Pilih negara/rantau pengebilan anda:
{"pmgControls":[ {"functionName":"DynamicMarket","params":"server|.pmgDynaMarket|#pmgSKUChooserCntry|off|PMGSKUMarketCk"}]}
Terlindung daripada spam dan perisian berniat jahat dengan Exchange Online Protection.
Exchange Online Protection

Exchange Online Protection

Terlindung daripada spam dan perisian berniat jahat sementara mengekalkan capaian pada e-mel.
{EOPbuy|price}
pengguna/bulan
bayaran tahunan {EOPbuyAnnual|price}
Turut tersedia dengan Exchange Online Ketahui selanjutnya
Harga tidak termasuk cukai.
Dapatkan kebolehpercayaan kelas perusahaan dan perlindungan terhadap spam dan perisian berniat jahat, serta mengekalkan capaian pada e-mel semasa dan selepas kecemasan. Exchange Online Protection menyediakan lapisan ciri perlindungan yang digunakan pada rangkaian pusat data sejagat, membantu anda meringkaskan pentadbiran persekitaran pemesejan anda.

Selamat dan boleh dipercayai

Exchange Online Protection menyediakan keselamatan dan kebolehpercayaan lanjutan untuk membantu melindungi maklumat anda.
  • Singkirkan ancaman sebelum ia mencapai tembok api korporat dengan perlindungan antispam masa nyata berbilang lapisan dan antiperisian berniat jahat berbilang enjin.
  • Lindungi reputasi IP syarikat anda menggunakan himpunan penghantaran keluar yang berasingan bagi e-mel berisiko tinggi.
  • Lima SLA yang disokong kewangan menjamin perkhidmatan yang berkualiti tinggi, termasuklah perlindungan terhadap 100% virus yang dikenali dan 99% spam.
  • Muatan rangkaian pusat data sejagat yang seimbang membantu menjamin masa hidup rangkaian sebanyak 99.999%.
Lindungi maklumat organisasi anda semasa menghantar dan menerima e-mel.

Sentiasa terkawal

Kekalkan kawalan ke atas persekitaran anda sambil memperoleh perlindungan e-mel daripada Microsoft.
Lihat laporan hampir masa nyata untuk wawasan persekitaran e-mel anda.
  • Urus dan tadbir dari Pusat Pentadbiran Exchange, iaitu antara muka berasaskan web yang tunggal.
  • Kemampuan pelaporan hampir masa nyata dan penyurihan mesej menyediakan wawasan persekitaran e-mel dengan mengambil status sebarang mesej yang diproses oleh Exchange Online Protection.
  • Kandungan aktif, sambungan dan penapisan berasaskan dasar mendayakan pematuhan dengan dasar korporat dan peraturan kerajaan.
  • Sokongan telefon tahap IT 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun tanpa sebarang caj tambahan.

Penggunaan dan penyelenggaraan yang mudah

Anda boleh melindungi organisasi anda daripada ancaman luaran dengan mudah sekali.
  • Tidak perlu memasang, mengurus dan menyelenggarakan perkakasan atau perisian , hal ini mengurangkan pelaburan pendahuluan.
  • Dapatkan jadual bayaran yang boleh dijangka melalui perkhidmatan berasaskan langganan bagi pelanggan dengan penggunaan e-mel pada premis. Exchange Online Protection turut disertakan dalam Exchange Online dan sebarang pelan Office 365 yang disertakan Exchange Online.
  • Ringkaskan persekitaran IT dengan mengurangkan keperluan pelayan keselamatan e-mel dan aplikasi dalaman.
  • Pastikan tiada e-mel yang hilang atau tidak dihantar dengan menggilirkan e-mel secara automatik sekiranya pelayan e-mel destinasi tidak tersedia atas mana-mana sebab.
  • Bersedia dan berjalan dengan pantas dengan perubahan rekod MX yang ringkas.
Exchange Online Protection mudah diguna dan diurus.