Opsyen Bahasa Office 2013

Office memberikan penyelesaian yang ringkas serta menjimatkan kos bagi individu, keluarga dan perniagaan kecil berbilang bahasa. Hanya ikut pautan di bawah untuk mengetahui opsyen yang tersedia untuk anda. Bahasa tambahan akan disediakan pada masa akan datang, oleh itu semak semula jika anda tidak melihat bahasa yang anda ingini pada masa ini.

Pek Bahasa

Anda boleh beli Pek Bahasa, yang termasuk:

  • Dipaparkan dalam bahasa yang dipilih
  • Bantuan dalam bahasa yang dipilih
  • Alat pruf bagi bahasa yang dipilih

Jika anda telah membeli langganan Office 365, anda boleh menggunakannya untuk memasang Office dalam bahasa berlainan dan tidak perlu membeli Pek Bahasa.

Anda mungkin sudah pun mempunyai alat ini jika anda mempunyai Office 2013 dalam apa jua bahasa.

Petua Skrin

Mengubah bahasa ScreenTip akan mengubah nama ScreenTip anda - seperti butang, menu dan dialog - ke dalam bahasa lain dengan menuding padanya dengan tetikus. Muat turun secara percuma di sini.

Alat Pruf

Anda boleh memuat turun pek Alat Pruf percuma untuk bahasa tambahan. Setiap pek akan termasuk semakan ejaan dan bergantung kepada bahasa, alat pruf tambahan seperti semakan tatabahasa, tesaurus atau penggunaan tanda sempang. Ambil perhatian bahawa ini bukan pek bahasa penuh.