari mana-mana sahaja pada sebarang peranti. Ketahui selanjutnya (Dalam bahasa Inggeris)
Semua pelan Office 365 untuk perniagaan termasuk:
Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan

Tenangkan minda anda dengan perkhidmatan yang tersedia dengan perjanjian aras perkhidmatan (SLA) yang mempunyai masa hidup jaminan 99.9% dan disokong secara kewangan.

Keselamatan

Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda. Ketahui selanjutnya
Pentadbiran

Pentadbiran

Edar dan uruskan Office 365 merentasi syarikat anda, tidak memerlukan kepakaran IT. Anda boleh menambah dan mengalih keluar pengguna dengan segera.
Sentiasa terkini

Sentiasa terkini

Tidak perlu membayar untuk naik taraf versi; kemas kini disertakan dalam langganan anda. Ciri baru dikeluarkan kepada pelanggan Office 365 secara tetap.
Penyepaduan Active Directory

Penyepaduan Active Directory

Urus kelayakan dan keizinan pengguna. Pendaftaran masuk sekali dan penyegerakan dengan Active Directory.

Sokongan

Sokongan Microsoft memberikan jawapan melalui telefon dan dalam talian, sumber cara dan sambungan dengan pelanggan Office 365 lain untuk persediaan dan pembaikan segera. Ketahui selanjutnya

Office 365 FastTrack

FastTrack ialah manfaat perkhidmatan permulaan yang disertakan untuk pelanggan Office 365 yang layak. Pakar Microsoft yang memberikan perkhidmatan permulaan akan menyediakan bantuan peribadi untuk memastikan perkhidmatan sedia untuk digunakan di seluruh syarikat. Ketahui selanjutnya (Dalam bahasa Inggeris)


Tawaran penggunaan masa terhad: Selain FastTrack, untuk masa terhad (1 September, 2014 hingga 30 Jun, 2015), pelanggan berkelayakan yang menggunakan Office 365 akan menerima sokongan penggunaan tambahan atau menerima bayaran balik bagi perkhidmatan sokongan penggunaan yang diberikan oleh rakan kongsi IT mereka. Ketahui selanjutnya (Dalam bahasa Inggeris)

Butiran lanjut
Untuk melihat semua ciri yang disertakan, lihat perihalan perkhidmatan yang terperinci.
TunjukkanSembunyikan
Apa itu Office 365 Pro Plus?
Office 365 ProPlus ialah salah satu pelan perkhidmatan langganan dalam Office yang baru. Perisian ini perisian produktiviti (disertakan Word, PowerPoint, Excel, Outlook, OneNote, Publisher, Access dan Skype for Business) yang dipasangkan pada desktop atau komputer riba anda. Office 365 ProPlus ialah perkhidmatan berasaskan pengguna yang membenarkan kita mencapai pengalaman Office pada sehingga 5 buah PC atau Mac dan pada peranti mudah alih. Pemasangan Office yang lazim terikat pada komputer yang dipasangkannya. Office 365 ProPlus membolehkan pilihan penggunaan baru yang fleksibel, pasukan IT dan/atau pengguna individu boleh memilih pilihan tersebut untuk memasang Office.
TunjukkanSembunyikan
Apakah perbezaan antara Office 365 ProPlus dan Office Professional Plus 2013?
Kedua-dua Office Professional Plus 2013 dan Office 365 ProPlus menyampaikan pengalaman aplikasi yang sama. Walau bagaimanapun, Office Professional Plus 2013 ialah pemasangan Office lazim yang terikat pada komputer yang dipasangkannya dan tersedia melalui pelesenan pukal sahaja. Office 365 ProPlus yang merupakan perkhidmatan berasaskan pengguna pula tersedia sebagai langganan.
TunjukkanSembunyikan
Mengapakah saya sepatutnya memilih Office 365 ProPlus dan bukannya Office Professional Plus 2013?
Office 365 ProPlus menawarkan beberapa manfaat jika dibandingkan dengan Office Professional Plus 2013.

  • Office Professional Plus 2013 menggunakan pemasangan yang berasaskan Pakej Pemasang Windows (MSI). Office 365 ProPlus menggunakan pemasangan Click-to-Run dan pengurusan kemas kini perisian. Dengan Click-to-Run, anda boleh:
    • Menyediakan Office dan menjalankannya dengan pantas dalam masa kurang daripada dua minit.
    • Menjalankan aplikasi Office 2010, Office 2007 dan Office 2003 yang sedia ada sementara anda memasang Office baru agar anda tidak perlu mengganggu kerja pengguna anda.
    • Menyimpan versi Office yang lebih lama secara sebelah-menyebelah pada PC anda untuk mengurangkan sebarang risiko fail atau keserasian tambahan yang mungkin berlaku .
    • Menghantarkan kemas kini kepada pengguna tanpa gangguan. Kemas kini dicache di bahagian latar dan pada kali seterusnya pengguna menutup dan membuka semula aplikasi Office, ia adalah terkini.
  • Office Professional Plus 2013 disambungkan pada perkakasan atau peranti yang dipasangnya. Office 365 ProPlus yang disambungkan pada pengguna menawarkan kelebihan berikut:
    • Pengguna boleh memasang Office pada sehingga lima buah PC atau Mac secara serentak dan mereka akan mempunyai capaian pada pengalaman Office mudah alih merentasi telefon pintar, tablet dan peranti lain yang digunakan mereka.
    • Organisasi anda mungkin juga mempunyai kefleksibelan untuk mengendalikan Office sebagai kos pengendalian dan bukannya aset perisian.
    • Jika anda melaksanakan strategi membawa peranti anda sendiri (BYOD), Office 365 ProPlus membolehkan anda menyahaktifkan Office pada peranti milik pengguna apabila mereka meninggalkan organisasi atau jika peranti mereka disalah guna.

Office 365 ProPlus disertakan semua pengalaman aplikasi Office hebat yang anda jangkakan, dengan kefleksibelan tambahan untuk pengguna moden dan keperluan IT.
TunjukkanSembunyikan
Adakah saya memerlukan sambungan Internet untuk menggunakan Office 365 ProPlus?
Office 365 ProPlus direka untuk berjalan secara setempat pada PC, jadi sambungan Internet yang tetap tidak diperlukan. Pentadbir IT juga boleh mengedarkan Office dan kemas kini perisian Office menggunakan alat pengedaran perisian dan infrastruktur dalam persekitaran awan persendirian yang lebih lazim. Oleh sebab Office 365 ProPlus dipangsikan pada akaun pengguna aktif, aplikasi desktop Office melaksanakan semakan harian pada status akaun pengguna menggunakan Internet. Hal ini memberikan organisasi anda keupayaan untuk membatalkan peruntukan Office daripada peranti milikan pengguna jika mereka meninggalkan organisasi anda. Office 365 ProPlus boleh dikonfigurasikan dengan mudah untuk menggunakan e-mel anda, kerjasama dan infrastruktur perkhidmatan direktori, jika anda lebih ingin menguruskan perkhidmatan tersebut pada premis.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya mengawal kemas kini perisian jika saya menggunakan Office 365 ProPlus?
Ya, anda boleh mengkonfigurasikan Office 365 ProPlus untuk menggunakan kemas kini perisian yang anda telah uji dan sahkan sahaja. Anda boleh menguruskan kemas kini perisian kesemuanya secara sendiri, sama ada menggunakan alat pengedaran perisian yang lazim atau mengarahkan Office 365 ProPlus menyemak kemas kini pada fail anda yang dikongsi atau URL.
TunjukkanSembunyikan
Apakah maksud “komitmen tahunan”?
Komitmen tahunan merujuk kepada tempoh kuat kuasa perjanjian perkhidmatan. Apabila anda membeli Office 365 ProPlus, pelan tersebut ialah komitmen tahunan tetapi anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan atau membayar seluruh amaun bagi satu tahun pada masa anda membuat pendaftaran.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya membatalkan langganan saya pada bila-bila masa?
Anda boleh membatalkan langganan anda pada bila-bila masa. Bagi langganan komitmen tahunan, seperti Office 365 ProPlus, anda akan dikenakan penalti jika pembatalan dibuat sebelum kontrak anda tamat. Baca Perjanjian Langganan Dalam Talian Microsoft yang lengkap.
TunjukkanSembunyikan
Apa yang akan terjadi kepada data saya jika saya membatalkan langganan saya?
Data anda milik anda. Jika anda memutuskan untuk membatalkan langganan Office 365 anda, anda boleh memuat turun data anda, seperti e-mel dan dokumen anda pada laman pasukan, dan menyimpannya di lokasi lain. Anda seharusnya menyimpan data anda sebelum anda melakukan pembatalan. Selepas anda membatalkan langganan anda, data yang berkaitan dengan akaun Office 365 anda akan tersedia kepada pentadbir anda dalam akaun dengan fungsi terhad selama 90 hari.
Produk berkaitan
Seorang lelaki berdiri menggunakan Office 365 Business Premium pada komputer ribanya.
Office 365 Business Premium
Untuk perniagaan yang memerlukan Office versi desktop terkini selain perkhidmatan awan
Enam orang pekerja di dalam pejabat menggunakan Office 365 Enterprise E1 pada desktop mereka.
Office 365 Enterprise E1
Untuk perniagaan yang memerlukan kefungsian IT yang lebih lanjut
Tiga orang lelaki di dalam bilik persidangan menggunakan Office 365 Enterprise E3 pada komputer riba.
Office 365 Enterprise E3
Bagi perniagaan yang memerlukan BI, e-mel dan kemampuan suara yang lebih lanjut
iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagang berdaftar Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara lain. Android ialah tanda dagang Google Inc.

{"pmgControls": [{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper|.accordionBtn|.accordionContent|.showIcon|.hideIcon|.showHideAll"}, {"functionName":"PinnedNav","params":"#pmgPDN|#pmgPinnedNavStart|top|.pmg-pinned-nav-highlighted|false|680|.pmg-pinned-end-point"},{"functionName":"CustomTooltip","params":""},{"functionName":"AddDynaCss","params":"#planattr|pmg-pos-abs|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#2ba2dbb0-e686-98ff-2d21-8700f1a38d79|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame1|.pmgJS-target1"},

{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame2|.pmgJS-target2"}]}