Office 365 Home

Office untuk anda dan isi rumah anda

Office 365 Home ialah langganan yang dibina untuk membantu anda dan anggota isi rumah anda menyelesaikan kerja hampir dari mana-mana saja pada sebarang peranti kegemaran anda.

Kini disertakan aplikasi Office 2016 baru untuk PC dan Mac anda.

{HomeAnnual|price}

setiap tahun

Simpan {HomeAnnual|save} dengan langganan tahunan

Cuba secara percuma untuk 1-bulan

Serasi dengan Windows 7 atau lebih baru, Office 2016 for Mac memerlukan Mac OS X 10.10 atau lebih baru. Akaun Microsoft diperlukan.

Aplikasi Office yang dipasang

Dapatkan aplikasi dipasang yang anda ketahui dan percayai—Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access. Petua alat dengan butiran tentang Publisher dan Access serta versi terkini aplikasi Office

Kini disertakan aplikasi Office 2016 baru untuk PC dan Mac anda.

Berfungsi pada berbilang peranti

Dapatkan pengalaman Office yang dipasang pada sehingga 5 PC atau Mac. 5 tablet dan 5 telefon (termasuk peranti Windows, Apple® dan Android™). Petua alat tentang tablet dan telefon yang serasi

Manfaat langganan sehingga hingga 5 pengguna

Setiap pengguna mendapat1 TB storan awan OneDrive, serta 60 minit panggilan Skype ke telefon mudah alih dan talian tetap setiap bulan . Petua alat dengan keperluan dan sekatan Skype

Office 365 Home termasuk:

Aplikasi Office yang dipasang

Sentiasa miliki versi terkini yang dipasang bagi Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access dan olah idea anda dengan cara yang baik—menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.

Berfungsi pada berbilang peranti

Dapatkan pengalaman Office dipasang pada 5 PC atau Mac, 5 tablet dan 5 telefon (termasuk peranti Windows, Apple®, dan Android&#8482).

Ketersediaan aplikasi dan ciri berbeza mengikut platform dan peranti.

PC: Versi Office 2016 bagi Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access. Windows 7 atau lebih baru diperlukan.

Mac: Word, Excel, PowerPoint, OneNote dan Outlook versi Office 2016. Office 2016 for Mac memerlukan Mac OS X 10.10 atau lebih baru.

Tablet Windows: Versi Office 2016 bagi Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access. Windows 8 atau yang lebih baru diperlukan. Aplikasi Office Mobile (Word, Excel, PowerPoint dan OneNote) memerlukan Windows 10.

Telefon Windows: Aplikasi Office Mobile (Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook Mail dan Outlook Calendar) memerlukan Windows 10.

iOS: Office for iPad® dan iPhone® memerlukan iOS 8.0 atau lebih baru. Office for iPad Pro® memerlukan iOS 9.0 atau lebih baru.

Android: Office for Android™ tablet boleh dipasang pada tablet dan telefon yang memenuhi kriteria berikut: menjalankan Android KitKat versi 4.4 atau lebih baru dan mempunyai pemproses berasaskan ARM atau Intel x86.

Sesetengah aplikasi mudah alih untuk iOS dan Android mempunyai ciri tambahan dengan langganan Office 365. Untuk maklumat lanjut tentangnya, lawati www.office.com/information.

Office untuk seisi rumah

Kongsi manfaat langganan anda, seperti pemasangan mudah pada peranti seisi rumah anda, storan tambahan dalam talian dan minit Skype bulanan untuk sehingga 4 ahli isi rumah anda.

Capaian dari mana-mana sahaja

Dapatkan 1 TB storan awan OneDrive setiap pengguna, untuk sehingga 5 pengguna. Gunakan storan untuk dokumen, foto dan video, supaya anda boleh mengedit dan berkongsinya dari mana-mana sahaja, pada semua peranti anda.

Kekal berhubung dengan Skype

Kekal berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga anda di seluruh dunia dengan 60 minit Skype setiap bulan setiap pengguna, untuk sehingga 5 pengguna. Gunakan minit Skype untuk membuat panggilan ke telefon mudah alih dan talian tetap daripada sebarang peranti tempat Skype anda dipasang, sama ada telefon mudah alih anda, tablet, TV atau peranti yang lain. Petua alat dengan keperluan dan sekatan Skype

Sentiasa terkini

Dengan langganan aktif Office 365 Home, anda tidak perlu bimbang tentang peningkatan taraf Office anda, kerana anda sentiasa mempunyai capaian kepada aplikasi, ciri dan perkhidmatan Office yang terkini.

Sokongan Microsoft

Sebagai pelanggan Office 365, anda boleh mendapatkan bantuan serta-merta daripada pakar terlatih Microsoft, melalui telefon atau bual—secara percuma.

Soalan lazim

Tunjukkan semua

Dengan pelan langganan Office 365, anda mendapat aplikasi Office yang dipasang sepenuhnya: Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access (Publisher dan Access tersedia pada PC sahaja). Anda boleh memasang Office 365 merentasi berbilang peranti, termasuk PC, Mac, tablet Android, telefon Android, iPad dan iPhone. Selain itu, dengan Office 365, anda mendapat perkhidmatan seperti storan dalam talian dengan OneDrive dan minit Skype untuk kegunaan di rumah. Apabila anda mempunyai langganan Office 365 yang aktif, anda sentiasa mendapat versi aplikasi Office yang terkini. Ketahui lebih lanjut tentang Office 365.

Office sebagai pembelian sekali termasuk aplikasi seperti Word, Excel dan PowerPoint untuk digunakan pada PC atau Mac tunggal. Aplikasi tersebut tidak dikemas kini secara automatik; untuk mendapatkan versi terkini, anda perlu membeli Office lagi apabila versi baru tersedia. Versi semasa aplikasi Office yang tersedia untuk pembelian sekali ialah Office 2016 untuk Windows dan Mac. Versi terdahulu termasuk Office 2013, Office 2011 untuk Mac, Office 2010, Office 2007, Office 2008 untuk Mac dan Office 2004 untuk Mac. Office 2010 dan Office 2007 serasi dengan Windows 8.1 dan yang lebih awal. Office sebagai pembelian sekali tidak menyertakan mana-mana perkhidmatan yang disertakan dalam Office 365. Ketahui lebih lanjut tentang perbezaan antara Office 365 dan Office 2016.

Versi semasa Office menyokong PC yang menjalankan Windows 7 atau lebih tinggi dan Mac yang menjalankan Mac OS X 10.10 atau lebih tinggi bagi Office 2016 for Mac. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk keperluan untuk iPad® dan tablet Android™, lihat keperluan sistem penuh.

Aplikasi Office 2007, Office for Mac 2008, Office 2010, Office for Mac 2011, Office 365, Office 2013 dan Office 2016 boleh membuka dokumen anda tanpa sebarang tindakan tambahan. Pelanggan yang menggunakan Office versi terdahulu mungkin perlu memuat turun dan memasang pek keserasian.

Ya. Dokumen yang anda cipta menjadi milik anda sepenuhnya. Anda boleh memilih untuk menyimpannya dalam talian pada OneDrive atau setempat pada PC atau Mac anda.

Ketahui apa yang berlaku jika anda membatalkan langganan anda.

Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua keluaran terkini suit Office dan semua pelan langganan Office 365. Untuk pelan Office 365, capaian Internet juga diperlukan untuk mengurus akaun langganan anda, sebagai contoh, untuk memasang Office pada PC lain atau untuk mengubah opsyen pengebilan. Capaian Internet juga diperlukan untuk mencapai dokumen-dokumen yang disimpan pada OneDrive, melainkan anda memasang aplikasi desktop OneDrive. Anda juga harus menyambung kepada Internet secara kerap untuk memastikan versi Office anda adalah yang terkini dan memanfaat daripada kenaikkan taraf secara automatik. Jika anda tidak bersambung pada Internet sekurang-kurangnya setiap 39 hari, aplikasi anda akan memasuki mod kurang fungsi, yang bermakna bahawa anda boleh melihat atau mencetak dokumen anda tetapi tidak boleh mengedit atau mencipta dokumen baru. Untuk mengaktifkan semula aplikasi Office anda, hanya sambung semula ke Internet. Anda tidak perlu menyambung ke Internet untuk menggunakan aplikasi Office seperti Word, Excel dan PowerPoint kerana aplikasi tersebut telah dipasang pada komputer anda.

Anda boleh menghubungi negara/rantau berikut:
  • Kedua-dua talian tetap dan telefon bimbit: Amerika Syarikat, China, Guam, Hong Kong SAR, Kanada, Puerto Rico, Singapura, Thailand.
  • Talian tetap sahaja: Afrika Selatan, Andorra, Argentina, Australia, Austria, Belanda, Belgium, Brazil, Brunei, Bulgaria, Chile, Croatia, Colombia (tidak termasuk Lex), Costa Rica, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Greece, Guadeloupe, Hungary, Iceland, Indonesia (Jakarta), Ireland, Israel, Itali, Jerman, Korea, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Maghribi, New Zealand, Norway, Panama, Paraguay, Perancis, Peru, Poland, Portugal, Romania, Rusia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Taiwan, Turki, United Kingdom dan Venezuela.
Minit Skype tidak disertakan dengan Office 365 di Algeria, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, India, Korea, Kuwait, Lubnan, Libya, Maghribi, Mesir, Namibia, Pakistan, Qatar, Taiwan dan Tunisia.
Sila ambil perhatian bahawa nombor khas, premium dan bukan geografi tidak diliputi oleh minit Skype. Selain itu, panggilan kecemasan tidak dapat dibuat.

Sumber lain

Apakah Office 365?

Ketahui lebih lanjut

Bandingkan semua opsyen

Sistem operasi mana yang dijalankan oleh PC saya?

Ketahui lebih lanjut

Perbaharui langganan Office 365 saya

Ketahui lebih lanjut
iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.