Office 365
Office 365

Soalan lazim Office 365

Soalan lazim Office 365

Cari jawapan kepada soalan lazim mengenai Office dan Office 365. Lawati Office 365 untuk Soalan Lazim perniagaan untuk lebih banyak soalan dan jawapan bagi pengguna perniagaan.
Cari jawapan kepada soalan lazim mengenai Office dan Office 365. Lawati Office 365 untuk Soalan Lazim perniagaan untuk lebih banyak soalan dan jawapan bagi pengguna perniagaan.

Soalan teratas

Soalan teratas

TunjukkanSembunyikan
Apakah perbezaannya antara suite Office 2013 dan pelan Office 365?
Suite Office 2013 termasuk aplikasi seperti Word, Excel, PowerPoint dan Outlook; ia tersedia sebagai pembelian satu kali untuk digunakan pada satu PC.

Pelan Office 365 juga termasuk aplikasi-aplikasi tersebut serta khidmat lain yang didayai di Internet, termasuk storan dalam talian dengan OneDrive dan minit Skype untuk kegunaan rumah. Dengan Office 365 anda mendapat pengalaman Office yang dipasang penuh pada PC, Mac, tablet (termasuk iPad dan tablet Android) dan telefon. Pelan Office 365 tersedia sebagai langganan bulanan atau tahunan.

Lihat apa yang baru dalam aplikasi Office.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimana saya tahu sama ada komputer saya boleh menjalankan Office?
Office menyokong PC yang menjalankan Windows 7 atau lebih tinggi dan Mac yang menjalankan Mac OS X 10.6 atau lebih tinggi. Untuk maklumat lanjut, termasuk keperluan bagi iPad dan tablet Android, lihat keperluan penuh sistem.
TunjukkanSembunyikan
Adakah Office akan sama pada PC, Mac dan peranti mudah alih?
Tidak. Aplikasi Office disesuaikan untuk berfungsi dengan terbaik pada setiap platform dan peranti. Aplikasi Office disediakan untuk pengguna Mac dan nombor versi mungkin berbeza daripada yang disediakan untuk pengguna PC.
TunjukkanSembunyikan
Adakah seseorang yang mempunyai versi Office lebih awal membuka dokumen yang saya cipta menggunakan Office 365 atau Office 2013?
Pengguna Office 2007, Office 2010, Office 365 atau Office 2013 boleh membuka dokumen yang dicipta tanpa sebarang tindakan tambahan. Pelanggan yang menggunakan versi Office lebih awal mungkin perlu muat turun dan pasang pek yang serasi.
TunjukkanSembunyikan
Adakah saya dapat mengawal dokumen saya dengan langganan Office 365?
Ya. Dokumen yang anda cipta menjadi milik anda sepenuhnya. Anda boleh memilih untuk menyimpannya dalam talian pada OneDrive atau setempat pada PC atau Mac anda. Pelajari apa yang berlaku sekiranya anda membatalkan langganan anda.
TunjukkanSembunyikan
Adakah akses Internet diperlukan untuk Office?
Akses Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua pelancaran terkini suite Office dan semua pelan langganan Office 365. Untuk pelan Office 365, akses Internet juga diperlukan untuk mengurus akaun langganan anda, sebagai contoh, untuk memasang Office pada PC lain atau untuk menukar pilihan pengebilan. Akses Internet juga diperlukan untuk mengakses dokumen-dokumen yang disimpan pada OneDrive, melainkan anda memasang OneDrive desktop app. Anda juga harus menyambung kepada Internet secara tetap untuk memastikan versi Office anda adalah yang terkini melalui peningkatan secara automatik. Jika anda tidak menyambung kepada Internet sekurang-kurangnya setiap 39 hari, aplikasi anda akan memasuki mod kurang fungsi, yang bermakna bahawa anda boleh melihat atau mencetak dokumen anda tetapi tidak boleh mengedit atau mencipta dokumen baharu. Untuk mengaktifkan semula aplikasi Office anda, hanya perlu menyambung semula kepada Internet.
Anda tidak perlu menyambung kepada Internet untuk menggunakan aplikasi Office, seperti Word, Excel, dan PowerPoint kerana aplikasi tersebut dipasang sepenuhnya pada komputer anda.
TunjukkanSembunyikan
Apakah itu akaun Microsoft dan mengapakah saya perlu mencuba atau membeli Office?
Akaun Microsoft anda ialah kombinasi alamat e-mel dan kata laluan yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke perkhidmatan seperti Hotmail, OneDrive, Windows Phone, Xbox LIVE, dan Outlook.com. Jika anda menggunakan sebarang perkhidmatan ini, anda sudah pun mempunyai akaun Microsoft yang anda boleh gunakan atau anda boleh mencipta akaun baharu. Ketahui lebih lanjut tentang akaun Microsoft. Sebagai sebahagian daripada pendaftaran untuk percubaan atau pembelian Office, anda akan digesa untuk mendaftar masuk dengan akaun Microsoft. Anda mesti mendaftar masuk dengan akaun ini untuk memasang dan mengurus perisian Office anda atau untuk menggunakan beberapa faedah langganan, termasuk storan OneDrive dan minit Skype.

Perihal percubaan Office

Perihal percubaan Office

TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya mencuba Office sebelum membelinya?
Ya. Anda boleh mendaftar untuk mencuba Office 365 Home atau Office 365 Personal secara percuma selama sebulan di laman web Office. (Harap maklum bahawa kad kredit diperlukan untuk percubaan percuma. Ketahui lebih lanjut.) Percubaan ini memberi anda akses kepada semua ciri Office 365 Home dan Office 365 Personal kecuali 1 TB storan tambahan OneDrive. Ia termasuk:
  • Aplikasi desktop Office penuh (Word, PowerPoint, Excel, OneNote dan Outlook serta Publisher dan Access for Windows PC).
  • Keupayaan untuk mengedit dan menyimpan dalam aplikasi Office untuk iPad ((Word, PowerPoint, dan Excel).
  • 60 minit dunia Skype yang anda boleh gunakan untuk menghubungi telefon mudah alih di 8 buah negara/rantau dan talian darat di 63 buah negara/rantau. Lihat senarai.
Storan tambahan 1 TB OneDrive yang tidak disertakan dalam percubaan ditambah kepada akaun anda apabila anda mula membayar bagi langganan anda.
TunjukkanSembunyikan
Apakah langkah-langkah yang perlu saya ambil untuk mendaftar bagi percubaan ini?
  • 1. Cipta atau daftar masuk dengan akaun Microsoft sedia ada. Apakah akaun Microsoft?
  • 2. Sediakan maklumat bayaran untuk mendayakan bayaran bulanan pada masa hadapan. Kad kredit antarabangsa dan PayPal (dalam sesetengah pasaran) diterima.
  • 3. Kaedah bayaran yang anda sediakan akan dikenakan caj secara automatik pada penghujung bulan percuma pertama bagi memastikan anda tidak mengalami sebarang gangguan dengan perkhidmatan anda. Anda boleh membuat pembatalan dalam talian tanpa dikenakan denda sebelum percubaan anda tamat dengan melawat www.office.com/myaccount dan mematikan pembaharuan secara automatik di bahagian pembayaran dan pengebilan.
  • 4. Sebaik saja kaedah bayaran anda disahkan, anda akan dipindahkan ke www.office.com/myaccount untuk memasang Office.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah saya membatalkan percubaan saya sebelum ia tamat?
Jika anda telah mendaftar untuk percubaan melalui laman web Office, lawati www.office.com/myaccount dan matikan pilihan pembaharuan secara automatik di bahagian pembayaran dan pengebilan. Dengan pendekatan ini, percubaan akan tamat secara automatik apabila bulan anda tamat dan kad kredit anda tidak akan dikenakan caj.
Jika anda telah mendaftar untuk percubaan dengan mengklik ikon pada PC baharu anda, percubaan anda tamat secara automatik selepas sebulan; tidak perlu membatalkannya. Apabila percubaan tamat, anda akan diprom untuk memilih versi Office yang anda mahu beli.
TunjukkanSembunyikan
Apakah yang berlaku apabila percubaan saya tamat?
Ia bergantung pada cara anda mendaftar untuk percubaan tersebut:
  • Jika anda telah mendaftar melalui laman web Office dan jika pembaharuan secara automatik didayai di bahagian pembayaran dan pengebilan www.office.com/myaccount, perkhidmatan anda akan berterusan tanpa gangguan dan kaedah bayaran anda akan dikenakan caj secara automatik pada penghujung percubaan dan selepas itu, pada setiap bulan.
Anda tidak perlu memasang semula Office dan storan tambahan 1 TB OneDrive akan ditambah secara automatik kepada akaun anda apabila percubaan tersebut tamat.
  • Jika anda mendaftar dengan mengklik ikon pada PC baharu anda, percubaan anda tamat secara automatik selepas sebulan; tidak perlu untuk membatalkannya. Apabila percubaan tamat, anda akan diprom untuk memilih versi Office mana yang anda mahu beli.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya mendaftar untuk percubaan lain dengan langganan yang berbeza?
Tidak secara serta merta. Sebagai contoh, jika anda telah mencuba Office 365 Personal, anda tidak boleh mendaftar untuk percubaan Office 365 Home. Walau bagaimanapun, setahun selepas percubaan atau langganan berbayar anda tamat, anda boleh mendaftar untuk percubaan baharu.

Sokongan bahasa untuk Office

Sokongan bahasa untuk Office

TunjukkanSembunyikan
Produk Office yang mana disediakan di negara/rantau saya?
Pelan Office 365 tersedia di kebanyakan negara/rantau. Di negara/rantau di mana tidak terdapat pelan Office 365, anda masih boleh membeli suite Office 2013. Apabila membeli Office 365, adalah penting untuk anda memilih negara/rantau di mana anda akan dibilkan dan di mana anda akan menggunakan perisian tersebut. Memilih negara/rantau yang berlainan boleh menyebabkan masalah dengan persediaan dan pembaharuan langganan.
  • Untuk PC yang menjalankan Windows: Bahasa Arab, Bulgaria, Cina Ringkas, Cina Tradisional, Croatia, Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Hebrew, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Kazakh, Korea, Latvia, Lithuania, Malaysia, Norwegia (Bokmål), Poland, Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Serbia (Latin), Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Thailand, Turki, Ukraine dan Vietnam.
  • Untuk Mac: Bahasa Inggeris, Jepun, Perancis, Rusia, Jerman, Sepanyol, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Belanda, Itali, Sweden, Denmark, Poland, Norwegia (Bokmål), Finland.
TunjukkanSembunyikan
Dalam bahasa apakah Office disediakan?
Office disediakan dalam bahasa yang disenaraikan di bawah. Bukan semua bahasa disediakan di semua negara/rantau.
  • Untuk PC yang menjalankan Windows: Bahasa Arab, Bulgaria, Cina Ringkas, Cina Tradisional, Croatia, Czech, Denmark, Belanda, Inggeris, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greek, Hebrew, Hindi, Hungary, Indonesia, Itali, Jepun, Kazakh, Korea, Latvia, Lithuania, Malaysia, Norwegia (Bokmål), Poland, Portugis (Portugal), Romania, Rusia, Serbia (Latin), Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Thailand, Turki, Ukraine dan Vietnam.
  • Untuk Mac: Bahasa Inggeris, Jepun, Perancis, Rusia, Jerman, Sepanyol, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Belanda, Itali, Sweden, Denmark, Poland, Norwegia (Bokmål), Finland.
Nota: Outlook for Mac untuk Office 365 tidak tersedia pada masa ini di Turki. Versi Office 2011 untuk Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan OneNote for Mac tersedia di Turki tetapi dalam bahasa Inggeris sahaja.
TunjukkanSembunyikan
Adakah saya boleh menggunakan Office dalam bahasa selain daripada yang saya beli pada asalnya?
Microsoft memberikan penyelesaian yang ringkas serta menjimatkan kos bagi pengguna berbilang bahasa, keluarga dan perniagaan kecil.
  • Office 365: Setiap kali anda memasang Office pada PC atau Mac tambahan di www.office.com/myaccount, anda boleh memilih bahasa untuk memasang Office.
  • Suite Office 2013: Ketahui mengenai pilihan lain untuk menggunakan Office dalam bahasa selain daripada yang anda beli pada asalnya di www.office.com/language.

Mengenai OneDrive

Mengenai OneDrive

TunjukkanSembunyikan
Apakah OneDrive?
OneDrive ialah perkhidmatan storan dalam talian yang anda boleh gunakan untuk menyimpan dokumen, nota, foto, muzik, video atau fail jenis lain. Dengan OneDrive anda boleh mengakses fail-fail anda daripada hampir sebarang peranti dan anda boleh berkongsinya dengan orang lain. Semua pengguna OneDrive menerima storan 15 GB dengan OneDrive secara percuma. Had saiz fail ialah 10 GB (bagi setiap fail). Daftar untuk OneDrive.
TunjukkanSembunyikan
Berapa banyakkah storan OneDrive yang saya dapat dengan Office 365?
Jumlah storan tambahan yang anda dapat bergantung pada langganan anda:
  • Pelanggan dengan langganan aktif Office 365 Personal atau Office 365 University menerima storan tambahan 1 TB OneDrive untuk setiap langganan.
  • Pelanggan dengan langganan aktif Office 365 Home menerima storan tambahan 1 TB OneDrive bagi setiap pengguna, sehingga 5 pengguna. Setiap pengguna tambahan mesti mempunyai akaun Microsoft dan ditambah kepada langganan di www.office.com/myaccount.
  • Storan tambahan ini tidak tersedia semasa percubaan Office.
Storan tambahan diguna pakai untuk akaun OneDrive yang dipaut kepada akaun Microsoft yang digunakan untuk mencipta langganan Office 365. Untuk Office 365 Home, storan tersebut terikat pada akaun Microsoft ahli rumah yang telah ditambah pada langganan tersebut.
TunjukkanSembunyikan
Dengan akaun Microsoft manakah harus saya daftar masuk apabila menggunakan OneDrive?
Untuk mengakses dokumen yang disimpan pada OneDrive, daftar masuk ke Office dengan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk menyediakan Office 365. Jika anda telah berkongsi langganan Office 365 Home anda dengan ahli rumah anda yang lain, mereka harus mendaftar masuk dengan akaun Microsoft mereka. Ketahui lebih lanjut tentang mendaftar masuk ke Office. Anda juga boleh mendaftar masuk ke OneDrive secara langsung di OneDrive.com.
TunjukkanSembunyikan
Adakah dokumen saya yang disimpan pada OneDrive juga tersedia di luar talian?
Untuk mengakses dokumen yang disimpan pada OneDrive di luar talian, anda boleh memasang aplikasi desktop OneDrive. Aplikasi ini mencipta folder pada PC anda yang menyegerakkan dokumen secara automatik antara OneDrive dan komputer anda, supaya anda boleh bekerja menggunakan dokumen anda di luar talian dan yakin ia sentiasa segerak.
TunjukkanSembunyikan
Apakah yang berlaku kepada fail-fail yang saya simpan dalam OneDrive jika langganan saya tamat?
Jika anda membatalkan langganan anda atau sekiranya ia tamat, anda masih boleh mengakses dan memuat turun semua fail anda dengan mendaftar masuk ke OneDrive secara langsung menggunakan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk menyediakan Office 365. Anda akan kehilangan storan tambahan, oleh itu anda mesti menyimpan fail anda di tempat lain atau membeli lagi storan OneDrive jika akaun OneDrive anda melebihi 15 GB storan percuma.
TunjukkanSembunyikan
Saya menyahaktifkan perkongsian langganan untuk ahli rumah. Apakah yang berlaku kepada dokumen-dokumen yang mereka simpan dalam OneDrive?
Mereka akan kehilangan storan tambahan OneDrive tetapi mereka masih boleh mengakses dan memuat turun semua fail. Jika akaun OneDrive mereka melebihi 15 GB percuma, mereka perlu menyimpan fail di tempat lain atau membeli lagi storan OneDrive.

Mengenai minit Skype

Mengenai minit Skype

TunjukkanSembunyikan
Apakah minit Skype?
Dengan minit Skype anda boleh menghubungi rakan atau keluarga pada telefon mudah alih atau talian darat mereka, sama ada mereka mempunyai akaun Skype atau pun tidak.
Anda boleh menggunakan minit Skype daripada sebarang peranti di mana anda telah memasang Skype, sama ada telefon mudah alih, tablet, TV atau peranti lain anda, tertakluk kepada ketersediaan di negara/rantau. Setiap langganan Office 365 yang aktif berhak menerima 60 minit Skype/sebulan, bagi setiap pengguna, elaun ini ditetapkan semula setiap bulan.
TunjukkanSembunyikan
Negara/rantau manakah yang disertakan dengan minit Skype?
Anda boleh menghubungi negara/rantau berikut:
Talian darat dan telefon mudah alih: Kanada, China, Guam, Hong Kong, SAR, Puerto Rico, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.
Talian darat sahaja: Andorra, Argentina, Australia, Austria, Belgium, Brazil, Brunei, Bulgaria, Chile, China, Croatia, Colombia (tidak termasuk Lex), Costa Rica, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Guadeloupe, Hungary, Iceland, Indonesia (Jakarta), Ireland, Israel, Itali, Jepun, Korea, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Morocco, Netherlands, New Zealand, Norway, Panama, Paraguay, Peru, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Turki, United Kingdom dan Venezuela.
Minit Skype tidak disertakan dengan Office 365 di Algeria, Armenia, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh, Belarus, China, Côte d’Ivoire, Mesir, Ghana, India, Kazakhstan, Korea, Kuwait, Lebanon, Libya, Morocco, Namibia, Pakistan, Qatar, Rusia, Taiwan, Tunisia dan Emiriah Arab Bersatu.
Sila ambil perhatian bahawa nombor khas, premium dan bukan geografi tidak diliputi oleh minit Skype. Selain itu, tidak boleh membuat panggilan kecemasan.
TunjukkanSembunyikan
Adakah saya boleh menggunakan minit Skype untuk menghubungi negara/rantau yang tidak disertakan?
Skype menawarkan pelbagai pilihan langganan dan bayar apabila anda dalam perjalanan untuk menambah minit Skype. Lawati www.skype.com untuk butiran lanjut.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan minit Skype saya?
Anda boleh memilih untuk menggunakan minit Skype anda pada akaun Skype baharu atau yang sedia ada. Untuk mengaktifkan minit Skype anda, lawati www.office.com/myaccount dan kemudian ikuti arahan di skrin untuk mencipta akaun Skype baharu atau menggunakan yang sedia ada. Anda akan melihat pengesahan di www.office.com/myaccount apabila minit telah diaktifkan.
Sebaik saja anda telah mengaktifkan akaun anda, anda boleh menukar akaun Skype yang dikaitkan dengan minit Skype anda, sekali setahun. Untuk melakukan ini, anda mesti menyahaktifkan dahulu minit Skype anda daripada akaun sedia ada dan kemudian mengaktifkan akaun Skype baharu atau yang lain. Untuk melakukan ini, lawati www.office.com/deactivateskype dan ikuti arahan di skrin untuk menyahaktifkan akaun anda. Sebaik saja selesai, lawati www.office.com/myaccount untuk mengaktifkan akaun Skype baharu atau yang lain.

Office 365 University

Office 365 University

TunjukkanSembunyikan
Apakah Office 365 University?
Office 365 University ialah langganan empat tahun untuk pelajar universiti dan kolej yang mendaftar sepenuh dan separuh masa, fakulti dan kakitangan di institusi berakreditasi. Alumni institusi-institusi ini tidak layak.
Selepas membeli Office 365 University di peruncit yang mengambil bahagian, anda perlu pergi ke dalam talian untuk mengesahkan kelayakan anda untuk mengaktifkan Office. Anda juga tertakluk kepada Terma Lesen Perisian Microsoft untuk Langganan Pelanggan Office--Tambahan kepada Perjanjian Perkhidmatan Dalam Talian Microsoft dan perlu menerima perjanjian sebelum mengaktifkan produk. Akses Internet diperlukan kerana pengesahan akademik dan penebusan berlaku dalam talian.
TunjukkanSembunyikan
Di negara/rantau manakah terdapat Office 365 University?
Office 365 University tersedia di negara/rantau berikut: Australia, Austria, Belgium, Brazil, Bulgaria, Kanada, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, France, Jerman, Greece, Hong Kong SAR, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Israel, Itali, Korea, Kuwait, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Netherlands, New Zealand, Norway, Oman, Filipina, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Afrika Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, Turki, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Office 365 University akan tersedia di setiap negara/rantau yang disenaraikan apabila Office baharu dikeluarkan di negara/rantau tersebut.

Muat turun dan pasang Office

Muat turun dan pasang Office

TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah caranya saya memasang Office?
Untuk memasang Office 365, lawati www.office.com/myaccount pada PC atau Mac yang anda ingin pasang Office, daftar masuk dengan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk membeli langganan tersebut dan kemudian ikuti arahan untuk memasang Office.
Untuk memasang suite Office 2013, ikuti arahan yang disediakan pada bungkusan Office anda. Dalam kebanyakan kes, anda perlu melawat www.office.com/setup dan ikuti arahan pada skrin untuk memuat turun perisian ke komputer anda.
TunjukkanSembunyikan
Bolehkah saya pasang Office pada Mac saya?
Ya. Aplikasi Office yang disediakan untuk Mac ialah Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan OneNote. Aplikasi Publisher dan Access tidak disediakan untuk Mac. Versi aplikasi Office semasa untuk Office 365 ialah Office 2013 untuk Windows dan Office 2011 untuk Mac. Pelanggan dengan langganan aktif berhak kepada versi terkini apabila ada.
TunjukkanSembunyikan
Berapa lamakah masa yang diambil untuk memuat turun dan memasang Office?
Semua versi Office baharu untuk Windows PC menggunakan teknologi penstriman yang membolehkan anda menggunakan aplikasi Office sebelum pemasangan selesai. Kelajuan muat turun sebenar bagi Office bergantung pada kelajuan sambungan Internet anda; sambungan Internet jalur lebar disarankan bagi pengalaman muat turun yang terbaik.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah saya mengakses aplikasi saya setelah memasang Office?
Ikon untuk aplikasi Office dicipta apabila anda memasang Office. Anda boleh memulakan aplikasi tersebut dengan mengklik ikon-ikon yang dipasang di lokasi-lokasi yang berikut:
  • Windows
    • Windows 7: Menu mula
    • Windows 8: Skrin mula dan pandangan Aplikasi (pandangan di bawah skrin Mula yang termasuk semua aplikasi yang dipasang pada PC)*
    • Windows 8.1: Pandangan aplikasi*
*Jika anda tidak menemui ikon anda di Windows 8 atau Windows 8.1, pergi ke skrin Mula dan taip nama aplikasi yang anda ingin lancarkan (sebagai contoh, Word).
Anda juga boleh sematkan pintasan aplikasi ke skrin Mula atau palang tugas desktop anda supaya mudah diakses. Ketahui lebih lanjut
  • Mac OS X
    • 10.6 (Harimau Bintang Salji): Dok
    • 10.7 (Singa): Dok dan Pelantar Pelancar
    • 10.8 (Singa Gunung): Dok dan Pelantar Pelancar
    • 10.9 (Pengingkar): Dok dan Pelantar Pelancar
TunjukkanSembunyikan
Adakah saya perlu memasang versi Office 32-bit atau 64-bit?
Versi Office 32 bit dipasang secara lalai. Walaupun komputer anda menjalankan versi Windows 64 bit, kami menyarankan anda memasang versi Office 32 bit kerana ia lebih serasi dengan aplikasi-aplikasi dan tambahan-tambahan yang berfungsi dengan Office. Jika anda mahu memasang versi Office 64 bit, anda boleh berbuat demikian dengan melawat www.office.com/myaccount dan mengikuti arahan di skrin untuk memasang versi 64 bit. Tidak mungkin untuk memasang versi Office 62 bit dan 32 bit pada komputer yang sama.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah saya boleh menukar peranti mana yang dipasang dengan Office 365?
Jika anda telah memasang Office pada bilangan maksimum PC, Mac atau tablet dan mahu menggunakan Office pada peranti yang berbeza, anda boleh menyahaktifkan peranti dengan melawat www.office.com/myaccount, selepas itu anda boleh memasang Office pada peranti baharu. Salinan Office pada peranti yang anda nyahaktifkan akan kembali kepada mod baca saja, yang bermakna dokumen boleh dilihat tetapi tidak boleh diedit. Anda tidak akan kehilangan sebarang dokumen yang anda simpan setempat di peranti asal.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah caranya saya menyahpasang Office?
Untuk nyahpasang Office, lawati dahulu www.office.com/myaccount dan ikuti arahan di skrin untuk menyahaktifkan Office. Menyahaktifkan Office meninggalkan aplikasi Office pada PC anda dalam mod baca sahaja, yang bermakna anda boleh melihat dokumen tetapi tidak boleh mengedit atau menyimpannya dan anda tidak boleh mencipta dokumen baharu. Untuk mengalih keluar Office sepenuhnya, pergi ke Panel Kawalan PC anda dan nyahpasang Office. Untuk Mac, iPad dan tablet Android, ikuti arahan pada peranti tersebut untuk nyahpasang aplikasi.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan salinan sandaran bagi produk Office saya?
Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan sandaran untuk produk Office anda:
  • Pelanggan Office 365 boleh memuat turun atau memasang semula dari www.office.com/myaccount.
  • Anda boleh memesan salinan sandaran DVD untuk produk Office keluaran terkini dengan bayaran. Lawati www.office.com/backup untuk maklumat.
Salinan sandaran tidak boleh dikirim ke negara/rantau berikut: Bhutan, Brazil, China, Cocos (Keeling) Islands, Cook Islands, French Southern and Antarctic Lands, Heard Island and McDonald Islands, Iraq, Jan Mayen, Kiribati, Libya, Micronesia, Myanmar, Nauru, Nepal, Niue, Palau, Pitcairn Islands, Saba, Samoa, Sint Eustatius, Timor Leste, Tokelau, Wallis dan Futuna.
TunjukkanSembunyikan
Aplikasi mudah alih apakah yang tersedia untuk Office?
Office menyediakan aplikasi yang berikut:
  • Office untuk iPad: Lihat, cipta, dan edit dokumen dengan aplikasi mesra sentuhan Word, Excel, dan PowerPoint. Anda mendapat pengalaman teras Office secara percuma dengan Office untuk iPad. Ciri-ciri premium memerlukan langganan Office 365 yang layak. Lawati www.office.com/information untuk maklumat lanjut tentang tablet dan peranti mudah alih yang serasi.

    Anda boleh melihat dokumen secara percuma dengan Office for iPad. Mengedit adan mencipta dokumen memerlukan langganan Office 365 yang layak: Office 365 Home, Office 365 Personal, Office 365 University, Office 365 Business, Office 365 Business Premium, Office 365 Enterprise, Office 365 Enterprise E3 dan E4 (Harga Kerajaan), Office 365 Government E3 dan E4, Office 365 Education E3 dan E4 for Students, Office 365 Education E3 dan E4 for Faculty atau Office 365 ProPlus.

  • Office for iPhone*: Lihat, cipta dan edit dokumen Office dengan aplikasi mesra sentuhan Word, Excel dan PowerPoint. Anda mendapat pengalaman Office teras secara percuma untuk iPhone. Ciri premium memerlukan langganan Office 365 yang layak. Lawati www.office.com/information untuk maklumat lanjut tentang tablet dan peranti mudah alih yang serasi.
  • Office for Android tablet*: Lihat, cipta dan edit dokumen Office dengan aplikasi mesra sentuhan Word, Excel dan PowerPoint. Anda mendapat pengalaman Office teras secara percuma untuk tablet Android. Ciri premium memerlukan langganan Office 365 yang layak. Lawati www.office.com/information untuk maklumat lanjut tentang tablet dan peranti mudah alih yang serasi.
  • Office Mobile: Lihat, cipta, dan edit dokumen dengan aplikasi mesra sentuhan Word, Excel, dan PowerPoint. Anda mendapat pengalaman teras Office secara percuma dengan Office untuk iPad. Ciri-ciri premium memerlukan langganan Office 365 yang layak. Lawati www.office.com/information untuk maklumat lanjut tentang tablet dan peranti mudah alih yang serasi.

    Untuk mengedit atau mencipta dokumen atau untuk mengakses dokumen yang disimpan dalam SharePoint dan OneDrive for Business di premis, anda perlu mempunyai pelan Office 365 yang layak: Office 365 Business, Office 365 Business Premium, Office 365 Enterprise, Office 365 Enterprise E3 dan E4 (Harga Kerajaan), Office 365 Government E3 dan E4, Office 365 Education E3 dan E4 for Students, Office 365 Education E3 dan E4 for Faculty, Office 365 ProPlus dan Office 365 University.

  • Outlook Mobile: Windows Phone 8 termasuk versi yang diprapasang bagi Outlook yang anda boleh gunakan untuk mengakses Outlook.com, Office 365 atau e-mel Exchange.
  • OneNote: Anda boleh menggunakan aplikasi OneNote mudah alih untuk mengakses nota anda semasa bergerak. Aplikasi ini disediakan pada Windows Phone 8, iPhone, iPad dan telefon Android.
  • OWA: Jika anda mempunyai langganan Office 365 yang termasuk Exchange Online, anda boleh menggunakan aplikasi OWA untuk menyusun, mengimbas dan menjawab e-mel dan terus mengikuti jadual anda. Aplikasi ini disediakan pada iPhone dan iPad.
  • Lync Mobile: Jika organisasi anda menggunakan versi terbaharu bagi Lync, anda boleh menggunakan Lync mudah alih untuk terus berhubung semasa menggunakan peranti mudah alih anda. Aplikasi ini disediakan pada Windows Phone 8, iPhone, iPad dan telefon Android.
  • Suapan Berita SharePoint: Jika organisasi anda menggunakan versi terbaharu SharePoint, anda boleh menggunakan aplikasi Suapan Berita SharePoint untuk mengakses suapan berita anda dari peranti mudah alih anda. Aplikasi ini disediakan pada Windows Phone 8, iPhone dan iPad.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah saya ingin pastikan saya sentiasa mempunyai aplikasi Office terkini?
Pelanggan Office 365 dengan langganan aktif sentiasa mendapat versi terkini aplikasi Office apabila ia tersedia. Apabila kami mengeluarkan versi baharu Office, anda akan dimaklumkan anda mempunyai pilihan untuk mengemas kini perisian anda ke versi terkini.

Menguruskan langganan Office 365 anda

Menguruskan langganan Office 365 anda

TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah saya boleh menguruskan langganan Office 365 saya?
Untuk mengurus maklumat pengebilan anda, memasang atau mengeluarkan Office dari PC atau Mac tambahan dan mengurus pemasangan anda bagi Office pada peranti lain pada bila-bila masa, lawati www.office.com/myaccount.
TunjukkanSembunyikan
Bilakah mulanya langganan saya?
Jika anda membeli langganan pembaharuan secara automatik, langganan anda bermula apabila anda melengkapkan pembelian anda. Langganan pembaharuan secara automatik boleh dibeli daripada Office365.com, MicrosoftStore.com, iTunes®, dan beberapa penjual lain. Jika anda membeli langganan pra bayar, langganan anda bermula apabila anda mengaktifkan langganan anda dan bertapak di halaman Akaun Saya anda, Langganan pra bayar boleh dibeli daripada peruncit atau penjual semula atau agen sokongan Microsoft.
TunjukkanSembunyikan
Boleh saya berkongsi manfaat langganan saya dengan ahli rumah saya?
Jika anda mempunyai langganan Office 365 Home, anda boleh berkongsinya dengan empat ahli seisi rumah anda. Setiap ahli seisi rumah yang anda berkongsi langganan anda boleh menggunakan sebarang pemasangan tersedia anda pada PC, Mac, tablet Android, tablet Windows atau iPad mereka, mendapat 1 TB storan OneDrive tambahan dan mengurus pemasangan mereka sendiri daripada www.office.com/myaccount.*
Untuk menambah seseorang kepada langganan anda, lawati www.office.com/myaccount dan ikuti arahan di skrin untuk menambah pengguna. Setiap oranng yang anda tambah akan menerima e-mel dengan langkah yang mereka perlu ikuti. Sebaik sahaja mereka telah menerima dan melengkapkan langkah-langkah tersebut, maklumat mereka, termasuk pemasangan yang mereka gunakan akan muncul pada halaman Akaun Saya anda. Anda boleh berhenti berkongsi langganan anda dengan seseorang atau keluarkan peranti yang mereka gunakan di www.office.com/myaccount.
TunjukkanSembunyikan
Apakah yang berlaku apabila saya menukarkan langganan saya daripada Office 365 Home kepada Office 365 Personal atau Office 365 University?
Akaun Microsoft anda hanya boleh mempunyai satu langganan aktif. Jika anda mengaktifkan langganan Office 365 Personal atau Office 365 University sebelum langganan Office 365 Home anda tamat tempoh, baki masa bagi langganan Office 365 Home anda akan ditukarkan kepada langganan Office 365 Personal atau Office 365 University (yang mana anda pilih). Walau bagaimanapun, anda hanya dibenarkan untuk memasang Office pada sebanyak mana peranti yang dibenarkan oleh pelan langganan baharu anda—1 PC atau Mac, serta 1 tablet untuk Office 365 Personal dan sehingga 2 PC, Mac atau tablet untuk Office 365 University. Dengan serta-merta, anda akan kehilangan manfaat Office 365 Home untuk memasang Office pada 5 PC dan/atau Mac dan 5 tablet. Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga langganan Office 365 Home anda tamat tempoh sebelum mengaktifkan langganan Office 365 Personal atau Office 365 University, dengan itu, anda tidak akan kehilangan pemasangan.
TunjukkanSembunyikan
Apakah yang berlaku apabila saya menukarkan langganan saya daripada Office 365 University kepada Office 365 Personal?
Akaun Microsoft anda hanya boleh mempunyai satu langganan aktif. Jika anda mengaktifkan langganan Office 365 Personal anda sebelum langganan Office 365 University anda tamat, baki masa bagi langganan Office 365 University anda akan ditukarkan kepada langganan Office 365 Personal. Walau bagaimanapun, anda akan dibenarkan untuk memasang Office pada sebanyak mana peranti yang pelan langganan baharu anda benarkan sahaja—1 PC atau Mac, serta 1 tablet untuk Office 365 Personal. Anda boleh memilih untuk menunggu sehingga langganan Office 365 University anda tamat sebelum mengaktifkan langganan Office 365 Personal anda supaya anda tidak akan kehilangan pemasangan.
TunjukkanSembunyikan
Apakah yang berlaku sekiranya saya membeli atau menebus berbilang langganan Office 365?
Akaun Microsoft anda hanya boleh mempunyai satu langganan yang dikaitkan dengannya. Jika anda menggunakan akaun Microsoft yang sama untuk membeli atau menebus berbilang langganan Office 365, anda melanjutkan jumlah masa bagi langganan anda, sehingga tempoh maksimum 5 tahun. Sila ambil perhatian bahawa dengan berbuat demikian tidak meningkatkan bilangan peranti yang boleh dipasang dengan Office atau meningkatkan jumlah storan dalam talian yang tersedia dengan langganan tersebut.
TunjukkanSembunyikan
Mengapakah saya tidak boleh mempunyai kedua-dua langganan Office 365 Home dan langganan Office 365 Personal atau Office 365 University?
Akaun Microsoft anda hanya boleh mempunyai satu langganan aktif. Anda boleh sama ada menukarkan langganan Office 365 Home anda kepada Office 365 Personal atau Office 365 University atau anda boleh menunggu sehingga langganan semasa anda tamat sebelum mengaktifkan langganan Office 365 Personal atau Office 365 University anda.
TunjukkanSembunyikan
Apakah yang berlaku apabila langganan saya tamat? Bagaimanakah saya boleh terus bekerja dengan dokumen saya?
Apabila tarikh tamat semakin hampir, anda akan menerima pemberitahuan dalam aplikasi Office dan melalui e-mel, memberi amaran kepada anda mengenai tamat tempoh yang akan datang. Jika anda memilih untuk membiarkan langganan anda tamat, aplikasi perisian Office akan memasuki mod fungsi baca sahaja, yang bermakna anda boleh melihat atau mencetak dokumen tetapi anda tidak boleh mencipta dokumen baharu atau mengedit dokumen sedia ada.
Untuk kembali kepada fungsi penuh Office, anda boleh membeli versi baharu Office dengan melawat www.office365.com atau sebarang peruncit yang mengambil bahagian. Anda juga boleh kembali kepada fungsi penuh menggunakan versi lama Office atau anda boleh menggunakan Office Online secara percuma untuk pengeditan asas.

Pembaharuan, pembatalan dan pengebilan

Pembaharuan, pembatalan dan pengebilan

TunjukkanSembunyikan
Adakah saya akan dimaklumkan sebelum saya dikenakan caj?
Anda akan dimaklumkan sebelum anda dicaj apabila tiba masanya untuk memperbaharui langganan tahunan. Jika anda mendaftar untuk langganan bulanan, bayaran anda akan didebitkan secara automatik setiap bulan dan anda tidak akan dimaklumkan terlebih dahulu. Anda boleh menukar cara pembayaran anda atau membatalkan langganan anda pada bila-bila masa dengan mendaftar masuk ke www.office.com/myaccount dengan akaun Microsoft yang anda gunakan untuk menyediakan langganan.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah saya memperbaharui langganan Office 365 saya?
Anda mempunyai beberapa pilihan untuk memperbaharui. Tanpa mengambil kira pilihan yang anda buat, pastikan untuk memperbaharui menggunakan akaun Microsoft yang sama yang anda gunakan semasa menyediakan langganan anda.
  • Jika pembaharuan secara automatik didayai untuk langganan anda, ia akan diperbaharui secara automatik. Tetapan pembaharuan secara automatik ditunjukkan di bahagian pembayaran dan pengebilan www.office.com/myaccount . Jika anda tidak melihat tetapan pembaharuan secara automatik anda tetapi melihat "Dibeli daripada [Nama Peruncit]", ikuti pautan "Urus maklumat pembayaran dan pengebilan" untuk mengesahkan tetapan pembaharuan automatik anda dengan peruncit tersebut.
  • Jika pembaharuan secara automatik tidak didayai, lawati MicrosoftStore.com untuk membeli langganan pembaharuan secara automatik Office 365. Masa tambahan akan ditambah secara automatik kepada baki masa pada langganan sedia ada anda.
  • Untuk memperbaharui melalui peruncit di mana anda membeli Office 365 anda, pergi semula ke peruncit tersebut dan beli langganan setahun pra bayar lain. Ikuti arahan penyediaan yang disertakan dalam bungkusan - ia sama dengan menyediakan langganan baharu. Tahun tambahan akan ditambah secara automatik kepada baki masa pada langganan sedia ada anda.
TunjukkanSembunyikan
Adakah saya akan menyimpan baki masa langganan saya jika saya memperbaharui lebih awal?
Ya. Apabila anda memperbaharui lebih awal untuk pelan Office 365 yang sama yang anda sudah pun ada, masa tambahan akan ditambah kepada langganan semasa anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai baki dua bulan pada langganan semasa anda untuk Office 365 Home dan anda memperbaharui selama setahun (12 bulan), langganan anda akan berjalan selama 14 bulan.
TunjukkanSembunyikan
Bagaimanakah saya membatalkan langganan pembaharuan secara automatik Office 365 saya?
  • Jika anda membeli langganan pembaharuan secara automatik daripada Microsoft melalui MicrosoftStore.com atau Office365.com, anda mempunyai dua pilihan untuk membuat pembatalan:
    • Anda boleh membatalkan dalam talian dengan melawat www.office.com/myaccount dan mematikan pilihan pembaharuan secara automatik di bahagian pembayaran dan pengebilan. Dengan pendekatan ini, langganan anda akan tamat secara automatik apabila baki masa langganan anda tamat.
    • Untuk membatalkan dengan segera, hubungi sokongan Microsoft dan minta pembatalan segera.
  • Jika anda membeli pembaharuan secara automatik daripada Apple melalui iTunes, anda perlu membatalkan langganan anda dengan Apple.Ketahui lebih lanjut.
  • Jika anda membeli langganan pembaharuan secara automatik daripada peruncit lain, anda mungkin perlu membatalkan langganan anda dengan peruncit tersebut. Anda boleh mengesahkan ini dengan melawat www.office.com/myaccount dan melihat di bahagian pembayaran dan pengebilan. Jika anda melihat "Membeli daripada [Nama Peruncit]", anda perlu membatalkan langganan anda dengan peruncit tersebut.
TunjukkanSembunyikan
Apakah pilihan pengebilan yang saya ada untuk langganan Office 365 saya?
Pembaharuan secara automatik ialah cara paling mudah untuk memastikan perkhidmatan yang berterusan. Anda boleh menyediakan pembaharuan bulanan atau tahunan secara automatik dengan melawat www.office.com/myaccount.
Jika anda mempunyai langganan bulanan, anda boleh menjimatkan wang dengan menukarnya kepada langganan tahunan. Untuk berbuat demikian, lawati halaman Office 365 Home dan memilih pilihan pembelian tahunan. Sebaik saja anda telah melengkapkan langkah-langkah pembelian, akaun anda akan dikemas kini secara automatik kepada pengebilan tahunan.

Sokongan dan sumber

Sokongan dan sumber

TunjukkanSembunyikan
Di manakah saya boleh mendapatkan sokongan teknikal?
Lawati Sokongan Microsoft untuk bantuan mengenai isu-isu teknikal, termasuk:
  • Status pesanan
  • Pengebilan
  • Muat turun
  • Kunci produk
  • Pemasangan/nyah-pemasangan
  • Pengaktifan produk
  • Penggunaan produk
TunjukkanSembunyikan
Adakah terdapat pilihan sokongan lain?
Untuk kandungan bantuan dan cara, lawati www.office.com/support. Untuk latihan berasaskan video percuma, lawati www.office.com/training.
iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagang berdaftar Apple Inc., didaftarkan di A.S. dan negara lain. Android ialah tanda dagang Google Inc.

{ "pmgControls": [{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper|.accordionBtn|.accordionContent|.showIcon|.hideIcon|.showHideAll"},

{"functionName":"CustomTooltip","params":""},

{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper1|.accordionBtn1|.accordionContent1|.showIcon1|.hideIcon1|.showHideAll1"},

{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper2|.accordionBtn2|.accordionContent2|.showIcon2|.hideIcon2|.showHideAll2"},

{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper3|.accordionBtn3|.accordionContent3|.showIcon3|.hideIcon3|.showHideAll3"},

{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper4|.accordionBtn4|.accordionContent4|.showIcon4|.hideIcon4|.showHideAll4"},

{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper5|.accordionBtn5|.accordionContent5|.showIcon5|.hideIcon5|.showHideAll5"},

{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper6|.accordionBtn6|.accordionContent6|.showIcon6|.hideIcon6|.showHideAll6"},

{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper7|.accordionBtn7|.accordionContent7|.showIcon7|.hideIcon7|.showHideAll7"},

{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper8|.accordionBtn8|.accordionContent8|.showIcon8|.hideIcon8|.showHideAll8"},

{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper9|.accordionBtn9|.accordionContent9|.showIcon9|.hideIcon9|.showHideAll9"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#8ee70995-404f-7f63-7414-481001eebbda|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#c68a803f-1026-879e-6b4b-767c6b50fb66|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#7c76c321-8d79-984c-3d2f-6b46beb5b169|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#d80eb93e-4b00-e9be-9e2e-6e3603b411df|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#24569d24-fe7f-bb12-3d4b-b0dd035c9c22|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#a16175fc-11f6-e4cc-0c3e-92f7d2dc6fc0|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#8536e41c-cd38-8be2-b6fb-feb4fad04f82|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#26fff723-57b2-044f-3dbb-5a1e95fc01c1|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#daf10633-6786-b87a-e809-b76de0273bdf|pmg-float-right|680"},

{"functionName":"AddDynaCss","params":"#fe49d6c2-5232-8aa1-0722-44bb86d1d0bc|pmg-float-right|680"}]}