Exchange

Soalan Lazim Exchange

Memperoleh jawapan bagi soalan lazim mengenai Exchange, termasuk Exchange Online, Exchange Server 2013 dan Exchange Online Protection.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya menggunakan infrastruktur FAST untuk carian dalam Exchange?
FAST disepadukan secara setempat ke dalam Exchange sebagai enjin cariannya jadi anda tidak perlu membeli lesen yang berasingan untuk menggunakan keupayaan pengindeksan dan carian yang kukuh yang disediakan oleh teknologi FAST.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya menggunakan pelayan Exchange 2010 Edge dengan persekitaran Exchange Server 2013 saya yang baru?
Pelayan Exchange 2010 Edge disokong jika organisasi anda mahukan perlindungan Edge dalam persekitaran Exchange yang baru.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya mencari merentasi semua maklumat dalam organisasi saya dari satu lokasi?
Ya. Anda boleh menggunakan Pusat ePenemuan untuk mencari merentasi e-mel, item kalendar, kenalan, mesej segera dan dokumen, tanpa menjejaskan produktiviti pengguna.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah saya boleh memastikan bahawa maklumat dalam Exchange dikekalkan untuk suatu tempoh masa?
Penahanan Setempat berdasarkan masa membolehkan anda mengekalkan data e-mel tanpa sebarang perubahan untuk suatu tempoh masa yang anda nyatakan. Hal ini membolehkan organisasi menepati keperluan peraturan dalaman dan luaran berkaitan pengekalan data.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya memastikan bahawa hanya bahagian penting pertanyaan ePenemuan saya ditahan dan yang lain boleh disingkirkan?
Penahanan Setempat berdasarkan pertanyaan menyediakan keupayaan untuk memilih item yang harus dikekalkan dan item yang boleh disingkirkan dengan lebih terperinci.
TunjukkanSembunyikan
Perlukah saya menggunakan berbilang alat dan antara muka untuk menguruskan Exchange?
Anda boleh menguruskan kemampuan berkesan seperti Pencegahan Kehilangan Data (DLP), aplikasi Outlook dan peti mel laman dari Pusat Pentadbiran Exchange, iaitu antara muka pentadbiran berasaskan web. Antara muka yang interaktif dan kemas ini membantu anda menguruskan Exchange dengan berkesan, mewakilkan tugas dan memfokuskan pada usaha memajukan perniagaan anda. Anda juga boleh melakukan dan menskripkan tugas pengurusan menggunakan Windows PowerShell.
TunjukkanSembunyikan
Jika saya mempunyai Exchange Online sebagai pelan kendiri, bolehkah saya bertukar kepada pelan Office 365 yang lain?
  • Ya. Jika anda perlu menaik taraf, anda boleh mengalihkan akaun anda ke salah satu pelan Office 365 Enterprise yang terdapat dalam keluarga perkhidmatan yang sama dengan pelan kendiri Exchange Online. Jika anda ingin beralih ke kumpulan perkhidmatan yang berlainan, contohnya ke Office 365 Business, Office 365 Business Essentials atau Office 365 Business Premium, anda mesti membatalkan akaun Exchange Online anda terlebih dahulu kemudian mendaftar akaun yang lain. Ketahui selanjutnya tentang menaik taraf pelan Office 365.
Sila maklum bahawa apabila anda menaik taraf akaun anda, nama domain anda akan dipindahkan ke akaun baru anda, tanpa mengira sama ada anda menggunakan nama domain anda bagi akaun tersebut atau anda menyediakan nama domain apabila mencipta akaun Exchange Online anda.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah Exchange membantu saya menyambungkan telefon pintar dan tablet pengguna saya untuk menerima e-mel?
Ya. Exchange mencipta standard de facto untuk penyegerakan e-mel mudah alih, iaitu Exchange ActiveSync. Tambahan lagi, Exchange turut menyediakan pengalaman Outlook Web App hebat yang berfungsi dengan peranti yang menyokong pelayar web agar pengguna mudah alih anda akan mempunyai cara mudah untuk mencapai e-mel mereka.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah Exchange melindungi maklumat organisasi pada peranti mudah alih?
Ya. Exchange menyediakan kemampuan pembersihan jauh bagi peranti yang bersambung dengan Exchange ActiveSync. Untuk organisasi yang ingin memastikan tiada data disimpan di luar organisasi mereka, Outlook Web App menyediakan pengalaman yang direka untuk capaian pelayar web yang tidak menyimpan data organisasi pada peranti mudah alih.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah saya boleh melindungi data sensitif dan memaklumkan pengguna mengenai dasar pematuhan dalaman dengan Exchange?
Ciri Pencegahan Kehilangan Data (DLP) mengenal pasti, memantau dan melindungi data sensitif melalui analisis kandungan yang mendalam. Exchange menawarkan dasar DLP terbina dalam berdasarkan pada standard kawal selia dan pengelasan seperti PII dan PCI, dan boleh dikembangkan untuk menyokong dasar lain yang penting untuk perniagaan anda. Tambahan lagi, Petua Dasar baru dalam Outlook memaklumkan pengguna mengenai pelanggaran dasar sebelum data sensitif dihantar. Ciri tersebut membantu anda memastikan organisasi anda selamat daripada pengguna yang tersilap hantar maklumat sensitif syarikat kepada individu tanpa izin.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah Exchange melindungi organisasi saya daripada spam dan perisian berniat jahat?
Exchange menyediakan perkhidmatan berasaskan Internet yang melindungi e-mel masuk dan keluar organisasi anda daripada spam, virus, aktiviti penipuan dan pelanggaran dasar e-mel. SLA yang disokong secara kewangan menjamin perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Exchange Server 2013 turut disertakan perlindungan antivirus terbina dalam.
TunjukkanSembunyikan
Adakah Exchange dapat membawa masuk kenalan luaran saya?
Ya. Exchange boleh menyambung ke sumber luaran, seperti rangkaian sosial, untuk mengumpulkan semua maklumat kenalan anda di satu tempat. Exchange juga akan mengalih keluar entri pendua dan membantu anda mengumpulkan maklumat agar kad kenalan anda adalah terkini pada masa yang sama mengemaskan senarai anda.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkan Exchange berfungsi dengan pelayar yang saya gunakan dalam organisasi saya?
Ya. Outlook Web App berfungsi dengan semua pelayar moden yang utama, seperti Internet Explorer, Safari, Chrome dan Firefox. Tambahan lagi, Outlook Web App telah ditulis semula untuk disesuaikan dengan sentuhan agar tablet dan peranti telefon pintar turut akan memperoleh pengalaman Outlook Web App yang hebat.
TunjukkanSembunyikan
Adakah aplikasi baru saya untuk Outlook juga akan berfungsi dalam Outlook Web App?
Ya, model pembangunan aplikasi mengizinkan pembangun membentuk aplikasi yang boleh ditunjukkan dalam berbilang klien. Oleh itu, aplikasi untuk Outlook anda yang baru boleh diurus, diguna dan dicapai oleh pentadbir untuk membolehkan pengguna melihat dan menggunakannya dalam Outlook dan Outlook Web App.

{ "pmgControls": [{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper|.accordionBtn|.accordionContent|.showIcon|.hideIcon|.showHideAll"}, {"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper1|.accordionBtn1|.accordionContent1|.showIcon1|.hideIcon1|.showHideAll1"}, {"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper2|.accordionBtn2|.accordionContent2|.showIcon2|.hideIcon2|.showHideAll2"}, {"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper3|.accordionBtn3|.accordionContent3|.showIcon3|.hideIcon3|.showHideAll3"}, {"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper4|.accordionBtn4|.accordionContent4|.showIcon4|.hideIcon4|.showHideAll4"}, {"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper5|.accordionBtn5|.accordionContent5|.showIcon5|.hideIcon5|.showHideAll5"},

{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper6|.accordionBtn6|.accordionContent6|.showIcon6|.hideIcon6|.showHideAll6"}, {"functionName":"AddDynaCss","params":"#35e3d91e-d6e6-6bf6-7ac8-6b30eb2ac977|pmg-float-right|680"}, {"functionName":"AddDynaCss","params":"#7606ede2-4c0c-2880-e468-e1931ad829b2|pmg-float-right|680"}, {"functionName":"AddDynaCss","params":"#29438c09-281d-8ed0-d17b-e5d19fa497f4|pmg-float-right|680"}, {"functionName":"AddDynaCss","params":"#48f3e752-b7c8-9df5-1013-3708ef8e592a|pmg-float-right|680"}, {"functionName":"AddDynaCss","params":"#f62c29f5-ef7d-1de4-1f8f-cd1c7e4c0f68|pmg-float-right|680"}, {"functionName":"AddDynaCss","params":"#017363b9-7283-2eb1-9a35-d9d3b28d33e7|pmg-float-right|680"}, {"functionName":"AddDynaCss","params":"#d78efee6-d95a-acdf-d5bf-587a9038126a|pmg-float-right|680"}]}