Office Home & Business 2016

Urus kehidupan dan kerja dengan lebih efisien. Terbaik untuk mereka yang inginkan Office dengan Outlook pada satu PC.

{HomeAndBiz2016|price}

Serasi dengan Windows 7 atau terkini

Serlahkan idea

Idea anda menjadikan perniagaan anda tersendiri. Gunakan templat daripada Word atau Excel atau templat PowerPoint skrin besar yang baru untuk menukarkan idea anda menjadi persembahan yang berkesan dan profesional.

Sentiasa teratur

Menyelaraskan kerja dan kehidupan di rumah merupakan satu cabaran. Dengan e-mel Outlook, kalendar kongsi dan alat senarai tugas, anda boleh mengurus jadual rumah dan kerja sekaligus.

Berkongsi fail dengan mudah

Simpan fail anda dalam talian, jadi anda boleh mendapatkannya apabila anda dalam perjalanan dan anda boleh menjemput orang lain dengan pantas untuk menyemak atau mengeditnya.

Office Home & Business 2016 termasuk:

Suite Office

  • Word 2016, Excel 2016, PowerPoint 2016, OneNote 2016 dan Outlook 2016
  • Jadilah pengguna Office yang berkuasa—dengan cara mudah. Taip jenis bantuan yang anda perlukan dalam kotak Tell Me (Beritahu Saya) yang baru pada reben tersebut dan anda akan diberitahu caranya.
  • Tema baharu membenarkan anda memilih pengalaman Office yang sesuai untuk anda. Tema Gelap dan Kelabu Gelap memberi kontras yang tinggi yang tidak menyakitkan mata dan tema Warna-warni memberi anda rupa moden yang konsisten pada seluruh peranti anda.
  • Tingkatkan pengalaman membaca anda dengan Wawasan, dikuasai oleh Bing, yang menunjukkan kepada anda maklumat berkenaan daripada web apabila anda sedang membaca fail Office.
  • Lakukan lebih lagi dengan dokumen Word anda: masukkan video dalam talian, buka PDF dan edit kandungan dan selarikan gambar dan gambar rajah dengan mudah.
  • Template Excel melakukan kebanyakan kerja-kerja persediaan dan rekaan untuk anda, jadi anda boleh menumpukan pada maklumat anda.
  • Cipta persembahan yang menambat perhatian dengan penjajaran baru, padanan warna dan alat reka bentuk lain dalam PowerPoint.
  • Lukis, tulis tangan, taip, klik atau leret nota anda dalam OneNote. Nota anda disimpan, boleh dicari dan disegerakkan dengan aplikasi OneNote pada peranti anda yang lain.
  • Outlook disambungkan secara automatik ke akaun mel web Microsoft anda. Segerakkan tugas dan kalendar dengan Outlook untuk menyatukan semua pelan anda.

Soalan lazim

Tunjukkan semua

Dengan pelan langganan Office 365, anda mendapat pemasangan aplikasi Office: Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access (Publisher dan Access tersedia pada PC sahaja). Anda boleh memasang Office 365 merentasi berbilang peranti, termasuk PC, Mac, tablet Android, telefon Android, iPad dan iPhone. Selain itu, dengan Office 365, anda mendapat perkhidmatan seperti storan dalam talian dengan OneDrive dan minit Skype untuk kegunaan di rumah. Apabila anda mempunyai langganan Office 365 yang aktif, anda sentiasa mendapat versi aplikasi Office yang terkini. Ketahui lebih lanjut tentang Office 365.

Office sebagai pembelian sekali termasuk aplikasi seperti Word, Excel dan PowerPoint untuk digunakan pada sebuah PC atau Mac. Aplikasi tersebut tidak dikemas kini secara automatik; untuk mendapatkan versi terkini, anda perlu membeli Office lagi apabila versi baru tersedia. Versi semasa aplikasi Office yang tersedia untuk pembelian sekali ialah Office 2016 untuk Windows dan Mac. Versi terdahulu termasuk Office 2013, Office 2011 untuk Mac, Office 2010, Office 2007, Office 2008 untuk Mac dan Office 2004 untuk Mac. Office 2010 dan Office 2007 serasi dengan Windows 8.1 dan yang lebih awal. Office sebagai pembelian sekali tidak menyertakan mana-mana perkhidmatan yang disertakan dalam Office 365. Ketahui lebih lanjut tentang perbezaan antara Office 365 dan Office 2016.

Office menyokong PC yang menjalankan Windows 7 atau lebih baru dan Mac yang menjalankan Mac OS X 10.10 bagi Office 2016 for Mac. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk keperluan untuk tablet Apple® dan Android™, lihat keperluan sistem penuh.

Pengguna Office 2007, Office 2010, Office 365 atau Office 2016 boleh membuka dokumen yang dicipta tanpa sebarang tindakan tambahan. Pelanggan yang menggunakan versi Office lebih awal mungkin perlu memuat turun dan memasang pek yang serasi.

iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.