Opsyen Bahasa Office 2013

Hanya ikuti pautan di bawah untuk mengetahui opsyen yang ada kepada anda. Bahasa tambahan akan disediakan pada masa akan datang, oleh itu semak semula jika anda tidak melihat bahasa yang anda ingini pada masa ini.

Language Pack (Pek Bahasa)

Anda boleh beli Language Pack, yang termasuk:

  • Dipaparkan dalam bahasa yang dipilih
  • Bantuan dalam bahasa yang dipilih
  • Alat pruf bagi bahasa yang dipilih

Jika anda telah membeli langganan Office 365, anda boleh menggunakannya untuk memasang Office dalam bahasa berlainan dan tidak perlu membeli Language Pack.

Anda mungkin sudah pun mempunyai alat ini jika anda mempunyai Office 2013 dalam apa jua bahasa.

Language Interface Pack (Pek Antara Muka Bahasa)

Anda boleh muat turun Language Interface Pack secara percuma. Pek tersebut termasuk paparan untuk bahasa yang anda pilih dan beberapa aplikasi Office dan mungkin termasuk beberapa alat pruf.

Alat Pruf

Anda boleh muat turun pek Alat Pruf percuma untuk bahasa tambahan. Setiap pek akan termasuk semakan ejaan dan bergantung pada bahasa, alat pruf tambahan seperti semakan tatabahasa, tesaurus atau penggunaan tanda sempang.

Screen Tip

Mengubah bahasa ScreenTip akan mengubah nama ScreenTip anda - seperti butang, menu dan dialog - ke dalam bahasa lain dengan menunjuk kepadanya dengan tetikus. Muat turunnya secara percuma di sini.