Office 365 Home

Office untuk anda dan isi rumah anda

Office 365 Home ialah langganan yang dibangunkan untuk membantu anda dan ahli isi rumah anda menyelesaikan kerja hampir dari mana-mana saja pada sebarang peranti kegemaran anda.

Kini disertakan aplikasi Office 2016 baru untuk PC dan Mac anda.

{HomeAnnual|price}

setiap tahun

Simpan {HomeAnnual|save} dengan langganan tahunan

{HomeM2M|price}

setiap bulan

Atau cuba gunakannya secara percuma sekarang

Serasi dengan Windows 7 atau Windows tahap seterusnya, Office 2016 for Mac memerlukan Mac OS X 10.10. Akaun Microsoft diperlukan.

Aplikasi Office yang dipasang

Dapatkan aplikasi yang dipasang, yang anda ketahui dan percayai—Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher, Access.  Ikon petua alat, tanda seru yang dibulatkan yang apabila dituding akan memaparkan lebih banyak maklumat.

Kini disertakan aplikasi Office 2016 baru untuk PC dan Mac anda.

Berfungsi pada berbilang peranti

Dapatkan pengalaman Office yang dipasang pada 5 PC atau Mac, 5 tablet dan 5 telefon (termasuk peranti Windows, Apple® dan Android™). Ikon petua alat, tanda seru yang dibulatkan yang apabila dituding akan memaparkan lebih banyak maklumat.

Faedah langganan sehingga 5 pengguna

Setiap pengguna mendapat 1 TB storan awan OneDrive, serta 60 minit Skype bagi panggilan setiap bulan ke telefon mudah alih dan talian tetap. Ikon petua alat, tanda seru yang dibulatkan yang apabila dituding akan memaparkan lebih banyak maklumat.

Office 365 Home termasuk:

Aplikasi Office yang dipasang

Sentiasa dapatkan versi terkini yang dipasang bagi Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access, dan olah idea anda dengan cara terbaik—menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.

Berfungsi pada berbilang peranti

Berfungsi pada berbilang peranti

Dapatkan pengalaman Office yang dipasang pada 5 PC atau Mac, 5 tablet dan 5 telefon (termasuk peranti Windows, Apple® dan Android™).

Ketersediaan dan ciri aplikasi berbeza-beza mengikut platform dan peranti.

PC: Versi Office 2016 bagi Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access. Windows 7 atau lebih baru diperlukan.

Mac: Versi Office 2016 bagi Word, Excel, PowerPoint dan Outlook. Office 2016 for Mac memerlukan Mac OS X 10.10.

Tablet Windows: Versi Office 2016 bagi Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access. Windows 8 atau yang lebih baru diperlukan. Aplikasi Office Mobile (Word, Excel, PowerPoint dan OneNote) memerlukan Windows 10.

Telefon Windows: Aplikasi Office Mobile (Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook Mail dan Outlook Calendar) memerlukan Windows 10.

iOS: Office for iPad® dan iPhone® memerlukan iOS 8.0 atau lebih baru. Office for iPad Pro® memerlukan iOS 9.0 atau lebih baru.

Android: Office for Android™ tablet boleh dipasang pada tablet dan telefon yang memenuhi kriteria berikut: menjalankan Android KitKat versi 4.4 atau lebih baru dan mempunyai pemproses berasaskan ARM atau Intel x86.

Beberapa aplikasi mudah alih untuk iOS dan Android mempunyai ciri-ciri tambahan dengan langganan Office 365. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ciri-ciri tersebut, lawati www.office.com/information.

Office untuk seisi rumah

Office untuk seisi rumah

Kongsi faedah langganan anda, seperti pemasangan mudah pada peranti seisi rumah anda, storan tambahan dalam talian dan minit Skype bulanan untuk sehingga 4 ahli isi rumah anda.

Capaian dari mana-mana sahaja

Capaian dari mana-mana sahaja

Dapatkan 1 TB storan awan OneDrive setiap pengguna, sehingga 5 pengguna. Gunakan storan untuk dokumen, foto dan video, supaya anda boleh mengedit dan berkongsinya dari mana-mana sahaja, pada semua peranti anda.

Kekal berhubung dengan Skype

Kekal berhubung dengan Skype

Kekal berhubung dengan rakan dan keluarga anda di seluruh dunia dengan 60 minit Skype sebulan bagi setiap pengguna, sehingga 5 pengguna. Gunakan minit Skype untuk memanggil telefon mudah alih dan talian tetap dari sebarang peranti tempat Skype dipasang, sama ada telefon mudah alih, tablet, TV atau peranti anda yang lain. Ikon petua alat, tanda seru yang dibulatkan yang anda boleh tuding untuk memaparkan maklumat lanjut.

Sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini

Sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini

Dengan langganan aktif Office 365 Home, anda tidak perlu bimbang mengenai peningkatan Office anda, kerana anda sentiasa mempunyai capaian kepada aplikasi, ciri dan perkhidmatan Office yang terkini.

Sokongan Microsoft

Sokongan Microsoft

Sebagai pelanggan Office 365, anda boleh mendapatkan bantuan serta-merta daripada pakar terlatih Microsoft, melalui telefon atau bual—secara percuma.

Soalan lazim

Tunjukkan Semua

Dengan pelan langganan Office 365, anda mendapat aplikasi Office yang dipasang : Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access (Publisher dan Access tersedia pada PC sahaja). Anda boleh memasang Office 365 merentasi berbilang peranti, termasuk PC, Mac, tablet Android, telefon Android, iPad dan iPhone. Selain itu, dengan Office 365, anda mendapat perkhidmatan seperti storan dalam talian dengan OneDrive dan minit Skype untuk kegunaan di rumah. Apabila anda mempunyai langganan Office 365 yang aktif, anda sentiasa ada versi aplikasi Office yang terkini. Ketahui lebih lanjut.

Office sebagai pembelian sekali termasuk aplikasi seperti Word, Excel, dan PowerPoint untuk digunakan pada PC atau Mac tunggal. Aplikasi tersebut tidak dikemas kini secara automatik; untuk mendapatkan versi terkini, anda perlu beli Office lagi apabila versi baharu tersedia. Versi semasa aplikasi Office yang tersedia untuk pembelian sekali ialah Office 2016 untuk Windows dan Mac. Versi terdahulu termasuk Office 2013, Office 2011 untuk Mac, Office 2010, Office 2007, Office 2008 untuk Mac, dan Office 2004 untuk Mac. Office 2010 dan Office 2007 serasi dengan Windows 8.1 dan yang lebih awal. Office sebagai pembelian sekali tidak termasuk mana-mana perkhidmatan yang disertakan dalam Office 365.

Office menyokong PC yang menjalankan Windows 7 atau lebih baru dan Mac yang menjalankan Mac OS X 10.10 bagi Office 2016 for Mac. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk keperluan untuk tablet Apple® dan Android™, lihat keperluan sistem penuh.

Aplikasi Office 2007, Office for Mac 2008, Office 2010, Office for Mac 2011, Office 365, Office 2013 dan Office 2016 boleh membuka dokumen anda tanpa sebarang tindakan tambahan. Pelanggan yang menggunakan versi Office lebih awal mungkin perlu memuat turun dan memasang pek keserasian.

Ya. Dokumen yang anda cipta menjadi milik anda sepenuhnya. Anda boleh memilih untuk menyimpannya dalam talian pada OneDrive atau setempat pada PC atau Mac anda.

Ketahui perkara yang akan berlaku sekiranya anda membatal langganan anda.

Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua keluaran terkini suite Office dan semua pelan langganan Office 365. Untuk pelan Office 365, akses Internet turut diperlukan untuk mengurus akaun langganan anda, sebagai contoh, untuk memasang Office pada PC lain atau untuk menukar pilihan pengebilan. Capaian Internet turut diperlukan untuk mencapai dokumen yang disimpan pada OneDrive, melainkan anda memasang aplikasi desktop OneDrive. Anda juga harus menyambung kepada Internet secara tetap untuk memastikan versi Office anda adalah yang terkini dan mendapat manfaat peningkatan secara automatik. Jika anda tidak menyambung kepada Internet sekurang-kurangnya setiap 39 hari, aplikasi anda akan memasuki mod kurang fungsi, yang bermakna bahawa anda boleh melihat atau mencetak dokumen anda tetapi tidak boleh mengedit atau mencipta dokumen baru. Untuk mengaktifkan semula aplikasi Office anda, sambung semula kepada Internet. Anda tidak perlu menyambung kepada Internet untuk menggunakan aplikasi Office seperti Word, Excel dan PowerPoint kerana aplikasi tersebut dipasang sepenuhnya pada komputer anda.

Anda boleh menghubungi negara/rantau berikut:
  • Kedua-dua talian tetap dan telefon bimbit: Amerika Syarikat, China, Guam, Hong Kong SAR, Kanada, Puerto Rico, Singapura, Thailand.
  • Talian tetap sahaja: Afrika Selatan, Andorra, Argentina, Australia, Austria, Belanda, Belgium, Brazil, Brunei, Bulgaria, Chile, Croatia, Colombia (tidak termasuk Lex), Costa Rica, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greece, Guadeloupe, Hungary, Iceland, Indonesia (Jakarta), Ireland, Israel, Itali, Jerman, Korea, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Maghribi, New Zealand, Norway, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Turki, United Kingdom dan Venezuela.
Minit Skype tidak disertakan dengan Office 365 di Algeria, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, India, Korea, Kuwait, Lubnan, Libya, Maghribi, Mesir, Namibia, Pakistan, Qatar, Taiwan dan Tunisia.
Sila ambil perhatian bahawa nombor khas, premium dan bukan geografi tidak diliputi oleh minit Skype. Selain itu, panggilan kecemasan tidak dapat dibuat.

Sumber lain

Apakah Office 365?

Ketahui lebih lanjutAnak panah dilampirkan pada pautan

Bandingkan semua pilihan

Sistem pengendalian mana yang dijalankan oleh PC saya?

Ketahui lebih lanjutAnak panah dilampirkan pada pautan

Perbaharui langganan Office 365 saya

Ketahui lebih lanjutAnak panah dilampirkan pada pautan
iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.