Office Professional 2016

Bekerja secara lebih bijak dengan Office. Terbaik untuk mereka yang inginkan Office dengan Outlook, Publisher dan Access pada satu PC.

{OPro2016|price}

Serasi dengan Windows 7 atau terkini

Bekerja seperti seorang pro

Dapatkan alat yang anda perlukan—Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher, Access—untuk mencipta, menyampaikan, berkomunikasi dan menerbitkan seperti seorang profesional.

Lanjutkan Office anda

Gunakan Office Online untuk melihat, mengedit dan bekerja dengan orang lain pada masa nyata dalam mengusahakan fail-fail yang anda simpan dalam talian. Capai daripada sebarang peranti yang disambungkan ke internet yang menjalankan pelayar yang disokong.

Berkongsi fail dengan mudah

Simpan fail anda dalam talian, jadi anda boleh mendapatkannya apabila anda dalam perjalanan dan anda boleh menjemput orang lain dengan pantas untuk menyemak atau mengeditnya.

Office Professional 2016 termasuk:

Suit Office

  • Word 2016, Excel 2016, PowerPoint 2016, OneNote 2016, Outlook 2016, Publisher 2016 dan Access 2016.
  • Rakam idea anda dengan cara terbaik mana pun, iaitu menggunakan papan kekunci, pen atau skrin sentuh.
  • Jadilah pengguna Office yang berkuasa—dengan cara mudah. Taip jenis bantuan yang anda perlukan dalam kotak Tell Me (Beritahu Saya) yang baru pada reben tersebut dan anda akan diberitahu caranya.
  • Tema baharu membenarkan anda memilih pengalaman Office yang sesuai untuk anda. Tema Gelap dan Kelabu Gelap memberi kontras yang tinggi yang tidak menyakitkan mata dan tema Warna-warni memberi anda rupa moden yang konsisten pada seluruh peranti anda.
  • Tingkatkan pengalaman membaca anda dengan Wawasan, dikuasai oleh Bing, yang menunjukkan maklumat berkenaan daripada web kepada anda apabila anda sedang membaca fail Office.
  • Biar salah satu templat daripada skrin Mula melakukan kebanyakan persediaan dan reka bentuk, agar anda boleh memberi tumpuan pada idea dan data anda
  • Jejak komen dalam dokumen Word dan tandakannya sebagai selesai dengan butang balas yang baru.
  • Tarikh kandungan daripada PDF ke dalam Word. Buka PDF dan edit perenggan, senarai dan jadual, sama seperti dalam dokumen Word yang biasa.
  • Jimatkan masa dalam memformatkan maklumat dalam Excel agar anda boleh mendapat wawasan daripada data anda dengan lebih cepat. Alat baru mengenal pasti corak anda dan data auto lengkap.
  • Graf dan carta moden baru dalam Excel memberi anda banyak cara untuk menerokai dan menceritakan kisah-kisah yang menambat perhatian dengan data perniagaan anda. Excel menyarankan carta yang paling sesuai untuk data anda dan membenarkan anda melihat pratonton rupa data anda.
  • Dalam Excel, anda kini boleh mencipta ramalan asas tentang siri data anda dengan satu klik untuk menggambarkan trend pada masa hadapan.
  • Kongsikan persembahan PowerPoint anda di web dengan menghantar pautan kepadanya atau menggunakan Perkhidmatan Persembahan Office percuma untuk menghantarnya, agar khalayak anda boleh menyertai anda dari mana-mana sahaja.
  • Benamkan hamparan Excel, gambar rajah, klip audio, video dan hampir sebarang jenis fail lain dalam buku nota OneNote anda. Nota anda disimpan, dapat dicari dan disegerakkan ke aplikasi OneNote pada peranti anda yang lain agar anda boleh menggunakan atau berkongsinya dari mana-mana sahaja.
  • Bertindak balas secara lebih pantas dengan balasan dalam talian—balasan ditempatkan dalam isi mesej asal—dalam Outlook. Hanya taipkan jawapan anda dalam Anak Tetingkap Bacaan.
  • Jimatkan masa dengan pilihan percetakan foto dalam talian dalam Publisher.
  • Senaraikan dan ringkaskan data daripada jadual yang berkaitan atau ajukan pertanyaan dengan pantas dalam Access. Hanya klik item untuk membuka paparan terperinci bagi item tersebut.
  • Sesuai untuk perniagaan dari rumah dan perniagaan amat kecil

Soalan lazim

Tunjukkan semua

Dengan pelan langganan Office 365, anda mendapat pemasangan aplikasi Office: Word, Excel, PowerPoint, OneNote, Outlook, Publisher dan Access (Publisher dan Access tersedia pada PC sahaja). Anda boleh memasang Office 365 merentasi berbilang peranti, termasuk PC, Mac, tablet Android, telefon Android, iPad dan iPhone. Selain itu, dengan Office 365, anda mendapat perkhidmatan seperti storan dalam talian dengan OneDrive dan minit Skype untuk kegunaan di rumah. Apabila anda mempunyai langganan Office 365 yang aktif, anda sentiasa mendapat versi aplikasi Office yang terkini. Ketahui lebih lanjut tentang Office 365.

Office sebagai pembelian sekali termasuk aplikasi seperti Word, Excel dan PowerPoint untuk digunakan pada sebuah PC atau Mac. Aplikasi tersebut tidak dikemas kini secara automatik; untuk mendapatkan versi terkini, anda perlu membeli Office lagi apabila versi baru tersedia. Versi semasa aplikasi Office yang tersedia untuk pembelian sekali ialah Office 2016 untuk Windows dan Mac. Versi terdahulu termasuk Office 2013, Office 2011 untuk Mac, Office 2010, Office 2007, Office 2008 untuk Mac dan Office 2004 untuk Mac. Office 2010 dan Office 2007 serasi dengan Windows 8.1 dan yang lebih awal. Office sebagai pembelian sekali tidak menyertakan mana-mana perkhidmatan yang disertakan dalam Office 365. Ketahui lebih lanjut tentang perbezaan antara Office 365 dan Office 2016.

Ketahui lebih lanjut tentang Office 365 untuk perniagaan kecil anda
Versi semasa Office menyokong PC yang menjalankan Windows 7 atau lebih tinggi dan Mac yang menjalankan Mac OS X 10.10 bagi Office 2016 for Mac. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk keperluan untuk iPad® dan tablet Android™, lihat keperluan sistem penuh.

Pengguna Office 2007, Office 2010, Office 365 atau Office 2016 boleh membuka dokumen yang dicipta tanpa sebarang tindakan tambahan. Pelanggan yang menggunakan versi Office lebih awal mungkin perlu memuat turun dan memasang pek yang serasi.

iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.