Office 365

Mesyuarat dalam talian dan kerja berpasukan menjadi mudah

Dengan mesyuarat HD video dan audio dalam talian berbilang pihak, ia seakan-akan bekerja bersama-sama secara bersemuka dari mana-mana.

Lihat pelan & harga
Telefon pintar yang menunjukkan carta dan imej kecil peserta video mesyuarat.

Apabila dalam talian, anda boleh berjumpa walau di mana anda berada dengan mudah

Tidak ketinggalan mesyuarat

Mudah untuk berjumpa dan berhubung dalam talian dari mana-mana anda berada pada mana-mana peranti yang paling sesuai. Tiada masa perjalanan, tiada kos perjalanan. Jadi anda boleh menyelesaikan lebih banyak perkara dan memastikan kos projek anda tidak melebihi peruntukan belanja.

Berjumpa dari mana-mana anda berada

Di pejabat, dalam perjalanan atau dengan pelanggan atau pembekal? Mesyuarat video boleh diadakan dengan pantas dan mudah. Juga merupakan cara yang berkesan untuk menjalankan perniagaan.

Menjadualkan mesyuarat lebih awal atau serta-merta

Menyediakan mesyuarat dalam talian lebih awal dengan penyepaduan Outlook atau dengan segera melalui pautan yang diperibadikan untuk penyertaan mudah.

Monitor desktop dengan paparan kandungan mesyuarat yang dikongsi.

Ia cekap dan berkesan, untuk menyelesaikan kerja

Semua orang boleh menyertai

Video HD mengumpulkan anda—dan sehingga 250 individu—semua di meja yang sama. Ini merupakan cara bijak untuk berkongsi maklumat dari berbilang lokasi bagi memastikan anda mengikut sasaran, jadual dan peruntukan belanja.

Alat kerjasama terbina dalam

Dengan perkongsian skrin satu klik dan pengambilan nota masa nyata, semua orang menerima maklumat yang sama dan mengetahui perkara yang mereka perlu tahu.

Semua individu mengenali sesama mereka

Dengan gambar dan video semua peserta mesyuarat, anda sentiasa tahu orang yang sedang bercakap, identiti dan peranan mereka.

Petikan skrin bagi skrin utama Skype for Business dengan imej kecil kenalan dan pilihan sambungan.

Lihat individu yang berada dalam talian. Kemudian bersambung.

Hantar mesej segera

Apabila anda ingin bertanya soalan atau menghantar sesuatu maklumat dengan pantas, hanya lihat sepintas lalu individu yang ada dalam talian dan hantar mesej segera kepada mereka untuk mendapatkan respons yang pantas.

Atau, pilih suara atau video

Tingkatkan mesyuarat satu kepada satu. Hubungi melalui PC anda kepada pengguna Skype for Business atau Skype yang lain dalam organisasi anda atau dalam organisasi lain yang menggunakan Skype for Business atau Skype.

Berhubung dengan pengguna Skype juga

Apabila anda ingin menghubungi rakan sekerja atau individu di organisasi lain yang menggunakan Lync atau Skype dengan segera, IM tersedia untuk anda.

Mesyuarat web sahaja

Kami juga mempunyai opsyen mesyuarat dalam talian sahaja bagi mereka yang tidak merancang untuk mendapatkan pelan yang merangkumi Office.

Lihat opsyen

Soalan yang dijawab

Dapatkan jawapan bagi soalan anda, seperti keperluan sistem, sumber untuk bermula dan sebagainya.

Ketahui lebih lanjut

Ketahui daripada orang lain

Tanya pendapat perniagaan lain tentang pengalaman mereka dengan Office 365 di komuniti Office 365.

Ketahui lebih lanjut (dalam bahasa Inggeris)