PowerPoint 2016—dapatkannya sekarang dengan langganan Office 365

PowerPoint

PowerPoint untuk tablet Android

Bina kisahnya dan persembahkan dengan jelas. Dengan PowerPoint untuk tablet Android™, dapatkan kuasa produktiviti apabila anda memerlukannya.

Google Play

Ketahui tentang aplikasi Office yang lain

PowerPoint for iPad

Bina kisahnya dan persembahkan dengan jelas. Dengan PowerPoint for iPad®, dapatkan kuasa produktiviti apabila anda memerlukannya.

Dapatkannya di App Store

Ketahui tentang aplikasi Office yang lain

Sebuah tablet menunjukkan ciri Jelma Bentuk dalam slaid persembahan PowerPoint. imejSatu tablet menunjukkan ciri Jelma Bentuk dalam slaid persembahaan PowerPoint.

Aplikasi mudah alih PowerPoint

Lihat, edit atau cipta persembahan yang berkesan di mana sahaja ada berada, dengan pengalaman sentuh yang intuitif direka bentuk untuk telefon dan tablet. Capai persembahan anda dalam awan merentasi semua peranti anda. Dengan aplikasi mudah alih PowerPoint, Office anda bergerak bersama anda.

Logo Apple, Android dan Windows

PowerPoint 2016—dapatkannya sekarang dengan langganan Office 365

Sebuah tablet menunjukkan ciri Pereka bentuk dalam slaid persembahan PowerPoint.

Bawa persembahan anda ke tahap berikutnya

Reka seperti seorang pakar—dalam beberapa saat

PowerPoint Designer petua alat yang menggunakan PowerPoint Designer memerlukan langganan Office 365 memberikan persembahan tersuai yang berkualiti tinggi dengan menyediakan opsyen reka bentuk yang membantu anda memaksimumkan kesan visual persembahan anda dalam dua langkah mudah. Tambah imej dan pilih kegemaran anda, itu sahaja.

Pergerakan sinematik dalam satu klik

Jelma Bentuk petua alat yang menggunakan Jelma Bentuk memerlukan langganan Office 365 memudahkan anda mencipta pergerakan yang lancar tanpa bersusah-payah, menampakkan gambaran anda kelihatan hidup. Salin sahaja slaid yang anda ingin jelmabentukkan, alihkan objek mengikut cara animasi yang dikehendaki, dan klik Jelma Bentuk.

bebutang tutup video
def37145-740c-4657-a0a1-1e7309b32b93
Sebuah tablet menunjukkan slaid PowerPoint dalam mod Persembahan.

Persembahkan dengan yakin

Tawan hati penonton anda

Zoom menghidupkan persembahan anda dengan slaid ringkasan interaktif yang menjadikan navigasi melalui persembahan anda menyeronokkan dan mudah. Zum masuk dan keluar daripada bahagian atau slaid dalam persembahan anda, dalam sebarang tertib penonton anda membawa anda, daripada satu slaid tunggal. petua alat bahawa penggunaan Zoom memerlukan langganan Office 365

Sentiasa fokus

Gunakan Pandangan Penyampai dalam semakan Office 2016 dan berlatih memantapkan persembahan anda. Apabila anda memancarkan persembahan anda ke skrin kedua, Pandangan Penyampai memaparkan slaid semasa, nota penyampai dan slaid berikutnya pada dek anda.

Sentiasa dalam kawalan

Dengan auto-lanjut, apabila anda memancarkan persembahan anda ke skrin kedua, slaid anda muncul pada skrin yang betul secara automatik. Tidak perlu terkial-kial dengan seting dan peralatan.

Sebuah komputer riba menunjukkan slaid persembahan PowerPoint yang diusahakan oleh pasukan.

Bekerjasama sebagai sebuah pasukan membawa kemenangan

Mula secara segerak

Persembahan anda disimpan dalam talian pada OneDrive, OneDrive for Business atau SharePoint secara lalai. petua alat dengan keperluan untuk perkongsian dalam talian Jadi apabila anda menghantar semua orang pautan kepada fail PowerPoint anda, berserta dengan kebenaran melihat dan mengedit, mereka akan mendapat versi yang terkini.

Bekerja secara segerak

Mengarang bersama dengan pasukan anda dalam mengusahakan persembahan yang sama secara serentak, sama ada anda menggunakan PowerPoint pada desktop atau PowerPoint Online. Apabila anda dan pasukan anda membuat pengeditan dan perubahan kepada dokumen tersebut, sejarah versi yang dipertingkatkan dalam PowerPoint 2016 membenarkan anda melihat atau kembali ke draf terdahulu. petua alat bahawa pengarangan bersama memerlukan langganan Office 365

Kekal segerak

Tambah dan jawab komen daripada telefon, tablet atau PC/Mac anda, betul-betul bersebelahan dengan slaid yang anda sedang bincangkan. Semua orang dapat melihat siapa menjawab pertanyaan siapa.

Bekerjasama mengusahakan projek kongsi

Office Online menggabungkan ciri Office yang biasa digunakan dan keupayaan pengarangan bersama dalam masa nyata, oleh itu pasukan di tempat kerja dan di sekolah boleh bekerjasama mengusahakan dokumen, persembahan dan hamparan kongsi.

Mulakan reka bentuk anda

Tunjukkan gaya dan ciri profesional anda melalui templat di samping menjimatkan masa. Layari templat PowerPoint dalam lebih 40 kategori.

Berhubung dengan pakar

Lihat perkara baru dan dapatkan petua klasik serta helah editor untuk membantu anda mencipta, mengedit dan mencantikkan lagi dokumen seperti seorang pakar.

Dapatkan aplikasi mudah alih Office

Microsoft PowerPoint 2016 dengan langganan Office 365 adalah versi terkini PowerPoint. Versi sebelumnya termasuk PowerPoint 2013, PowerPoint 2010, dan PowerPoint 2007. PowerPoint 2016 serasi dengan Windows 10, Windows 8.1 dan Windows 7.

iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.