Exchange Server 2013

Bekerja secara lebih bijak, di mana jua dengan e-mel perniagaan pada pelayan anda sendiri.

Lihat opsyen pelesenanCuba sekarang

Muat turun percubaan percuma 180 hari Exchange Server 2013.

Carta yang menunjukkan cara Exchange Server 2013 memastikan komunikasi selalu tersedia.

Sentiasa dihidupkan

Aturkan supaya e-mel perniagaan, kalendar dan kenalan dihantar pada PC, telefon dan pelayar anda. Dengan pendekatan dipermudahkan kepada ketersediaan mudah diperoleh serta pemulihan bencana, capai tahap baru kebolehpercayaan dan kurangkan kerumitan, sambil melindungi maklumat yang sensitif dan sulit.

  • Exchange Server 2013 memastikan komunikasi anda sentiasa tersedia sementara anda kekal dalam kawalan.
  • Model blok binaan Exchange memudahkan pengerahan pada semua skala, memperkemas ketersediaan tinggi dan pengimbangan muatan klien serta meningkatkan keupayaan saling kendali bagi silang versi.
  • Nikmati lebih banyak masa hidup melalui masa peralihan kegagalan yang lebih pantas dan sokongan untuk berbilang pangkalan data bagi setiap volum.
  • Pemantauan terbina dalam dan penyelesaian ketersediaan terurus menawarkan ciri swasembuh untuk pulih daripada kegagalan secara automatik.
  • Opsyen pengimbangan muatan yang diringkaskan meningkatkan kefleksibelan dan skala sementara mengurangkan kos.
  • Mengurangkan kos storan dengan menggunakan cakera yang lebih besar dan kurang mahal.
Tangkapan dekat Petua Dasar dalam e-mel untuk membantu dalam mengelakkan pengguna daripada menghantar maklumat sensitif.

Pematuhan dipermudahkan

Dapatkan kefungsian bersepadu yang memudahkan pematuhan peraturan dan mengurangkan kos penemuan.

  • Kemampuan Pencegahan Kehilangan Data (DLP) mengelakkan pengguna daripada tersilap menghantar maklumat sensitif kepada individu tanpa izin, sementara memaklumkan mereka dasar pematuhan dalaman.
  • Simpan semua data penting anda di satu tempat dengan memberi pengguna Arkib Setempat dengan pengalaman pengguna yang asli dan bersepadu sepenuhnya.
  • Jalankan ePenemuan Setempat merentasi data Exchange, SharePoint dan Skype for Business daripada antara muka tunggal melalui Pusat ePenemuan.
  • Dasar peranti mudah alih membolehkan anda mencipta senarai peranti mudah alih yang diluluskan, menguatkuasakan kunci PIN dan mengalih keluar data sulit syarikat daripada telefon yang hilang.
Petikan skrin halaman keizinan pusat pentadbir Exchange, tempat anda mengurus peranan pentadbir.

Mudah untuk digunakan dan diselenggarakan

Exchange Server 2013 menawarkan opsyen pelaksanaan fleksibel dan membantu dalam mengurangkan jumlah masa yang dihabiskan untuk mengurus sistem pemesejan anda.

  • Permudahkan pelaksanaan dengan arahan tersuai untuk memasang atau menaik taraf kepada Exchange.
  • Mengurus organisasi anda secara berkesan dengan Pusat Pentadbiran Exchange, antara muka berdasarkan web yang mudah digunakan.
  • Wakilkan keizinan kepada pengguna tertentu berdasarkan fungsi tugas, seperti ePenemuan untuk pegawai pematuhan, tanpa memberi mereka capaian ke keseluruhan antara muka pengurusan Exchange.
  • Beralih ke awan menurut kehendak anda dengan keflesibelan pelaksanaan penuh—sama ada pada premis, dalam awan atau gabungan hibrid kedua-duanya.

Produk berkaitan

Exchange Online

Exchange Online

Dapatkan Exchange baru dipersembahkan sebagai perkhidmatan berhos daripada Microsoft.
Ketahui selanjutnya
Exchange Online Protection

Exchange Online Protection

Terlindung daripada spam dan malware sementara mengekalkan capaian pada e-mel.
Ketahui selanjutnya
Exchange Online Advanced Threat Protection

Exchange Online Advanced Threat Protection

Lindungi e-mel anda dalam masa nyata daripada serangan yang tidak diketahui dan canggih.
Ketahui selanjutnya

Sumber

Cerita pelanggan

Ketahui cara organisasi lain menggunakan Exchange.

Lihat kajian kes