Soalan Lazim Exchange

Dapatkan jawapan bagi soalan lazim tentang Exchange, termasuk Exchange Online, Exchange Server 2016 dan Exchange Online Protection.

Cuba atau beli

Seni Bina

Tunjukkan semua

FAST disepadukan secara setempat ke dalam Exchange sebagai enjin cariannya, jadi anda tidak perlu membeli lesen yang berasingan untuk menggunakan keupayaan pengindeksan dan carian yang kukuh yang disediakan oleh teknologi FAST.

Pematuhan

Tunjukkan semua

Ya. Anda boleh menggunakan Pusat ePenemuan untuk mencari merentasi e-mel, item kalendar, kenalan, mesej segera dan dokumen tanpa mempengaruhi produktiviti pengguna.

Penahanan Setempat berdasarkan masa membenarkan anda mengekalkan data e-mel tanpa perubahan bagi satu tempoh masa yang anda tentukan. Ini membenarkan organisasi memenuhi keperluan kawal selia dalaman dan luaran dengan mengambil kira pengekalan data.
Penahanan Setempat berdasarkan pertanyaan menyediakan keupayaan untuk memilih item yang harus dikekalkan dan item yang boleh disingkirkan dengan lebih terperinci.

Kebolehurusan

Tunjukkan semua

Anda boleh menguruskan kemampuan berkesan seperti Pencegahan Kehilangan Data (DLP), aplikasi Outlook dan peti mel laman dari Pusat Pentadbiran Exchange, iaitu antara muka pentadbiran berasaskan web. Antara muka yang interaktif dan kemas ini membantu anda menguruskan Exchange dengan berkesan, mewakilkan tugas dan memfokuskan pada usaha memajukan perniagaan anda. Anda juga boleh melakukan dan menskripkan tugas pengurusan menggunakan Windows PowerShell.

Ya. Jika anda perlu menaik taraf, anda boleh mengalihkan akaun anda ke salah satu pelan Office 365 Enterprise yang terdapat dalam kumpulan perkhidmatan yang sama dengan pelan kendiri Exchange Online. Jika anda ingin beralih ke kumpulan perkhidmatan yang berlainan, contohnya ke pelan Office 365 Business Essentials atau Office 365 Business Premium, anda mesti membatalkan akaun Exchange Online anda terlebih dahulu kemudian mendaftar akaun yang lain. Ketahui selanjutnya tentang menaik taraf pelan Office 365.

Harap maklum bahawa apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda akan dipindahkan ke akaun baru anda, tanpa mengira sama ada anda menggunakan nama domain anda bagi akaun tersebut atau anda menyediakan nama domain apabila mencipta akaun Exchange Online anda.

Mobiliti

Tunjukkan semua

Ya. Exchange mencipta standard de facto untuk penyegerakan e-mel mudah alih, iaitu Exchange ActiveSync. Selain itu, Exchange turut menyediakan pengalaman Outlook Web App hebat yang berfungsi dengan peranti yang menyokong pelayar web agar pengguna mudah alih anda mempunyai cara yang mudah untuk mencapai e-mel mereka.

Ya. Exchange menyediakan keupayaan pembersihan jauh bagi peranti yang disambungkan dengan Exchange ActiveSync. Bagi organisasi yang ingin memastikan tiada data disimpan di luar organisasi mereka, Outlook Web App menyediakan pengalaman yang direka untuk capaian pelayar web yang tidak menyimpan data organisasi pada peranti mudah alih.

Keselamatan

Tunjukkan semua

Ciri Pencegahan Kehilangan Data (DLP) mengenal pasti, memantau dan melindungi data sensitif melalui analisis kandungan yang mendalam. Exchange menawarkan dasar DLP terbina dalam berdasarkan standard kawal selia dan pengelasan seperti PII dan PCI, dan boleh dikembangkan untuk menyokong dasar lain yang penting untuk perniagaan anda. Selain itu, Petua Dasar yang baru dalam Outlook memberitahu pengguna tentang pelanggaran dasar sebelum data sensitif dihantar. Ciri tersebut membantu anda memastikan organisasi anda selamat daripada pengguna tersilap hantar maklumat sensitif syarikat kepada individu tanpa izin.

Exchange menyediakan perkhidmatan berasaskan Internet yang melindungi e-mel masuk dan keluar organisasi anda daripada spam, virus, aktiviti penipuan data dan pelanggaran dasar e-mel. SLA yang disokong secara kewangan menjamin perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Exchange Server 2016 juga menyertakan perlindungan antivirus terbina dalam.

Sosial

Tunjukkan semua

Ya. Exchange boleh menyambung ke sumber luaran, seperti rangkaian sosial, untuk membawa masuk semua maklumat kenalan anda bersama-sama pada satu tempat. Exchange juga akan mengalih keluar entri pendua dan membantu anda menggabungkan maklumat agar kad kenalan anda lebih terkini dan senarai anda lebih kemas.

Capaian web

Tunjukkan semua

Ya. Outlook pada web berfungsi dengan kebanyakan pelayar moden, termasuk Internet Explorer, Safari, Chrome dan Firefox. Tambahan lagi, Outlook pada web telah ditulis semula untuk direka bentuk bagi sentuhan agar peranti tablet dan telefon pintar juga akan memperoleh pengalaman Outlook yang hebat.

Ya, model pembangunan aplikasi mengizinkan pembangun menulis aplikasi yang boleh ditunjukkan dalam berbilang klien. Jadi, aplikasi untuk Outlook boleh diurus, diguna dan dicapai oleh pentadbir agar pengguna dapat melihat dan menggunakannya dalam desktop Outlook dan Outlook pada web.

Sumber