Project Server 2013

Penyelesaian fleksibel untuk pengurusan portfolio projek (PPM) dan kerja harian.
Project Server 2013

Project Server 2013

Penyelesaian fleksibel untuk pengurusan portfolio projek (PPM) dan kerja harian.
Project Server 2013

Project Server 2013

Penyelesaian fleksibel untuk pengurusan portfolio projek (PPM) dan kerja harian.
Project
Pernahkah anda mendengar tentang Project Online? Project Online ialah Project Server 2013 dalam awan.
Project
Pernahkan anda mendengar tentang Project Online? Project Online ialah Project Server 2013 dalam awan.

Manfaat

Manfaat

Microsoft Project Server 2013 ialah penyelesaian pada premis yang fleksibel untuk pengurusan portfolio projek (PPM) dan kerja harian. Ahli pasukan, peserta projek dan pembuat keputusan perniagaan boleh bermula, mengutamakan pelaburan portfolio projek dan menyampaikan nilai perniagaan yang diinginkan dari mana-mana sahaja. Memerlukan SharePoint 2013, dijual secara berasingan.
Menggunakan penyelesaian PPM yang lebih bijak

Menggunakan penyelesaian PPM yang lebih bijak

Bermula secara pantas dengan pengalaman biasa yang meningkatkan penyertaan dan membantu pasukan untuk menyiapkan lebih banyak kerja
  • Gunakan jubin visual baru dalam Project Web App (PWA), aplikasi web anda untuk mencapai Project Server, untuk bermula dengan cepat atau keupayaan pengurusan portfolio projek yang fleksibel.
  • Pilih antara peranti dan pelayar – Internet Explorer, Firefox, Safari, Chrome dan banyak lagi – untuk melihat, mengedit, menyerahkan dan bekerjasama pada projek, portfolio dan kerja harian.
Ambil tindakan

Ambil tindakan

Ambil tindakan dan ikuti perkembangan terkini di lebih banyak tempat dan pada lebih banyak peranti berbanding sebelumnya.
  • Lihat dan selesaikan tugas anda (termasuk perniagaan dan peribadi) di satu lokasi.
  • Rancang dan uruskan tugas secara berkesan dalam PWA dengan bantuan keupayaan penjadualan baru.
  • Pastikan pasukan anda tersusun di satu lokasi – laman projek mereka – tempat mereka boleh melihat ringkasan projek, dokumen, tugas, suapan berita dan kalendar.
Ambil tindakan
Pengurusan portfolio projek yang fleksibel

Pengurusan portfolio projek yang fleksibel

Selaraskan wawasan dan usaha untuk mengutamakan inisiatif, memilih portfolio projek yang optimum dan menyampaikan strategi perniagaan anda.
  • Nilai idea dengan berkesan atau ukur sumbangan strategik permintaan yang bersaing untuk menentukan penjajaran dan lancarkan permulaan projek.
  • Cipta aliran kerja dengan mudah dalam Visio dan SharePoint Designer untuk kemajuan projek atau penolakan yang standard serta meningkatkan pentadbiran dan kawalan.
  • Promosikan senarai tugas SharePoint dengan pantas kepada projek perusahaan dalam PWA.
Uruskan secara berkesan

Uruskan secara berkesan

Uruskan sumber secara berkesan untuk melihat usaha pasukan anda – walaupun mereka menguruskan kerja harian atau projek ad hoc dalam SharePoint.
  • Uruskan talian projek anda dengan lebih bagus dan kerja yang diusahakan oleh individu anda dengan merekodkan idea pasukan anda dalam senarai tugas SharePoint dan mengukurnya dalam PWA.
  • Nilai penggunaan sumber dengan tepat dan uruskan peruntukkan sumber dengan lebih bagus yang sejajar dengan strategi anda.
  • Alirkan maklumat dengan lancar dari kalendar ahli pasukan ke Project Server 2013, mempermudahkan penjadualan projek dan kemas kini status tugas di samping meningkatkan keupayaan perkongsian tugas.
Uruskan secara berkesan
Memanfaatkan cara baru untuk bekerjasama dan bertindak dengan pantas

Memanfaatkan cara baru untuk bekerjasama dan bertindak dengan pantas

Kukuhkan kerjasama harian dengan pengalaman sosial SharePoint yang memudahkan perbincangan, perkongsian maklumat dan keupayaan pasukan anda untuk menyelesaikan kerja.
  • Kongsi dan pantau perkara yang dibincangkan dan diusahakan oleh pasukan secara mudah dengan mengikuti individu, laman, tag dan dokumen dengan suapan berita.
  • Gunakan kemampuan carian SharePoint untuk melaksanakan kerja harian dan projek dengan lebih berkesan dan mencari maklumat yang tepat.
  • Memanfaatkan ciri keselamatan yang berkesan untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama dengan rakan kongsi perniagaan yang dipercayai pada projek dan kerja harian.
  • Promosikan kebolehlihatan dengan alat kerjasama untuk mengalirkan kalendar, kehadiran dan maklumat kapasiti dengan lancar merentasi organisasi anda.
Berkomunikasi secara lancar

Berkomunikasi secara lancar

Berkomunikasi secara lancar dengan cara baru untuk berkongsi perbualan merentasi masa dan ruang bagi meningkatkan kerja berpasukan keseluruhan.
  • Letakkan penuding di atas nama individu dalam pelan projek anda untuk melihat ketersediaan ahli pasukan untuk berbincang atau pemesejan segera (IM) dengan Skype for Business.
  • Bekerjasama dengan pasukan anda secara pantas dengan menyeret dan melepaskannya ke dalam mesyuarat Skype for Business untuk persidangan kumpulan, pemesejan segera, perkongsian skrin dan ruang kerja yang dikongsi.
Berkomunikasi secara lancar
Meningkatkan ketangkasan dan kawalan

Meningkatkan ketangkasan dan kawalan

Buat keputusan berdasarkan data dengan melengkapi ahli pasukan dan pemegang saham dengan maklumat yang mereka perlukan agar sentiasa termaklum dan berkesan.
  • Optimumkan penggunaan dan peruntukan pelan untuk keperluan sumber organisasi anda melalui pusat sumber dalam PWA.
  • Gunakan papan pemuka ringkasan untuk mendapatkan pandangan dan membuat keputusan yang lebih baik.
  • Cari dan agregatkan data dengan cepat pada berbilang dimensi melalui capaian layan diri dengan Excel Services.
Permudahkan IT

Permudahkan IT

Permudahkan IT dengan pengalaman pentadbir bersepadu dengan SharePoint.
  • Gunakan penyegerakan Active Directory (AD) dalam PWA untuk memilih kumpulan AD yang mengandungi pasukan yang anda ingin tugaskan projek.
  • Berikan tahap capaian yang betul kepada pasukan anda dan rakan kongsi perniagaan yang dipercayai secara mudah melalui model keselamatan bersepadu SharePoint baru dalam PWA.
  • Gunakan standard industri seperti ODATA (protokol data terbuka) untuk perlombongan dan kecerdasan perniagaan.
Permudahkan IT
Berinovasi secara pantas

Berinovasi secara pantas

Berinovasi secara pantas dengan platform PPM yang fleksibel.
  • Gunakan aplikasi dari Gedung SharePoint baru untuk memenuhi keperluan perniagaan yang unik.
  • Bangunkan dan sampaikan aplikasi yang membantu anda menjimatkan masa dalam proses diskret atau bersambung ke sistem perisian proprietari.
  • Manfaat kelebihan pengalaman bersepadu merentasi Project Server, SharePoint, Exchange, Skype for Business dan Office untuk membantu anda bertindak dan mengambil peluang dengan cepat.
  • Bawa bersama disiplin berlainan seperti ALM, NPD dan IPM melalui platform PPM yang bersambung dan boleh diskalakan.

Ciri utama

Mari bermula

Project membolehkan organisasi anda memulakan projek, mengutamakan pelaburan portfolio projek dan menyampaikan hasil dengan nilai perniagaan yang dikehendaki dengan cepat.

Capaian di mana jua

Menjadi produktif dari mana-mana peranti di mana-mana sahaja.

Pengurusan kerja

Uruskan dan bekerjasama pada kerja dengan mudah tanpa struktur projek, tetapi mempunyai kebolehlihatan kerja untuk tujuan perancangan dan pelaporan.

Pengurusan tuntutan

Dapatkan kebolehlihatan projek, aktiviti operasi dan kerja harian. Lancarkan permulaan projek dan kemajuan dengan menggunakan pentadbiran dan kawalan yang bersesuaian.

Analisis & pemilihan portfolio

Kenal pasti, pilih dan sampaikan secara berkesan portfolio projek yang paling sejajar dengan strategi perniagaan organisasi anda dan maksimumkan ROI.

Pengurusan sumber

Sampaikan keputusan dengan tenaga kerja anda hari ini dan rancang untuk masa hadapan bagi menguruskan lebihan dan defisit merentasi horizon rancangan.

Pengurusan jadual

Hantarkan projek tepat pada masanya dengan peta untuk rangka kerja pelaksanaan dan penghantaran bagi menjejak kemajuan dan mengurus perubahan.

Pengurusan kewangan

Amalkan proses pengurusan kewangan dan jejaki prestasi kos secara berkesan untuk memastikan penghantaran mengikut bajet dan portfolio memenuhi faedah yang diramalkan.

Pengurusan masa dan tugas

Gunakan pendekatan berpusat dan umum untuk menjadualkan pelaporan masa dan pengurusan tugas.

Kerjasama

Kukuhkan kerjasama pasukan dan tingkatkan kejayaan projek dengan keupayaan sosial perusahaan, komunikasi mudah dengan pemesejan segera, laman pasukan dan keupayaan kerjasama lain yang mudah digunakan.

Pengurusan isu dan risiko

Elakkan, kenal pasti dan tangani kemungkinan risiko dan isu berkaitan perniagaan atau projek.

Pelaporan dan kecerdasan perniagaan

Kumpul, kategorikan, fahami dan buat keputusan mengenai data projek. Gunakan kecerdasan perniagaan (BI) untuk menawarkan sokongan kebolehlihatan dan keputusan untuk menguruskan projek, program dan portfolio secara proaktif.

Pengurusan program

Sampaikan faedah yang diramalkan bagi program keseluruhan dan merentasi projek dalam perkembangan dasar dengan faedah tambahan bagi mewujudkan dan menggunakan teknik yang menyediakan permulaan program dan rangka kerja pemilihan.

Tadbir urus

Cipta aliran kerja dengan mudah dalam Visio dan SharePoint Designer untuk kemajuan projek atau penolakan yang standard serta meningkatkan pentadbiran dan kawalan.

Kebolehpanjangan

Pasang Aplikasi dari Gedung SharePoint untuk memenuhi keperluan perniagaan anda, membentuk aplikasi tersuai dengan mudah dan bersepadu dengan jaluran sistem perniagaan.

Penyepaduan Active Directory

Urus kelayakan dan keizinan pengguna.

Pentadbiran

Mudah digunakan dan mudah dikawal. Anda boleh menambah dan mengalih keluar pengguna dengan segera. Gunakan PowerShell untuk mencipta skrip tersuai dan mengautomatikkan proses.

Sokongan

Pelan untuk sokongan telefon 24/7 bagi isu IT lanjutan. Sokongan komuniti Microsoft menyediakan jawapan dalam talian, sumber cara dan sambungan dengan pelanggan Projek lain.

Ekosistem Rakan Kongsi Pengurusan Projek dan Portfolio

Penyelesaian PPM Microsoft disokong oleh ratusan Rakan Kongsi Microsoft yang memiliki Kecekapan PPM, menjalani peperiksaan yang berkaitan dan telah menjalankan pelbagai pengerahan di lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Apabila anda memerlukan bantuan tentang penilaian, jangkaan, pengerahan atau latihan dan anda telah bersedia untuk berurusan dengan organisasi Perkhidmatan Profesional, anda boleh menghubungi rakan kongsi PPM di rantau anda.
Nota: Kandungan terperinci hanya tersedia dalam bahasa Inggeris.
Cari maklumat untuk:
{"pmgControls": [{"functionName":"Accordion","params":".accordionWrapper|.accordionBtn|.accordionContent|.showIcon|.hideIcon|.showHideAll"}, {"functionName":"PinnedNav","params":"#pmgPDN|#pmgPinnedNavStart|top|.pmg-pinned-nav-highlighted|false||680|.pmg-pinned-end-point"},{"functionName":"CustomTooltip","params":""}, {"functionName":"AddDynaCss","params":"#planattr|pmg-pos-abs|680"}, {"functionName":"AddDynaCss","params":"#224798d2-dd49-b3f2-24a5-16991d8a522d|pmg-float-right|680"}, {"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame1|.pmgJS-target1"}, {"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame2|.pmgJS-target2"},{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame3|.pmgJS-target3"},{"functionName":"AddDynaCss","params":"#row1|pmgJS-frame3|680"},{"functionName":"AddDynaCss","params":"#row2|pmgJS-target3|680"}]}