Office Home & Student 2016

Capai lebih untuk rumah dan kerja rumah. Terbaik untuk keluarga yang inginkan Office pada satu PC.

{HomeAndStud2016|price}

{OMACHomeAndStud2016|price}

Serlahkan idea

Persembahan memainkan peranan. Buatkan rakan kelas—dan guru anda berasa kagum. Gunakan Word, Excel atau templat PowerPoint skrin besar baru untuk mempersembahkan idea anda dengan hebat lagi meyakinkan.

Mengambil nota dengan hebat

Tulis, taip, klik atau leret nota ke dalam buku nota OneNote. Susun nota anda dengan mudah dan cari perkara yang anda perlukan dengan pantas. Kongsi buku nota untuk memudahkan projek berkumpulan.

Berkongsi fail dengan mudah

Simpan fail anda dalam talian, jadi anda boleh mendapatkannya apabila anda dalam perjalanan dan anda boleh menjemput orang lain dengan pantas untuk menyemak atau mengeditnya.

Office Home & Student 2016 termasuk:

Aplikasi Office terkini

  • Word 2016, Excel 2016, PowerPoint 2016 dan OneNote 2016
  • Jadilah pengguna Office yang berkuasa—dengan cara mudah. Taip jenis bantuan yang anda perlukan dalam kotak Tell Me (Beritahu Saya) yang baharu pada reben tersebut dan ia akan memberitahu anda caranya.
  • Tema baharu membenarkan anda memilih pengalaman Office yang sesuai untuk anda. Tema Gelap dan Kelabu Gelap memberi kontras yang tinggi yang tidak menyakitkan mata dan tema Warna-warni memberi anda rupa moden yang konsisten pada seluruh peranti anda.
  • Tingkatkan pengalaman membaca anda dengan Wawasan, dikuasai oleh Bing, yang menunjukkan kepada anda maklumat berkenaan daripada web apabila anda sedang membaca fail Office.
  • Lakukan pelbagai lagi dengan dokumen Word: buka PDF dan edit PDF tersebut, masukkan video dalam talian dan tonton tanpa meninggalkan dokumen dan gunakan Mod Baca untuk paparan bebas gangguan pada sebarang skrin.
  • Templat Excel melakukan kebanyakan persediaan dan rekaan untuk anda, agar anda boleh menumpukan pada maklumat anda. Untuk wawasan yang lebih jelas, tukar maklumat anda menjadi carta atau jadual—dengan hanya dua langkah.
  • Cipta persembahan yang menarik dengan penjajaran baru, pemadanan warna dan alat reka bentuk lain dalam PowerPoint dan kongsinya di web dengan mudah.
  • Lukis, tulis tangan, taip, klik atau leret nota anda dalam OneNote. Nota multimedia anda disimpan, boleh dicari dan disegerak dengan aplikasi OneNote pada peranti anda yang lain.

Soalan lazim

Tunjukkan semua

Dengan pelan langganan Office 365, anda mendapat aplikasi Office yang dipasang sepenuhnya: Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access (Publisher dan Access tersedia pada PC sahaja). Anda boleh memasang Office 365 merentasi berbilang peranti, termasuk PC, Mac, tablet Android, telefon Android, iPad dan iPhone. Selain itu, dengan Office 365, anda mendapat perkhidmatan seperti storan dalam talian dengan OneDrive dan minit Skype untuk kegunaan di rumah. Apabila anda mempunyai langganan Office 365 yang aktif, anda sentiasa mendapat versi aplikasi Office yang terkini. Ketahui lebih lanjut tentang Office 365.

Office sebagai pembelian sekali termasuk aplikasi seperti Word, Excel dan PowerPoint untuk digunakan pada PC atau Mac tunggal. Aplikasi tersebut tidak dikemas kini secara automatik; untuk mendapatkan versi terkini, anda perlu membeli Office lagi apabila versi baru tersedia. Versi semasa aplikasi Office yang tersedia untuk pembelian sekali ialah Office 2016 untuk Windows dan Mac. Versi terdahulu termasuk Office 2013, Office 2011 untuk Mac, Office 2010, Office 2007, Office 2008 untuk Mac dan Office 2004 untuk Mac. Office 2010 dan Office 2007 serasi dengan Windows 8.1 dan yang lebih awal. Office sebagai pembelian sekali tidak menyertakan mana-mana perkhidmatan yang disertakan dalam Office 365. Ketahui lebih lanjut tentang perbezaan antara Office 365 dan Office 2016.

Versi semasa Office menyokong PC yang menjalankan Windows 7 atau lebih tinggi dan Mac yang menjalankan Mac OS X 10.10 atau lebih tinggi bagi Office 2016 for Mac. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk keperluan untuk iPad® dan tablet Android™, lihat keperluan sistem penuh.

Pengguna Office 2007, Office 2010, Office 2013, Office 365 atau Office 2016 boleh membuka dokumen yang dicipta tanpa sebarang tindakan tambahan. Pengguna yang menggunakan versi Office terdahulu mungkin perlu memuat turun dan memasang pek keserasian.

iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.

Was this information helpful?

Great! Any other feedback?

How can we improve it?


To protect your privacy, please do not include contact information in your feedback. Review our privacy policy.

×