Kisah pelanggan Lync

Lync 2013

Lync di dalam bilik darjah

Main
Perniagaan memerlukan platform komunikasi disatukan yang sedia untuk syarikat.Dengar kisah benar daripada pelanggan tentang pengalaman mereka menggunakan Lync 2013. Melalui proses penilaian dan pendekatan pelaksanaan mereka pada penerimaan pengguna dan rancangan masa depan, anda akan membaca kisah pelanggan yang telah menggunakan Lync dan menikmati manfaat yang benar-benar membantu.

Adventist Health System

Peneraju antarabangsa dalam kualiti, keselamatan dan kepuasan pesakit, Adventist Health System ialah organisasi penjagaan kesihatan berdasarkan kepercayaan yang beribu pejabat di Altamonte Springs, Florida, mempunyai hampir 70,000 orang pekerja dan 45 kampus hospital di sepuluh negeri. Adventist Health System menyepadukan teknologi berbilang komunikasi dengan Microsoft Lync Server 2013.Teknologi yang fleksibel dan mudah digunakan ini membolehkan pekerja berkomunikasi antara satu sama lain melalui berbilang cara dari berbilang peranti. Hal ini dapat meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos perjalanan serta menambah baik penjagaan pesakit.

Cargill

Cargill ialah firma sejagat yang menghasilkan dan memasarkan produk dan perkhidmatan makanan, pertanian, kewangan dan industri. Untuk berhubung dengan pasukannya yang terletak di 67 negara yang berbeza, Cargill menggunakan Microsoft Lync Server 2013 untuk meningkatkan kerjasama, mengurangkan kos dan meningkatkan daya saing syarikat.

SunGard

SunGard menyediakan perisian, penyelesaian pemprosesan dan perkhidmatan teknologi kepada 25,000 orang pelanggan di lebih daripada 70 negara. Syarikat itu ingin meningkatkan komunikasi antara pejabatnya yang bertempat di seluruh dunia. SunGard sedang menaik taraf kepada Microsoft Lync Server 2013 dan mengharapkan perbelanjaan telefon yang dikurangkan, pengurusan IT yang lebih mudah, moral pekerja yang diperbaiki dan respons pekerja yang dipertingkatkan.


Tampa General Hospital

Tampa General Hospital ialah kemudahan perubatan yang menyeluruh di Barat Tengah Florida dan merupakan salah satu hospital yang terbesar di negeri tersebut. Hospital tersebut menggunakan Microsoft Lync Server 2013 untuk memberikan komunikasi tanpa mengira peranti, masa dan lokasi kepada 7,100 orang pekerjanya. Lync membantu meningkatkan produktiviti pekerja, menambah baik penjagaan pesakit serta menjimatkan kos hospital.

UCB

UCB ialah pengilang biofarmaseutikal bertapak di Belgium dan beroperasi di 40 buah negara di seluruh dunia. Penggunaan persekitaran komunikasi disatukan berdasarkan Microsoft Lync telah membantu UCB mengurangkan kos sebanyak lebih daripada $150,000 sebulan dan menyediakan lebih banyak peluang bekerjasama kepada para pekerja.

EPAM

EPAM Systems yang beribu pejabat di Amerika Syarikat ialah sebuah firma kejuruteraan perisian sejagat. Untuk meningkatkan kefleksibelan tenaga kerja jauhnya, EPAM menggunakan Microsoft Lync Server 2013. Naik taraf ini dapat mengurangkan kos pengurusan dan meningkatkan keyakinan pelanggan.

EmpireCLS

EmpireCLS Worldwide Chauffeured Services ialah salah satu syarikat pengangkutan berpandu yang terbesar di dunia.Syarikat yang terletak di Secaucus, New Jersey ini juga beroperasi di lebih daripada 700 buar bandar. EmpireCLS menggunakan Lync Server 2013 yang menyokong sepenuhnya penggunaan VDI. Kini Empire menggunakan kelebihan Lync untuk membuat panggilan semasa tiada di pejabat.

LA Fitness

LA Fitness yang diasaskan pada tahun 1984 mengendalikan kelab sukan di lebih daripada 500 lokasi di seluruh Amerika Utara. LA Fitness sedang menaik taraf penyelesaian komunikasi disatukan kepada Microsoft Lync Server 2013 untuk kemampuan suara syarikatnya yang kukuh.

MedcoEnergi

MedcoEnergi Internasional (MedcoEnergi) ialah syarikat tenaga bersepadu di Jakarta, Indonesia. Syarikat tersebut beroperasi secara sejagat dan mempunyai 3,000 orang pekerja di seluruh dunia. MedcoEnergi menggunakan Microsoft Lync Server 2013 untuk opsyen ketersediaan tinggi yang dipertingkatkan untuk membantu syarikat tersebut menambah baik ketahanan penyelesaian komunikasinya.

Tutup