Lync 2013
Alaminya tanpa melawatinya.
Main
Close

Keluaran Lync yang baru merupakan keluaran kami yang paling hebat setakat ini, berdaya inovasi secara menyeluruh. Lync sentiasa memudahkan komunikasi antara individu walau di mana jua mereka berada, dan kami menjadikannya lebih baik dengan ciri yang baru dan ditambah baik:

Berhubung dengan dunia luar
Berhubung dengan dunia luar: Persekutuan Lync melanjutkan komunikasi disatukan secara selamat melalui Internet kepada pelanggan, pembekal dan rakan kongsi yang menggunakan Lync atau Skype.
Ikuti perkembangan antara satu sama lain walau di mana jua: Lync membolehkan pengguna berkomunikasi secara selamat apabila kesambungan rangkaian tersedia dan akan menyesuaikan fungsinya dengan keadaan rangkaian secara automatik.
Menggunakan peranti yang anda inginkan
Menggunakan peranti yang anda inginkan: Lync memudahkan lagi komunikasi dengan pengalaman konsisten dan biasa yang tersedia pada PC Windows, Windows Phone, iOS, Mac dan telefon pintar Android. Aplikasi Lync baru yang mengasyikkan untuk Windows 8 dan Windows RT menawarkan pengalaman berdaya sentuhan yang lancar.
Berkomunikasi dengan betul
Berkomunikasi dengan betul: Lync menyatukan panggilan suara dan video, Mesyuarat Lync, kehadiran dan pemesejan segera dalam satu klien yang mudah digunakan, memudahkan anda memilih dan bertukar antara bentuk komunikasi yang berlainan.
Menggunakan kelebihan video HD berasaskan standard
Menggunakan kelebihan video HD berasaskan standard: Lync menggunakan standard terbuka yang termasuk H.264 SVC untuk memberikan pengalaman video berkualiti tinggi pada pelbagai jenis peranti.
Menjadikan mesyuarat maya lebih berkesan
Menjadikan mesyuarat maya lebih berkesan: Bersemuka dengan sehingga lima orang peserta mesyuarat secara serentak dengan sokongan video HD berbilang pihak yang baru. Anda boleh memilih individu yang ingin dilihat atau membiarkan Lync memilih untuk anda.
Menyertai mesyuarat dengan mudah
Menyertai mesyuarat dengan mudah: Penyertaan Mesyuarat Lync hanya memerlukan satu sentuhan atau klik pada telefon pintar, tablet dan PC.
Memperluaskan Mesyuarat Lync ke luar organisasi anda dengan capaian berasaskan pelayar
Memperluaskan Mesyuarat Lync ke luar organisasi anda dengan capaian berasaskan pelayar: Lync Web App membenarkan pengguna PC dan Mac menyertai Mesyuarat Lync dari pelayar dan menyampaikan pengalaman mesyuarat dalam talian yang lengkap disertakan dengan IM, suara, video berbilang pihak, kerjasama dan perkongsian data.
Mengambil nota dalam OneNote
Mengambil nota dalam OneNote: Perkongsian OneNote membenarkan pengguna mencipta dan berkongsi nota mesyuarat digital OneNote semasa Mesyuarat Lync.
Mencari cara untuk berkomunikasi yang terbaik dengan pantas dan intuitif
Mencari cara untuk berkomunikasi yang terbaik dengan pantas dan intuitif: Quick Lync ialah menu yang muncul pada kenalan dalam senarai kenalan Lync dan menunjukkan mod komunikasi yang tersedia.
Bandingkan opsyen

lihat perbandingan ciri

antara pelan kendiri Lync Online dan Lync Server.

Mengapa Memilih Microsoft

Soalan Lazim

Cari jawapan bagi soalan lazim tentang Lync dalam Soalan Lazim.