Logo Project

Project Server 2016

Penyelesaian fleksibel untuk pengurusan portfolio projek (PPM) dan kerja harian.

Penyelesaian pada premis boleh skala dan fleksibel untuk PPM

Komputer riba yang memaparkan ciri Project Server berasaskan SharePoint

Pengurusan portfolio projek yang fleksibel

Microsoft Project Server 2016 ialah penyelesaian pada premis yang fleksible untuk pengurusan portfolio projek (PPM) dan kerja seharian.

Capai mana-mana sahaja

Sebagai sebahagian daripada SharePoint 2016 (dilesenkan secara berasingan), Project Server 2016 membolehkan ahli pasukan, peserta projek dan pembuat keputusan perniagaan bermula dengan segera, mengutamakan pelaburan portfolio projek dan menyampaikan nilai perniagaan yang diingini daripada hampir mana-mana sahaja.

Ciri

Penyelesaian pada premis yang fleksibel

Penyelesaian pada permis yang fleksibel

+

Gunakan penyelesaian PPM yang lebih bijak

Mulakan dengan pantas dengan pengalaman biasa yang meningkatkan penyertaan dan membantu pasukan untuk melalukan lebih banyak kerja.

  • Gunakan jubin visual baru dalam Project Web App (PWA), aplikasi web anda untuk mencapai Project Server, untuk bermula dengan cepat atau keupayaan pengurusan portfolio projek yang fleksibel.
  • Pilih antara peranti dan pelayar – Internet Explorer, Firefox, Safari, Chrome dan banyak lagi – untuk melihat, mengedit, menyerahkan dan bekerjasama pada projek, portfolio dan kerja harian.

Ambil tindakan

Selaraskan wawasan dan usaha untuk mengutamakan inisiatif, memilih portfolio projek yang optimum dan menyampaikan strategi perniagaan anda.

  • Nilai idea dengan berkesan atau ukur sumbangan strategik daripada permintaan yang bersaing untuk menentukan penjajaran dan lancarkan permulaan projek.
  • Cipta aliran kerja dengan mudah dalam Visio dan SharePoint Designer untuk menyelaraskan kemajuan projek atau penolakan dan meningkatkan tadbir urus dan kawalan.
  • Promosikan senarai tugas SharePoint dengan pantas kepada projek perusahaan dalam PWA.

Pengurusan portfolio projek yang fleksibel

Ambil tindakan dan ikuti perkembangan terkini di lebih banyak tempat dan lebih banyak peranti berbanding sebelumnya

  • Lihat dan selesaikan tugas anda (termasuk perniagaan dan peribadi) di satu lokasi.
  • Rancang dan uruskan tugas secara berkesan dengan bantuan keupayaan penjadualan baru.
  • Letakkan pasukan anda teratur di satu lokasi – laman projek mereka – di mana mereka boleh melihat ringkasan projek, dokumen, tugas, suapan berita dan kalendar.

Uruskan sumber dengan berkesan

Permudahkan pengurusan sumber supaya anda boleh melihat apa yang sedang dilakukan oleh pasukan anda—walaupun ketika mereka menguruskan kerja harian atau projek ad hoc dalam SharePoint.

  • Uruskan talian projek anda dengan lebih bagus dan kerja yang diusahakan oleh individu anda dengan merekodkan idea pasukan anda dalam senarai tugas SharePoint dan mengukurnya dalam PWA.
  • Nilaikan penggunaan sumber dengan tepat dan uruskan peruntukkan sumber dengan lebih baik yang sejajar dengan strategi anda.
  • Alirkan maklumat dengan lancar daripada kalendar ahli pasukan dalam Exchange ke Project Server 2016, permudahkan penjadualan projek dan kemas kini status tugas di samping meningkatkan keupayaan perkongsian tugas.

Manfaatkan cara baru untuk bekerjasama dan bertindak dengan pantas

Kukuhkan kerjasama harian dengan pengalaman sosial SharePoint yang memudahkan perbincangan, perkongsian maklumat dan keupayaan pasukan anda untuk menyelesaikan kerja.

  • Kongsi dan pantau perkara yang dibincangkan dan diusahakan oleh pasukan secara mudah dengan mengikuti individu, laman, tag dan dokumen dengan suapan berita.
  • Gunakan kemampuan carian SharePoint untuk melaksanakan kerja harian dan projek dengan lebih berkesan dan mencari maklumat yang tepat.
  • Manfaatkan ciri keselamatan yang berkesan untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama dengan rakan kongsi yang dipercayai pada projek dan kerja harian.
  • Promosikan kebolehlihatan dengan alat kerjasama untuk mengalirkan kalendar, kehadiran dan maklumat kapasiti dengan lancar merentasi organisasi anda.

Berkomunikasi secara lancar

Berkomunikasi secara lancar dengan cara baru untuk berkongsi perbualan merentasi masa dan ruang bagi meningkatkan keseluruhan kerja berpasukan.

  • Hover di atas nama individu dalam pelan projek anda untuk melihat ketersediaan ahli pasukan untuk berbincang atau pemesejan segera (IM) dengan Lync.
  • Bekerjasama dengan pasukan anda secara pantas dengan menyeret dan melepaskannya ke dalam mesyuarat Lync untuk persidangan kumpulan, pemesejan segera, perkongsian skrin dan ruang kerja yang dikongsi.

Meningkatkan ketangkasan dan kawalan

Buat keputusan berdasarkan data dengan melengkapi ahli pasukan dan pemegang saham dengan maklumat yang mereka perlukan agar sentiasa termaklum dan berkesan.

  • Optimumkan penggunaan dan peruntukan pelan untuk keperluan sumber organisasi anda melalui pusat sumber dalam PWA.
  • Gunakan papan pemuka ringkasan untuk mendapatkan pandangan dan membuat keputusan yang lebih baik.
  • Cari dan agregatkan data dengan cepat pada berbilang dimensi melalui capaian layan diri dengan Excel Services.

Permudahkan IT

Permudahkan IT dengan pengalaman pentadbir bersepadu dengan SharePoint.

  • Gunakan penyegerakan Active Directory (AD) dalam PWA untuk memilih kumpulan AD yang mengandungi pasukan yang anda ingin tugaskan projek.
  • Berikan tahap capaian yang betul kepada pasukan anda dan rakan kongsi perniagaan yang dipercayai secara mudah melalui model keselamatan bersepadu SharePoint baru dalam PWA.
  • Gunakan standard industri seperti ODATA (protokol data terbuka) untuk perlombongan data dan kecerdasan perniagaan.

Berinovasi secara pantas

Berinovasi secara pantas dengan platform PPM yang fleksibel.

  • Gunakan aplikasi daripada Gedung SharePoint baru untuk memenuhi keperluan perniagaan yang unik.
  • Bangunkan dan sampaikan dengan pantas aplikasi yang membantu anda menjimatkan masa proses diskret atau bersambung ke sistem perisian proprietari.
  • Ambil kesempatan pengalaman bersepadu merentasi Project Server, SharePoint, Exchange, Lync dan Office untuk membantu anda bertindak dan mengambil peluang dengan pantas.
  • Bawa bersama disiplin berlainan seperti ALM, NPD dan IPM melalui platform PPM yang bersambung dan boleh diskalakan.
Pentadbiran & pengurusan mudah

Pentadbiran & pengurusan mudah

+

Mari mula

Project membolehkan organisasi anda memulakan projek, mengutamakan pelaburan portfolio projek dan menyampaikan hasil dengan nilai perniagaan yang dikehendaki dengan cepat.

Penyepaduan Active Directory

Urus kelayakan dan keizinan pengguna.

PowerShell

Mudah untuk digunakan dan dikawal. Anda boleh menambah dan mengeluarkan pengguna dalam beberapa minit sahaja. Gunakan PowerShell untuk mencipta skrip tersuai dan proses automatik.

Tadbir urus

Cipta aliran kerja dengan mudah dalam Visio dan SharePoint Designer tanpa pengekodan untuk menyelaraskan kemajuan projek atau penolakan dan meningkatkan pentadbiran dan kawalan.

Kerjasama & komunikasi

Kerjasama & komunikasi

+

Kerjasama

Kukuhkan kerjasama pasukan dan tingkatkan kejayaan projek dengan keupayaan sosial perusahaan, komunikasi mudah dengan pemesejan segera, laman pasukan dan keupayaan kerjasama lain yang mudah digunakan.

Capaian di mana jua

Jadilah produktif dari sebarang peranti dari mana-mana sahaja.

Pengurusan merentasi semua tugas

Pengurusan merentasi semua tugas

+

Pengurusan kerja

Uruskan dan bekerjasama dengan mudah pada kerja sebagai pasukan tanpa struktur projek, tetapi mempunyai kebolehlihatan kerja untuk tujuan perancangan dan pelaporan.

Pengurusan tuntutan

Dapatkan kebolehlihatan ke dalam projek, aktiviti pengendalian dan kerja harian. Perkemaskan permulaan dan perkembangan projek dengan penyeliaan dan kawalan yang bersesuaian.

Pengurusan masa dan tugas

Gunakan pendekatan berpusat dan umum untuk menjadualkan pelaporan masa dan pengurusan tugas.

Pengurusan sumber

Sampaikan keputusan dengan tenaga kerja anda hari ini dan rancang untuk masa hadapan bagi menguruskan lebihan dan defisit merentasi horizon rancangan.

Pengurusan jadual

Hantarkan projek tepat pada masanya dengan peta untuk rangka kerja pelaksanaan dan penghantaran bagi menjejak kemajuan dan mengurus perubahan.

Pengurusan program

Sampaikan faedah yang diramalkan bagi program keseluruhan dan merentasi projek dalam perkembangan dasar dengan faedah tambahan bagi mewujudkan dan menggunakan teknik yang menyediakan permulaan program dan rangka kerja pemilihan.

Pengurusan portfolio lanjutan

Pengurusan portfolio lanjutan

+

Pengurusan kewangan

Amalkan proses pengurusan kewangan dan jejaki prestasi kos secara berkesan untuk memastikan penghantaran mengikut bajet dan portfolio memenuhi faedah yang diramalkan.

Analisis & pemilihan portfolio

Kenal pasti, pilih dan sampaikan secara berkesan portfolio projek yang paling sejajar dengan strategi perniagaan organisasi anda dan maksimumkan ROI.

Keputusan dipacu data

Keputusan dipacu data

+

Pengurusan isu dan risiko

Elakkan, kenal pasti dan tangani kemungkinan risiko dan isu berkaitan perniagaan atau projek.

Pelaporan dan kecerdasan perniagaan

Kumpul, kategorikan, fahami dan buat keputusan tentang data projek. Gunakan perisikan perniagaan (BI) untuk menyediakan sokongan kebolehlihatan dan keputusan untuk mengurus projek, program dan portfolio secara proaktif.

Office 365

Office 365

+

Kebolehpanjangan

Pasang aplikasi daripada Gedung SharePoint untuk memenuhi keperluan perniagaan anda, atau tulis aplikasi tersuai dengan mudah dan integrasikan ia dengan rangkaian sistem perniagaan.

Sokongan

Pelan untuk sokongan telefon 24/7 untuk isu IT lanjutan. Sokongan komuniti Microsoft menyediakan jawapan dalam talian dan telefon, sumber cara dan sambungan dengan pelanggan Project lain.

Ekosistem Rakan Kongsi Pengurusan Projek dan Portfolio

Penyelesaian PPM Microsoft disokong oleh beratus Rakan Kongsi Microsoft yang memperolehi Kemahiran PPM dan telah melalui peperiksaan yang berkaitan serta menjalankan banyak pengerahan di lebih 80 buah negara seluruh dunia. Apabila bantuan diperlukan dengan penilaian, pembayangan, pengerahan atau latihan dan anda telah bersedia untuk melibatkan diri dengan organisasi Perkhidmatan Profesional, hubungi rakan kongsi PPM di kawasan anda.

Soalan Lazim

Tunjukkan semua

Project Online ialah projek dan pengurusan portfolio (PPM) dalam talian kami yang baru disampaikan melalui Office 365 dan Project Server 2016 ialah produk PPM kami.

Internet Explorer 10, Internet Explorer 9, Internet Explorer 8, FireFox 10, Safari 5 dan Google Chrome 17.

Tidak, Project Server 2016 tidak termasuk SharePoint Server 2016. Walau bagaimanapun, anda perlu memasang SharePoint 2016 sebelum memasangan Project Server 2016. Maklumat lanjut tentang keperluan perkakasan dan perisian tersedia di TechNet.

Project Server 2016 tidak boleh wujud bersama dengan Project Server versi terdahulu. Maklumat lanjut tentang naik taraf dan perancangan migrasi tersedia di TechNet.

Anda boleh berhubung dengan kami dalam forum Project.

Banyak sumber tersedia dalam talian (mungkin tidak tersedia dalam bahasa anda):
Maklumat umum
Mulakan dengan Project Online
Pakar IT (TechNet)
Pembangun (MSDN)
Blog

Anda boleh mencapai PWA melalui Project Online Professional atau Project Online Premium. Atau jika anda mempunyai Project Server 2016, anda boleh mencapai PWA dengan Project Professional 2016 apabila disambungkan ke Project Server 2016 atau lesen capaian klien (CAL).

Ketahui selanjutnya

Sumber tambahan mungkin tersedia dalam bahasa Inggeris sahaja

Seorang lelaki bercermin mata
Kisah pelanggan

Baca kisah kejayaan Project Server bagi pelanggan perusahaan yang menggunakan penyelesaian pada premis PPM terkini kami untuk menyampaikan nilai perniagaan.

Logo Project
Lalui proses pemasangan

Ketahui langkah utama dalam pemasangan dan mengkonfigurasi Project Server 2016 dalam gambaran keseluruhan pemasangan dan pelaksanaan ringkas ini.

Logo SharePoint
Sambungan SharePoint

Bantu pasukan anda mengatur dan mengutamakan dengan menyambung senarai tugas SharePoint ke Project Web App.

Tablet Microsoft Surface memaparkan tetingkap Projek Baru dalam Project Pro untuk Office 365.

Rakan Kongsi Microsoft PPM

Rakan Kongsi PPM mempunyai kepakaran terbukti dalam melaksanakan dan memperluaskan Project. Berhubung dengan rakan kongsi yang boleh membantu menentukan keperluan anda dan melaksanakan penyelesaian yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda.

Percubaan diketuai Rakan Kongsi (dalam bahasa Inggeris)