Lync Server 2013

Lync Server 2013

Menghubungkan individu walau di mana jua mereka berada dengan Lync Server 2013.

Cari rakan kongsiCuba sekarang

Gambaran keseluruhan

Microsoft Lync ialah platform komunikasi disatukan yang sedia untuk syarikat. Lync Online menghubungkan individu walau di mana jua mereka berada, pada Windows 8 dan sistem pengendalian yang lain, termasuk peranti mudah alih sebagai sebahagian daripada pengalaman produktiviti harian mereka. Lync memberikan pengalaman klien tunggal yang konsisten bagi pengalaman kehadiran, pemesejan segera, suara, video dan mesyuarat yang menarik. Pengguna Lync boleh berhubung dengan sesiapa sahaja melalui Skype, membolehkan komunikasi yang beraneka dengan jutaan individu di seluruh dunia.

Cara berfungsi

Bekerja Di Mana-mana Sahaja

Lync membenarkan pengguna berkomunikasi dengan selamat dan sentiasa mengikuti perkembangan rakan sekerja dan pelanggan, dari mana-mana sahaja.

Lync Merentasi Peranti

Pengguna boleh bertukar antara peranti mengikut pilihan mereka pilih berdasarkan keperluan mereka. Lync menawarkan pengalaman yang biasa dan konsisten merentasi PC, telefon, pelayar dan tablet.

Pengalaman Yang Terhubung

Lync menghubungkan berjuta individu, komunikasi dan aplikasi yang digunakan harian dan bersama-sama. Persidangan video HD berbilang pihak menghidupkan suasana Mesyuarat Lync.

Kerja Pengurusan Yang Lebih Mudah

Lync ialah platform yang boleh dipercayai untuk semua komunikasi masa nyata. Satu sistem tunggal mengurangkan kerumitan dalam IT Syarikat.

Kefleksibelan Pengerahan

Lync membolehkan anda mencapai wawasan komunikasi disatukan anda, menurut garis masa dan rangka tindakan anda.

Ciri Lync Server

Klien Disatukan Lync
Lync 2013 menyediakan klien tunggal disatukan untuk komunikasi masa nyata, termasuk panggilan suara dan video, Mesyuarat Lync, kehadiran, pemesejan segera dan sembang berterusan. Penggunaan satu aplikasi klien UC tunggal dan bukannya berbilang aplikasi akan memudahkan pengerahan, penerimaan dan sokongan.
Aplikasi Lync Windows 8
Lync dioptimumkan untuk sentuhan pada Windows 8 (kedua-dua Windows8 dan Windows RT berasaskan x86) dan menggunakan kelebihan keupayaan "sentuhan didahului" Windows 8 untuk memberikan kawalan komunikasi yang pantas, semula jadi dan amali pada pelbagai peranti dan seni bina.
Lync Web App
Lync Web App membenarkan pengguna PC dan Mac menyertai Mesyuarat Lync dari dalam pelayar berasaskan HTML5 dan menyampaikan pengalaman mesyuarat Lync yang lengkap, termasuk perkongsian video HD berbilang pihak, suara melalui IP, pemesejan segera, desktop, aplikasi dan PowerPoint.
Lync Mobile Clients
Lync Mobile Clients tersedia untuk Windows Phone, iPhone, iPad dan Android.
Penyertaan Persidangan Satu Klik
Penyertaan Mesyuarat Lync hanya memerlukan satu klik atau sentuhan, sama ada dari peringatan mesyuarat Outlook pada PC Windows atau dari anak tetingkap kalendar atau mesyuarat pada peranti Windows Phone, iOS dan Android.
Kehadiran
Lihat status ketersediaan kenalan dengan penunjuk kehadiran visual. Status kehadiran baru termasuk: Penyampai (semasa komputer riba disambungkan ke projektor) dan Bekerja Di Tempat Lain (untuk menunjukkan tiada di pejabat tetapi bekerja di tempat lain).
Kad Kenalan
Kad dinamik yang memaparkan gambar resolusi tinggi kenalan, kehadiran mereka, nota status, lokasi dan butiran organisasi dan maklumat adalah konsisten di seluruh aplikasi Microsoft Office.
Mesyuarat Lync
Dahulunya dikenali sebagai "mesyuarat dalam talian", Mesyuarat Lync menyediakan keupayaan untuk berinteraksi dengan individu melalui video HD berbilang pihak, audio, pemesejan segera dan perkongsian kandungan.
Pandangan Mesyuarat
Opsyen Pandangan Mesyuarat direka untuk menyatukan kandungan dan individu di samping mengoptimumkan pengalaman Mesyuarat Lync untuk setiap keperluan peserta individu. Pandangan Mesyuarat dipilih oleh peserta.
Galeri Video HD Berbilang Pihak
Pandangan berterusan bagi berbilang strim video HD atau gambar kad kenalan dalam persidangan dipaparkan dalam format galeri. Gambar akan menggantikan video penyampai aktif apabila video tidak tersedia. Kawalan galeri membolehkan peserta memilih strim video yang diminati, melihat nama peserta dan mengenal pasti penyampai aktif.
Sembang Berterusan
Atur atau sertai bilik maya berdasarkan topik yang mana kumpulan kerja atau rakan sekerja yang terpilih bertemu dan bekerjasama dalam masa nyata. Perbincangan boleh dicari dan berterusan melawan masa, membolehkan perkongsian maklumat yang cekap.
Perkongsian OneNote
Perkongsian OneNote membenarkan pengguna mencipta dan berkongsi nota mesyuarat digital OneNote dalam Mesyuarat Lync, mengurangkan ralat yang mungkin disebabkan transkripsi terkemudian dan memudahkan komunikasi dan susulan.
Exchange Archiving
Exchange Archiving Online membolehkan anda menyimpan semua e-mel, pemesejan segera dan kandungan mesyuarat Lync Online, kemudian mencarinya dengan mudah menggunakan pematuhan e-Discovery Exchange.
Persekutuan Lync
Persekutuan Lync memperluas komunikasi disatukan dengan selamat melalui Internet kepada pelanggan, pembekal dan rakan kongsi yang menggunakan Lync.
Kesambungan Skype
Kesambungan Skype membolehkan perkongsian kehadiran, pemesejan segera (IM) dan panggilan suara dengan jutaan individu di seluruh dunia yang menggunakan Skype.
Penggabungan Peranan Pelayan
Lync boleh mengurangkan bilangan peranan pelayan dengan mengumpulkan peranan yang dahulunya diguna atau diuruskan secara berasingan, membenarkan pengerahan dan pengurusan yang dipermudah.
Skala dan Pembaikan Ketersediaan Tinggi
Seni bina bahagian depan Lync Server yang direka semula membenarkan bilangan pengguna aktif yang lebih ramai dalam satu himpunan di samping meningkatkan keupayaan ketersediaan tinggi yang boleh membantu menjimatkan jumlah kos pemilikan.
Pemantauan Aktif
Pemantauan Aktif memberikan kebolehan kepada pentadbir Lync untuk memantau himpunan, pelayan, rangkaian di seluruh pusat data yang berbeza melalui Internet awam.