Soalan lazim Office 365

Cari jawapan kepada soalan lazim tentang Office dan Office 365. Lawati Soalan Lazim Office 365 for business untuk soalan dan jawapan lebih lanjut bagi pengguna perniagaan.

Soalan popular

Tunjukkan semua

Dengan pelan langganan Office 365, anda mendapat pemasangan aplikasi Office: Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access (Publisher dan Access tersedia pada PC sahaja). Anda boleh memasang Office 365 merentasi berbilang peranti, termasuk PC, Mac, tablet Android, telefon Android, iPad dan iPhone. Selain itu, dengan Office 365, anda mendapat perkhidmatan seperti storan dalam talian dengan OneDrive dan minit Skype untuk kegunaan di rumah. Apabila anda mempunyai langganan Office 365 yang aktif, anda sentiasa mendapat versi aplikasi Office yang terkini. Ketahui lebih lanjut tentang Office 365.

Office sebagai pembelian sekali termasuk aplikasi seperti Word, Excel dan PowerPoint untuk digunakan pada sebuah PC atau Mac. Aplikasi tersebut tidak dikemas kini secara automatik; untuk mendapatkan versi terkini, anda perlu membeli Office lagi apabila versi baru tersedia. Versi semasa aplikasi Office yang tersedia untuk pembelian sekali ialah Office 2016 untuk Windows dan Mac. Versi terdahulu termasuk Office 2013, Office 2011 untuk Mac, Office 2010, Office 2007, Office 2008 untuk Mac dan Office 2004 untuk Mac. Office 2010 dan Office 2007 serasi dengan Windows 8.1 dan yang lebih awal. Office sebagai pembelian sekali tidak menyertakan mana-mana perkhidmatan yang disertakan dalam Office 365. Ketahui lebih lanjut tentang perbezaan antara Office 365 dan Office 2016.

Versi semasa Office menyokong PC yang menjalankan Windows 7 atau lebih tinggi dan Mac yang menjalankan Mac OS X 10.10 bagi Office 2016 for Mac. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk keperluan untuk iPad® dan tablet Android™, lihat keperluan sistem penuh.

Tidak. Aplikasi Office disesuaikan untuk berfungsi dengan terbaik pada setiap platform dan peranti. Aplikasi Office disediakan untuk pengguna Mac dan nombor versi mungkin berbeza daripada yang disediakan untuk pengguna PC.

Aplikasi Office 2007, Office for Mac 2008, Office 2010, Office for Mac 2011, Office 365, Office 2013 dan Office 2016 boleh membuka dokumen anda tanpa sebarang tindakan tambahan. Pelanggan yang menggunakan Office versi terdahulu mungkin perlu memuat turun dan memasang pek keserasian.

1066 Ya. Dokumen yang anda cipta adalah milik anda sepenuhnya. Anda boleh memilih untuk menyimpannya dalam talian pada OneDrive atau secara setempat pada PC atau Mac anda. Ketahui apa yang akan berlaku sekiranya anda membatalkan langganan anda.

Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua keluaran terkini suit Office dan semua pelan langganan Office 365. Untuk pelan Office 365, capaian Internet juga diperlukan untuk mengurus akaun langganan anda, sebagai contoh, untuk memasang Office pada PC lain atau untuk menukar opsyen pengebilan. Capaian Internet juga diperlukan untuk mencapai dokumen-dokumen yang disimpan pada OneDrive, melainkan anda memasang aplikasi desktop OneDrive. Anda juga harus menyambung kepada Internet dengan kerap bagi memastikan versi Office anda adalah yang terkini dan memanfaat daripada peningkatan taraf secara automatik. Jika anda tidak menyambung kepada Internet sekurang-kurangnya setiap 39 hari, aplikasi anda akan memasuki mod kurang fungsi, yang bermakna bahawa anda boleh melihat atau mencetak dokumen anda tetapi tidak boleh mengedit atau mencipta dokumen baru. Untuk mengaktifkan semula aplikasi Office anda, hanya perlu menyambung semula kepada Internet.

Anda tidak perlu menyambung kepada Internet untuk menggunakan aplikasi Office, seperti Word, Excel dan PowerPoint kerana aplikasi tersebut dipasang sepenuhnya pada komputer anda.

Akaun Microsoft anda adalah gabungan alamat e-mel dan kata laluan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan seperti Hotmail, OneDrive, Windows Phone, Xbox LIVE dan Outlook.com. Jika anda menggunakan mana-mana perkhidmatan ini, anda sudah pun mempunyai akaun Microsoft yang anda boleh gunakan atau anda boleh mencipta akaun baru. Ketahui lebih lanjut tentang akaun Microsoft. Sebagai sebahagian daripada pendaftaran bagi percubaan atau pembelian Office, anda akan digesa untuk mendaftar masuk dengan akaun Microsoft. Anda mestilah mendaftar masuk dengan akaun ini untuk memasang dan mengurus perisian Office anda atau untuk menggunakan sesetengah manfaat langganan, termasuk storan OneDrive dan minit Skype.

Pengguna boleh mengaktifkan 1 langganan untuk Office 365 Home dan Office 365 Personal dan sehingga 25 lesen untuk Office Home & Student 2016, Office Home & Business 2016 dan Office Professional 2016.

Perihal percubaan Office

Tunjukkan semua

Ya. Anda boleh mendaftar untuk mencuba Office 365 Home secara percuma selama sebulan di laman web Office. (Sila ambil perhatian bahawa kad kredit diperlukan untuk percubaan percuma. Percubaan ini memberi anda capaian kepada semua ciri Office 365 Home. Ini termasuk:

  • Aplikasi desktop Office yang lengkap (Word, PowerPoint, Excel, OneNote dan Outlook serta Publisher dan Access untuk PC Windows).
  • 1 TB storan awan OneDrive tambahan agar anda boleh menyimpan dokumen, foto dan video dalam talian dan mencapainya hampir dari mana-mana sahaja.
  • 60 minit Skype yang anda boleh gunakan untuk menelefon telefon mudah alih dan talian tetap. Lihat senarai.

  1. Cipta atau daftar masuk dengan akaun Microsoft yang sedia ada. Apakah akaun Microsoft?
  2. Sediakan maklumat bayaran untuk mendayakan bayaran bulanan pada masa hadapan. Kad kredit antarabangsa dan PayPal (dalam sesetengah pasaran) diterima.
  3. Kaedah pembayaran yang anda sediakan akan dikenakan caj secara automatik pada penghujung bulan percuma pertama bagi memastikan anda tidak mengalami sebarang gangguan dengan perkhidmatan anda. Anda boleh membuat pembatalan dalam talian tanpa dikenakan denda sebelum percubaan anda tamat dengan melawati www.office.com/myaccount dan mematikan pembaharuan secara automatik di bahagian pembayaran dan pengebilan.
  4. Sebaik saja kaedah pembayaran anda disahkan, anda akan dihalakan ke www.office.com/myaccount untuk pemasangan Office.

Jika anda telah mendaftar untuk percubaan melalui laman web Office, lawati www.office.com/myaccount dan matikan opsyen pembaharuan secara automatik di bahagian pembayaran dan pengebilan. Dengan pendekatan ini, percubaan akan tamat secara automatik apabila bulan anda telah tamat dan kad kredit anda tidak akan dicaj.

Jika anda telah mendaftar untuk percubaan dengan mengklik ikon pada PC baru anda, percubaan anda tamat secara automatik selepas sebulan; tidak perlu membatalkannya. Apabila percubaan tamat, anda akan digesa untuk memilih versi Office yang anda mahu beli.

Itu bergantung kepada cara anda mendaftar untuk percubaan tersebut:

  • Jika anda mendaftar melalui laman web Office dan jika pembaharuan automatik didayakan di bahagian pembayaran dan pengebilan www.office.com/myaccount, perkhidmatan anda akan diteruskan tanpa gangguan dan kaedah pembayaran anda akan dicaj secara automatik pada penghujung percubaan dan bulan yang seterusnya. Anda tidak perlu memasang semula Office.
  • Jika anda mendaftar dengan mengklik ikon pada PC baru anda, percubaan anda tamat secara automatik selepas sebulan; tidak perlu untuk membatalkannya. Apabila percubaan tamat, anda akan digesa untuk memilih versi Office yang anda mahu beli.

Tidak secara serta merta. Sebagai contoh, jika anda telah mencuba Office 365 Personal, anda tidak boleh mendaftar untuk percubaan Office 365 Home. Walau bagaimanapun, setahun selepas percubaan atau langganan berbayar anda tamat, anda boleh mendaftar untuk percubaan yang baru.

Kunci produk, penebusan dan pengaktifan

Tunjukkan semua

Untuk menyediakan akaun anda dan memasang Office untuk kali pertama, lawati www.office.com/setup. Jika anda telah mencipta akaun anda, lawati www.office.com/myaccount.

Kunci Produk merupakan kod abjad angka 25 aksara unik yang digunakan untuk menebus dan mengaktifkan produk Office anda. Untuk mencari Kunci Produk anda, Cari kod abjad angka 25 aksara di belakang kad di dalam pembungkusan produk Office anda. Kadangkala Kunci Produk mungkin terdapat pada resit runcit anda. Jika anda membeli Office daripada pengeluar PC, Kunci Produk terdapat pada suatu tempat di dalam bungkusan PC anda. Sampel format Kunci Produk: XXXXX-XXXXX-XXXXX-XXXXX-XXXXX

Selepas anda menyambungkan Kunci Produk anda ke akaun Microsoft anda, anda boleh mendaftar masuk ke www.office.com/myaccount untuk memasang dan menguruskan Office. Anda digalakkan supaya memastikan Kunci Produk anda berada di tempat yang selamat sebagai bukti pembelian atau untuk membantu ejen sokongan kami menjejaki produk anda.

Anda digalakkan untuk menggunakan akaun Microsoft anda yang sedia ada. Jika anda menggunakan produk atau perkhidmatan Microsoft yang lain (cth. Xbox, OneDrive, Outlook.com, MSN atau Bing), anda mungkin sudah mempunyai akaun Microsoft dan tidak perlu mencipta yang baru. Jika anda terlupa kata laluan atau nama pengguna anda, dapatkan semula butiran tersebut dengan kembali untuk mendaftar masuk dan mengklik pada Tidak dapat mengakses akaun anda?

Akaun Microsoft anda hanya boleh mempunyai satu langganan yang dikaitkan dengannya. Jika anda menggunakan akaun Microsoft yang sama untuk membeli atau menebus berbilang langganan Office 365, anda melanjutkan tempoh masa bagi langganan anda, sehingga tempoh maksimum 5 tahun. Sila ambil perhatian bahawa langkah tersebut tidak meningkatkan bilangan peranti yang boleh dipasang dengan Office atau meningkatkan jumlah storan dalam talian yang tersedia dengan langganan itu.

Sokongan bahasa untuk Office

Tunjukkan semua

Pelan Office 365 tersedia di kebanyakan negara/rantau. Di negara/rantau di mana pelan Office 365 tidak tersedia, anda masih boleh membeli suit Office 2016. Apabila membeli Office 365, anda perlu memilih negara/rantau tempat anda akan dibilkan dan di mana anda akan menggunakan perisian tersebut. Pemilihan negara/rantau yang berbeza boleh menimbulkan masalah dengan persediaan dan pembaharuan langganan.

Office disediakan dalam bahasa yang disenaraikan di bawah. Bukan semua bahasa disediakan di semua negara/rantau.

  • Untuk PC yang menjalankan Windows: Bahasa Arab, Bulgaria, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Croatia, Czech, Denmark, Belanda, bahasa Inggeris, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Kazakh, Korea, Latvia, Lithuania, bahasa Melayu (Malaysia), Norway (Bokmål), Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Serbia (Latin), Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Thai, Turki, Ukraine dan Vietnam.
  • Untuk Mac: Bahasa Arab, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Czech, Denmark, Belanda, bahasa Inggeris (Amerika Syarikat), Finland, Perancis, Jerman, Ibrani, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Norway (Bokmal), Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Rusia, Sepanyol, Sweden dan Turki.
  • Untuk iOS: Bahasa Arab, Catalonia, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Croatia, Czech, Denmark, Belanda, bahasa Inggeris (Amerika Syarikat), bahasa Inggeris (United Kingdom), Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, bahasa Melayu, Norway (Bokmål), Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Slovakia, Sepanyol, Sweden, Thai, Turki, Ukraine dan Vietnam.
  • Untuk Android: Bahasa Arab, Bulgaria, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Croatia, Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Ibrani, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Korea, Latvia, Lithuania, Norway (Bokmål), Poland, Portugis (Brazil), Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Serbia (Latin), Slovak, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Thai, Turki, Ukraine, Vietnam, Catalonia, Kannada, Malayalam, Parsi, Tamil dan Telugu.

Microsoft menawarkan penyelesaian yang ringkas serta menjimatkan kos bagi individu berbilang bahasa, keluarga dan perniagaan kecil.

  • Office 365: Setiap kali anda memasang Office pada PC atau Mac tambahan di www.office.com/myaccount, anda boleh memilih bahasa yang dikehendaki untuk memasang Office.
  • Suit Office 2016: Anda boleh memasang pek aksesori bahasa selepas memasang Microsoft Office, untuk menambah paparan tambahan, bantuan atau alat pruf. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.office.com/language.
  • Suit Office 2013: Dapatkan maklumat tentang cara untuk menggunakan Office dalam bahasa lain selain daripada bahasa yang anda beli pada asalnya dengan melawati Halaman Opsyen Bahasa Office 2013.

Perihal OneDrive

Tunjukkan semua

OneDrive ialah perkhidmatan storan dalam talian yang anda boleh gunakan untuk menyimpan dokumen, nota, foto, muzik, video atau fail jenis lain. Dengan OneDrive, anda boleh mencapai fail anda dari hampir sebarang peranti dan anda boleh berkongsinya dengan orang lain. Daftar untuk OneDrive.

Jumlah storan tambahan yang anda dapat bergantung kepada langganan anda:

  • Pelanggan dengan langganan aktif Office 365 Personal atau Office 365 University menerima storan tambahan 1 TB OneDrive untuk setiap langganan.
  • Pelanggan dengan langganan aktif Office 365 Home menerima storan tambahan OneDrive 1 TB bagi setiap pengguna, untuk sehingga 5 pengguna. Setiap pengguna tambahan mesti mempunyai akaun Microsoft dan ditambahkan pada langganan di www.office.com/myaccount.

Storan tambahan diguna pakai untuk akaun OneDrive yang dipaut kepada akaun Microsoft yang digunakan untuk mencipta langganan Office 365. Untuk Office 365 Home, storan tersebut terikat pada akaun Microsoft anggota isi rumah yang telah ditambahkan pada langganan tersebut.

Untuk mencapai dokumen yang disimpan pada OneDrive, daftar masuk ke Office dengan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk menyediakan Office 365. Jika anda telah berkongsi langganan Office 365 Home anda dengan ahli rumah anda yang lain, mereka harus mendaftar masuk dengan akaun Microsoft mereka. Ketahui lebih lanjut tentang pendaftaran masuk ke Office. Anda juga boleh mendaftar masuk ke OneDrive secara terus di OneDrive.com.

Ya. Jika anda menggunakan Windows 8.1 atau Windows 10, OneDrive diprapasang. Untuk mencapai dokumen anda semasa anda tidak menyambung kepada Internet, buka Penjelajah Fail pada PC anda dan pergi ke folder OneDrive. Apabila anda menyambung semula, OneDrive mengemas kini versi dalam talian dengan perubahan yang anda lakukan di luar talian.

Lawati halaman sokongan OneDrive for Windows 8.1 dan OneDrive for Windows 10 untuk butiran lanjut.

Anda juga boleh memuat turun dan memasang OneDrive pada Windows 7, Windows Vista atau pada Mac anda. Aplikasi OneDrive mencipta folder yang disegerakkan secara automatik di antara OneDrive dan komputer anda, agar anda boleh mengendalikan dokumen anda—walaupun ketika anda di luar talian.

Jika anda membatalkan langganan anda atau langganan tamat tempoh, anda masih boleh mencapai dan memuat turun semua fail anda dengan mendaftar masuk secara terus ke OneDrive menggunakan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk setkan Office 365. Anda akan kehilangan storan tambahan yang disertakan bersama langganan anda, maka anda perlu menyimpan fail anda di tempat lain atau membeli lebih banyak storan OneDrive jika akaun OneDrive anda melebihi kuota storan percuma.

Mereka kehilangan storan OneDrive tambahan, tetapi mereka masih boleh mencapai dan memuat turun semua fail. Jika akaun OneDrive mereka melebihi kuota storan percuma, mereka perlu menyimpan fail di tempat lain atau membeli lebih banyak storan OneDrive.

Perihal minit Skype

Tunjukkan semua

Minit Skype membolehkan anda menelefon rakan atau keluarga pada telefon bimbit atau talian tetap mereka, sama ada mereka mempunyai akaun Skype atau tidak.

Anda boleh menggunakan minit Skype dari mana-mana peranti yang telah dipasang dengan Skype, sama ada telefon mudah alih, tablet, TV atau peranti anda yang lain, tertakluk kepada ketersediaan di negara/rantau. Setiap langganan aktif Office 365 berhak menerima 60 minit Skype sebulan bagi setiap pengguna; peruntukan ini diset semula setiap bulan.

Anda boleh menghubungi negara/rantau berikut:
  • Kedua-dua talian tetap dan telefon bimbit: Amerika Syarikat, China, Guam, Hong Kong SAR, Kanada, Puerto Rico, Singapura, Thailand.
  • Talian tetap sahaja: Afrika Selatan, Andorra, Argentina, Australia, Austria, Belanda, Belgium, Brazil, Brunei, Bulgaria, Chile, Croatia, Colombia (tidak termasuk Lex), Costa Rica, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greece, Guadeloupe, Hungary, Iceland, Indonesia (Jakarta), Ireland, Israel, Itali, Jerman, Korea, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Maghribi, New Zealand, Norway, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Turki, United Kingdom dan Venezuela.
Minit Skype tidak disertakan dengan Office 365 di Algeria, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, India, Korea, Kuwait, Lubnan, Libya, Maghribi, Mesir, Namibia, Pakistan, Qatar, Taiwan dan Tunisia.
Sila ambil perhatian bahawa nombor khas, premium dan bukan geografi tidak diliputi oleh minit Skype. Selain itu, panggilan kecemasan tidak dapat dibuat.

Skype menawarkan pelbagai opsyen bayar ikut kegunaan dan langganan untuk menambah minit Skype. Lawati www.skype.com untuk mendapatkan butiran lanjut.

Anda boleh memilih untuk menggunakan minit Skype anda pada akaun Skype baru atau yang sedia ada. Untuk mengaktifkan minit Skype anda, lawati www.office.com/myaccount dan kemudian ikut arahan pada skrin untuk sama ada mencipta akaun Skype baru atau menggunakan akaun yang sedia ada. Anda akan melihat pengesahan di www.office.com/myaccount apabila minit tersebut telah diaktifkan.

Setelah anda mengaktifkan akaun anda, anda boleh menukarkan akaun Skype yang dikaitkan dengan minit Skype anda sekali setahun. Untuk melakukannya, anda mesti menyahaktifkan dahulu minit Skype anda daripada akaun sedia ada, kemudian aktifkan akaun Skype yang baru atau berbeza. Untuk melakukannya, lawati www.office.com/deactivateskype dan ikut arahan pada skrin untuk menyahaktifkan akaun anda. Setelah selesai, lawati www.office.com/myaccount untuk mengaktifkan akaun Skype yang baru atau berbeza.

Office 365 University

Tunjukkan semua

Office 365 University ialah langganan empat tahun untuk pelajar universiti dan kolej yang mendaftar untuk sepenuh dan separuh masa, fakulti serta kakitangan di institusi yang diiktiraf. Alumni bagi institusi-institusi ini tidak layak untuk melanggan.

Selepas membeli Office 365 University daripada penjual yang menawarkan pelan tersebut, anda perlu masuk ke dalam talian bagi mengesahkan kelayakan anda untuk mengaktifkan Office. Anda turut tertakluk kepada Syarat Pelesenan Perisian Microsoft untuk Langganan Pelanggan Office--Tambahan kepada Perjanjian Perkhidmatan Microsoft Online dan perlu menerima perjanjian tersebut sebelum mengaktifkan produk. Capaian Internet diperlukan kerana proses pengesahan akademik dan penebusan dilakukan dalam talian.

Sila ambil perhatian bahawa anda mungkin layak untuk mendapat Office secara percuma melalui Universiti, sekolah atau kolej anda. Semak kelayakan anda di www.office.com/getoffice365 sebelum membeli Office 365 University.

Office 365 University tersedia di negara/rantau berikut: Australia, Austria, Belgium, Brazil, Bulgaria, Kanada, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hong Kong SAR, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Israel, Itali, Korea, Kuwait, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Belanda, New Zealand, Norway, Oman, Filipina, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Office 365 University akan tersedia di setiap negara/rantau yang disenaraikan apabila Office baru dikeluarkan di negara/rantau tersebut.

Muat turun dan pasang Office

Tunjukkan semua

Untuk memasang Office 365, lawati www.office.com/myaccount pada PC atau Mac yang anda ingin pasangkan Office, daftar masuk dengan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk membeli langganan tersebut dan ikut arahan pada skrin untuk memasang Office.

Untuk memasang suit Office 2016, ikut arahan yang disediakan pada bungkusan Office anda. Dalam kebanyakan kes, anda perlu melawati www.office.com/setup dan ikut arahan pada skrin untuk memuat turun perisian ke komputer anda.

Untuk memuat turun dan memasang Office versi terdahulu, lawati www.office.com/downloadoffice.

Pelanggan Office 365 Personal boleh memasang Office pada 1 PC atau Mac, 1 tablet dan 1 telefon pintar untuk satu pengguna. Pelanggan Office 365 Home boleh memasang Office pada sehingga 5 PC atau Mac, 5 tablet dan 5 telefon untuk sehingga lima pengguna di dalam rumah mereka. Anda boleh menganggap peranti Windows hibrid, seperti Microsoft Surface Pro sama ada sebagai PC atau tablet.

Ya. Aplikasi Office yang tersedia untuk Mac ialah Word, Excel, Powerpoint, Outlook dan OneNote. Aplikasi Publisher dan Access tidak tersedia untuk Mac. Versi aplikasi semasa Office untuk Office 365 ialah Office 2016 untuk kedua-dua Windows dan Mac.

Kelajuan muat turun yang sebenar bagi Office bergantung kepada kelajuan sambungan Internet anda; sambungan Internet jalur lebar disarankan untuk pengalaman muat turun yang terbaik.

Semua versi Office untuk PC Windows yang baru menggunakan teknologi penstriman yang membolehkan anda mula menggunakan aplikasi Office sebelum pemasangan selesai.

Ikon untuk aplikasi Office dicipta apabila anda memasang Office. Anda boleh memulakan aplikasi tersebut dengan mengklik ikon-ikon yang dipasang di lokasi-lokasi yang berikut:

  • Windows
    • Windows 7: Menu mula
    • Windows 8: Skrin mula dan pandangan Aplikasi (pandangan di bawah skrin Mula yang termasuk semua aplikasi yang dipasang pada PC)*
    • Windows 8.1: Pandangan Aplikasi*
      *Jika anda tidak menemui ikon anda dalam Windows 8 atau Windows 8.1, pergi ke skrin Mula dan taipkan nama aplikasi yang anda ingin lancarkan (sebagai contoh, Word).
    • Windows 10: Menu Mula. Anda juga boleh menaip nama aplikasi yang anda ingin lancarkan (contohnya, Word) di Cortona.

      Anda turut boleh mengepin pintasan aplikasi pada skrin Mula atau bar tugas desktop anda agar mudah dicapai. Ketahui lebih lanjut
  • Mac OS X
    • 10.6 (Snow Leopard): Dok
    • 10.7 (Lion): Dok dan Pad Pelancaran
    • 10.8 (Mountain Lion): Dok dan Pad Pelancaran
    • 10.9 (Mavericks): Dok dan Pad Pelancaran
    • 10.10 (Yosemite): Anda boleh memulakan aplikasi dengan mengklik ikon aplikasi yang boleh ditemui dalam folder Launchpad dan Applications dalam Finder.

Office versi 32 bit dipasang secara lalai.

Walaupun komputer anda menjalankan Windows versi 64 bit, kami mengesyorkan supaya anda memasang Office versi 32 bit kerana perisian ini lebih serasi dengan aplikasi dan tambahan yang berfungsi dengan Office. Jika anda mahu memasang Office versi 64 bit, anda boleh berbuat demikian dengan melawati www.office.com/myaccount dan mengikut arahan pada skrin untuk memasang versi 64 bit. Versi Office 64 bit dan 32 bit tidak boleh dipasang pada komputer yang sama.

Jika anda telah memasang Office pada bilangan maksimum PC, Mac atau tablet dan mahu menggunakan Office pada peranti yang berbeza, anda boleh menyahaktifkan peranti dengan melawati www.office.com/myaccount, selepas itu anda boleh memasang Office pada peranti baru. Salinan Office pada peranti yang anda nyahaktifkan akan kembali kepada mod baca saja, yang bermakna dokumen boleh dilihat tetapi tidak boleh diedit. Anda tidak akan kehilangan sebarang dokumen yang telah disimpan setempat pada peranti asal.

Untuk menyahpasang Office, terlebih dahulu lawati www.office.com/myaccount dan ikut arahan pada skrin untuk menyahaktifkan Office. Penyahaktifan Office akan menyebabkan aplikasi Office pada PC anda ditukar kepada mod baca sahaja, maksudnya anda boleh melihat dokumen tetapi tidak boleh mengedit atau menyimpannya dan anda tidak boleh mencipta dokumen baru. Untuk mengalih keluar Office sepenuhnya, pergi ke Panel Kawalan PC anda dan nyahpasang Office. Untuk Mac, iPad dan tablet Android, ikut arahan pada peranti tersebut untuk menyahpasang aplikasi.

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan sandaran bagi produk Office anda:

  • Pelanggan Office 365 boleh memuat turun atau memasang semula daripada www.office.com/myaccount.
  • Anda boleh memesan salinan sandaran DVD untuk produk Office keluaran terkini dengan dikenakan bayaran. Lawati www.office.com/backup untuk mendapatkan butiran.

Salinan sandaran tidak boleh dihantar kepada negara/rantau berikut: Bhutan, Brazil, China, Kepulauan Cocos (Keeling), Kepulauan Cook, Perancis Selatan dan Tanah Antartika, Pulau Heard dan Kepulauan McDonald, Iraq, Jan Mayen, Kiribati, Libya, Micronesia, Myanmar, Nauru, Nepal, Niue, Palau, Kepulauan Pitcairn, Saba, Samoa, Sint Eustatius, Timor Leste, Tokelau, Wallis dan Futuna.

Dapatkan pengalaman teras Office secara percuma pada tablet dan telefon kegemaran anda. Untuk mendapatkan dan memuat turun aplikasi, lawati halaman berikut: Office for iPad, Office for iPhone, Office for Android tablet dan Office for Android phone. Untuk aplikasi Word, Excel dan PowerPoint, dapatkan ciri premium dengan langganan Office 365 yang layak. Untuk mendapatkan maklumat tentang ciri premium bagi peranti mudah alih yang tersedia dengan Office 365, lawati www.office.com/information.

Pelanggan Office 365 dengan langganan aktif sentiasa mendapat versi paling baru aplikasi Office apabila tersedia. Apabila kami mengeluarkan versi baru Office, anda akan diberitahu bahawa anda mempunyai opsyen untuk mengemas kini perisian anda kepada versi terkini.

Versi terkini iaitu Office 2016 for Mac kini tersedia untuk pelanggan Office 365 sebagai sebahagian daripada langganan anda. Untuk memasang Office 2016 for Mac, pergi ke http://offfice.com/myaccount dan ikut arahan yang diberikan di situ.

Mengurus langganan Office 365 anda

Tunjukkan semua

Untuk mengurus maklumat bil anda, pasang atau alih keluar Office daripada PC atau Mac tambahan dan uruskan pemasangan Office anda pada peranti lain pada bila-bila masa, lawati www.office.com/myaccount.

Jika anda membeli langganan pembaharuan auto, langganan anda bermula apabila anda melengkapkan pembelian. Langganan pembaharuan auto boleh dibeli daripada Office365.com, MicrosoftStore.com, iTunes® Store dan beberapa penjual lagi. Jika anda telah membeli langganan prabayar, langganan anda bermula apabila anda mengaktifkan langganan anda dan dihalakan ke halaman Akaun Saya. Langganan prabayar boleh dibeli daripada penjual atau ejen sokongan Microsoft.

Jika anda mempunyai langganan aktif Office 365 Home, anda boleh berkongsinya dengan sehingga empat anggota isi rumah anda. Setiap anggota isi rumah yang berkongsi langganan anda boleh menggunakan sebarang pemasangan anda yang tersedia pada PC, Mac, iPad, tablet Android, tablet Windows, iPhone® atau telefon Android, dapatkan 1 TB storan OneDrive tambahan dan uruskan pemasangan mereka sendiri daripada www.office.com/myaccount.

Untuk menambahkan seseorang pada langganan anda, lawati www.office.com/myaccount dan ikut arahan pada skrin untuk menambah pengguna. Setiap individu yang anda tambah akan menerima e-mel berserta langkah-langkah yang perlu mereka ikuti. Setelah mereka menerima dan melengkapkan langkah tersebut, maklumat mereka, termasuklah pemasangan yang mereka gunakan, akan dipaparkan pada halaman Akaun Saya anda. Anda boleh menghentikan perkongsian langganan anda dengan seseorang atau mengalih keluar peranti yang mereka gunakan di www.office.com/myaccount.

Akaun Microsoft anda hanya boleh mempunyai satu langganan aktif sahaja. Jika anda mengaktifkan langganan Office 365 Personal atau Office 365 University sebelum langganan Office 365 Home anda tamat tempoh, baki masa bagi langganan Office 365 Home anda akan ditukarkan kepada langganan Office 365 Personal atau Office 365 University (mengikut pilihan anda). Namun begitu, anda hanya dibenarkan memasang Office pada sebanyak mana peranti yang dibenarkan oleh pelan langganan baru anda—1 PC atau Mac, serta 1 tablet dan 1 telefon untuk Office 365 Personal dan sehingga 2 PC, Mac atau tablet, serta 2 telefon untuk Office 365 University. Anda akan kehilangan manfaat Office 365 Home dengan serta-merta bagi memasang Office pada sehingga 5 PC dan/atau Mac, 5 tablet dan 5 telefon. Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga langganan Office 365 Home tamat tempoh sebelum mengaktifkan langganan Office 365 Personal atau Office 365 University agar anda tidak akan kehilangan pemasangan.

Akaun Microsoft anda hanya boleh mempunyai satu langganan aktif. Jika anda mengaktifkan langganan Office 365 Personal anda sebelum langganan Office 365 University anda tamat tempoh, baki masa bagi langganan Office 365 University anda akan ditukarkan kepada langganan Office 365 Personal. Walau bagaimanapun, anda akan dibenarkan untuk memasang Office pada sebanyak mana peranti yang pelan langganan baru anda benarkan sahaja—1 PC atau Mac, serta 1 tablet dan 1 telefon untuk Office 365 Personal. Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga langganan Office 365 University anda tamat tempoh sebelum mengaktifkan langganan Office 365 Personal anda supaya anda tidak akan kehilangan pemasangan.

Akaun Microsoft anda hanya boleh mempunyai satu langganan aktif. Anda boleh sama ada menukarkan langganan Office 365 Home anda kepada Office 365 Personal atau Office 365 University atau anda boleh menunggu sehingga langganan semasa anda tamat sebelum mengaktifkan langganan Office 365 Personal atau Office 365 University anda.

Apabila tarikh tamat semakin hampir, anda akan menerima pemberitahuan dalam aplikasi Office dan melalui e-mel, memberi amaran kepada anda tentang tamat tempoh yang akan datang. Jika anda memilih untuk membiarkan langganan anda tamat, aplikasi perisian Office akan memasuki mod fungsi baca sahaja, yang bermakna anda boleh melihat atau mencetak dokumen tetapi anda tidak boleh mencipta dokumen baru atau mengedit dokumen sedia ada.

Untuk kembali kepada kefungsian Office yang lengkap, anda boleh membeli versi Office yang baru dengan melawati www.office365.com atau mana-mana penjual yang mengambil bahagian. Anda juga boleh kembali kepada kefungsian lengkap menggunakan versi Office yang lebih lama atau anda boleh menggunakan Office Online secara percuma untuk pengeditan asas.

Pembaharuan, pembatalan dan pengebilan

Tunjukkan semua

Anda akan diberitahu sebelum anda dicaj apabila tiba masanya untuk memperbaharui langganan tahunan. Jika anda mendaftar untuk langganan bulanan, bayaran anda akan didebitkan secara automatik setiap bulan dan anda tidak akan diberitahu lebih awal. Anda boleh menukar kaedah bayaran anda atau membatalkan langganan pada bila-bila masa dengan mendaftar masuk ke www.office.com/myaccount dengan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk setkan langganan.

Anda mempunyai beberapa opsyen untuk memperbaharui. Tanpa mengambil kira pilihan yang anda buat, pastikan anda memperbaharui menggunakan akaun Microsoft yang sama yang digunakan semasa anda setkan langganan.

  • Jika pembaharuan secara automatik didayakan untuk langganan anda, langganan anda akan diperbaharui secara automatik. Seting pembaharuan secara automatik ditunjukkan di bahagian pembayaran dan pengebilan www.office.com/myaccount. Jika anda tidak nampak seting pembaharuan secara automatik anda tetapi nampak "Dibeli daripada [Nama Penjual]", ikut pautan "Urus maklumat pembayaran dan pengebilan" untuk mengesahkan seting pembaharuan automatik anda dengan penjual tersebut.
  • Jika pembaharuan secara automatik tidak didayakan, lawati MicrosoftStore.com untuk membeli langganan pembaharuan secara automatik Office 365. Masa tambahan akan ditambahkan secara automatik pada baki masa pada langganan sedia ada anda.
  • Untuk memperbaharui melalui peruncit yang menjual Office 365 kepada anda, pergi semula ke peruncit tersebut dan beli langganan setahun prabayar yang lain. Ikut arahan penyediaan yang disertakan dalam bungkusan – ia sama dengan penyediaan langganan baru. Tahun tambahan akan ditambahkan secara automatik pada baki masa langganan sedia ada anda.

Ya. Apabila anda memperbaharui lebih awal untuk pelan Office 365 yang sama yang anda sudah miliki, masa tambahan akan ditambahkan pada langganan semasa anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai baki dua bulan pada langganan semasa anda untuk Office 365 Home dan anda memperbaharui selama setahun (12 bulan), langganan anda akan berjalan selama 14 bulan.

  • Jika anda membeli langganan pembaharuan secara automatik daripada Microsoft melalui MicrosoftStore.com atau Office365.com, anda mempunyai dua opsyen untuk membuat pembatalan:
    • Anda boleh membatalkan dalam talian dengan melawati www.office.com/myaccount dan mematikan opsyen pembaharuan secara automatik di bahagian pembayaran dan pengebilan. Dengan pendekatan ini, langganan anda akan tamat secara automatik apabila baki masa langganan anda tamat.
    • Untuk membatalkan dengan segera, hubungi sokongan Microsoft dan minta pembatalan segera.
  • Jika anda membeli langganan pembaharuan secara automatik daripada Apple melalui iTunes Store, anda perlu membatalkan langganan anda dengan Apple. Ketahui lebih lanjut.
  • Jika anda membeli langganan pembaharuan secara automatik daripada penjual lain, anda harus membatalkan langganan anda dengan penjual tersebut. Anda boleh mengesahkan perkara ini dengan melawati www.office.com/myaccount dan lihat di bahagian pembayaran dan pengebilan. Jika anda ihat "Dibeli daripada [Nama Penjual]," anda perlu membatalkan langganan anda dengan penjual tersebut.

Pembaharuan secara automatik adalah cara paling mudah untuk memastikan perkhidmatan yang berterusan. Anda boleh menyediakan pembaharuan secara automatik bulanan atau tahunan dengan melawati www.office.com/myaccount.

Jika anda mempunyai langganan bulanan, anda boleh menjimatkan wang dengan menukarnya kepada langganan tahunan. Untuk berbuat demikian, lawati halaman Beli Office dan pilih opsyen langganan tahunan bagi pelan yang anda langgani. Setelah anda melengkapkan langkah pembelian, akaun anda akan dikemas kini kepada pengebilan tahunan secara automatik.

Sokongan dan sumber

Tunjukkan semua

Lawati Sokongan Microsoft untuk bantuan berkenaan isu teknikal, termasuk:

  • Status pesanan
  • Pengebilan
  • Muat Turun
  • Kunci produk
  • Pemasangan/nyah-pemasangan
  • Pengaktifan produk
  • Penggunaan produk

Untuk kandungan bantuan dan cara, lawati www.office.com/support. Untuk latihan berasaskan video percuma, lawati www.office.com/training.

iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.