Pilih negara/rantau pengebilan anda:
{"pmgControls":[ {"functionName":"DynamicMarket","params":"server|.pmgDynaMarket|#pmgSKUChooserCntry|off|PMGSKUMarketCk"}]}

Project Online with Project Pro for O365

Bermula secara pantas dengan penyelesaian dalam talian yang fleksibel untuk pengurusan portfolio projek (PPM) dan kerja harian dihantar melalui Office 365. Termasuk keupayaan pengurusan desktop penuh sebagai langganan.

{POPP365Buy|price}

Project Online with Project Pro for O365

Bermula secara pantas dengan penyelesaian dalam talian yang fleksibel untuk pengurusan portfolio projek (PPM) dan kerja harian dihantar melalui Office 365. Termasuk keupayaan pengurusan desktop penuh sebagai langganan.

{POPP365Buy|price}

Project Online with Project Pro for O365
Project Online with Project Pro for O365

Project Online with Project Pro for O365

Bermula secara pantas dengan penyelesaian dalam talian yang fleksibel untuk pengurusan portfolio projek (PPM) dan kerja harian dihantar melalui Office 365. Termasuk keupayaan pengurusan desktop penuh sebagai langganan.

{POPP365Buy|price}

Manfaat

Microsoft Project Online with Project Pro for Office 365 ialah penyelesaian dalam talian yang fleksibel untuk pengurusan portfolio projek (PPM) dan kerja harian. Disampaikan melalui Office 365 dan direka untuk individu yang perlu mengurus dengan keupayaan pengurusan projek penuh pada desktop serta bekerja dalam talian dari mana-mana sahaja pada sebarang peranti, Project Online with Project Pro for Office 365 membolehkan organisasi untuk bermula, mengutamakan pelaburan portfolio projek dan menyampaikan nilai perniagaan yang dikehendaki.
Bekerja dari mana-mana dengan MS Project

Bekerja dari mana-mana sahaja

Ke Dalam Talian dengan pelan fleksibel yang membantu anda mendaftar secara cepat dan mudah untuk perkhidmatan yang paling sesuai dengan keperluan perniagaan anda.
  • Bersedia dan mula bekerja dengan kebolehpercayaan bergred perusahaan dan kos infrastruktur awal sifar.
  • Tambah pasukan dan projek dalam masa beberapa minit dengan portal berasaskan web.
  • Dapatkan segera pandangan tentang portfolio anda dengan keupayaan pelaporan tuding dan klik yang baru.
  • Strim Project Pro for Office 365, aplikasi dekstop pengurusan projek anda secara langsung dari web.
Bermula secara Pantas dengan MS Project

Mari bermula dengan pantas

Bermula secara pantas dengan permulaan, peruntukan dan peningkatan yang mudah dalam persekitaran berasaskan web yang direka untuk mengoptimumkan masa dan membantu pasukan menyelesaikan kerja yang lebih banyak.
  • Gunakan jubin visual baru untuk bermula dengan pantas atau keupayaan pengurusan portfolio projek yang fleksibel.
  • Gunakan skrin Mula baru dalam Project Pro for Office 365 untuk mempelajari perkara asas projek seperti menyusun tugas, memautkan tugas dan mencipta garis masa.
  • Bolehkan pasukan anda bekerja dalam persekitaran yang sudah biasa. Project Online termasuk SharePoint Online dan disediakan kepada anda melalui Office 365.
  • Pilih antara peranti dan pelayar – Internet Explorer, Firefox, Safari, Chrome dan banyak lagi – untuk melihat, mengedit, menyerahkan dan bekerjasama pada projek, portfolio dan kerja harian.
Bermula secara Pantas dengan MS Project
Ambil Tindakan

Ambil tindakan

Ambil tindakan dan ikuti perkembangan terkini di lebih banyak tempat dan pada lebih banyak peranti berbanding sebelumnya.
  • Lihat dan selesaikan tugas anda (termasuk perniagaan dan peribadi) di satu lokasi.
  • Rancang dan uruskan tugas secara berkesan dengan bantuan keupayaan penjadualan baru.
  • Pastikan pasukan anda tersusun di satu lokasi – laman projek mereka – di mana mereka boleh melihat ringkasan projek, dokumen, tugas, suapan berita dan kalendar.
  • Capai Project Pro for Office 365 dari mana-mana sahaja dengan Project on Demand.
Selaraskan Wawasan dan Usaha

Pengurusan portfolio projek yang fleksibel

Selaraskan wawasan dan usaha untuk mengutamakan inisiatif, memilih portfolio projek yang optimum dan menyampaikan strategi perniagaan anda.
  • Nilai idea dengan berkesan atau ukur sumbangan strategik daripada permintaan yang bersaing untuk menentukan penjajaran dan lancarkan permulaan projek.
  • Cipta aliran kerja dengan mudah dalam Visio dan SharePoint Designer untuk menyelaraskan kemajuan projek atau penolakan dan meningkatkan pentadbiran dan kawalan.
  • Promosikan senarai tugas SharePoint Online dengan pantas kepada projek perusahaan dalam Project Online.
  • Sampaikan projek secara jayanya dengan menguruskan butiran perancangan, penjadualan dan pelaksanaan projek secara berkesan dengan Project Pro for Office 365.
Selaraskan Wawasan dan Usaha
Uruskan sumber secara berkesan

Uruskan sumber secara berkesan

Uruskan sumber secara berkesan dengan Project Online untuk melihat usaha pasukan anda — walaupun mereka menguruskan kerja harian dan projek ad hoc dalam SharePoint Online.
  • Segerak senarai tugas SharePoint Online dengan Project Online untuk melaporkan aktiviti pasukan anda.
  • Uruskan talian projek anda dengan lebih bagus dan kerja yang diusahakan oleh individu anda dengan merekodkan idea mereka dalam senarai tugas SharePoint Online dan menganalisisnya dalam Project Online.
  • Nilai penggunaan sumber dengan tepat dan uruskan peruntukkan sumber dengan lebih bagus yang sejajar dengan strategi anda.
  • Uruskan peruntukan sumber peringkat projek secara visual untuk melihat dengan segera campuran yang betul dengan Project Pro for Office 365.
Kukuhkan kerjasama harian

Manfaatkan cara baru untuk bekerjasama dan bertindak dengan pantas

Kukuhkan kerjasama harian dengan pengalaman sosial SharePoint Online yang memudahkan perbincangan, perkongsian maklumat dan keupayaan pasukan anda untuk menyelesaikan kerja.
  • Kongsi dan pantau perkara yang dibincangkan dan diusahakan oleh pasukan secara mudah dengan mengikuti individu, laman, tag dan dokumen dengan suapan berita.
  • Gunakan kemampuan carian SharePoint Online untuk melaksanakan kerja harian dan projek dengan lebih berkesan dan mencari maklumat yang tepat.
  • Manfaatkan ciri keselamatan yang berkesan untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama dengan rakan kongsi yang dipercayai pada projek dan kerja harian.
  • Promosikan kebolehlihatan dengan alat kerjasama untuk mengalirkan kalendar, kehadiran dan maklumat kapasiti dengan lancar merentasi organisasi anda.
Kukuhkan kerjasama harian
Berkomunikasi secara lancar

Berkomunikasi secara lancar

Berkomunikasi secara lancar dengan cara baru untuk bekerjasama dan mengadakan perbualan untuk meningkatkan kerja pasukan keseluruhan.
  • Letakkan penuding di atas nama individu dalam pelan projek anda untuk melihat ketersediaan ahli pasukan untuk perbincangan atau pemesejan segera (IM) dengan Lync Online.
  • Bekerjasama dengan pasukan anda secara pantas dengan menyeret dan melepaskannya ke dalam mesyuarat Lync untuk persidangan kumpulan, pemesejan segera, perkongsian skrin dan ruang kerja yang dikongsi.
  • Segerak garis masa anda dengan laman projek anda dengan Project Pro for Office 365 untuk menggambarkan tarikh dan serahan secara visual dan pastikan semua individu termaklum dan tersusun dalam sekilas pandangan.
  • Terokai masalah yang mungkin dihadapi sebelum menjadi masalah sebenar melalui analisis laluan tugas baru dalam Project Pro for Office 365.
Buat keputusan berdasarkan data

Meningkatkan ketangkasan dan kawalan

Buat keputusan berdasarkan data dengan melengkapi ahli pasukan dengan maklumat yang mereka perlukan agar sentiasa termaklum dan membuat keputusan yang lebih baik.
  • Gunakan papan pemuka ringkasan untuk mendapatkan pandangan dan membuat keputusan yang lebih baik.
  • Optimumkan penggunaan dan peruntukan pelan untuk keperluan sumber organisasi anda melalui pusat sumber.
  • Cari dan agregatkan data dengan cepat pada berbilang dimensi melalui capaian layan diri dengan Excel Services.
  • Cari laporan yang berguna seperti Burndown dan Gambaran Keseluruhan Sumber dalam Project Pro for Office 365.
Buat keputusan berdasarkan data
Permudahkan IT

Permudahkan IT

Permudahkan IT dengan perkhidmatan awan yang terkemuka untuk menambah kefleksibelan dan keselamatan di samping memudahkan kerumitan teknikal.
  • Daftar terus untuk Project Online dalam pengalaman peruntukan yang terbuka dan segera dan pilih daripada beraneka pelan langganan yang paling sesuai dengan keperluan perniagaan anda.
  • Berikan tahap capaian yang betul kepada pasukan anda dan rakan kongsi perniagaan yang dipercayai secara mudah melalui model keselamatan bersepadu SharePoint baru dalam Project Online.
  • Seting IT dan perniagaan yang berasingan - Pejabat Pengurusan Projek (PMO) atau penaja perniagaan anda boleh menguruskan seting PPM tanpa bantuan tambahan daripada IT.
  • Pastikan perniagaan anda lebih selamat dan tersedia melalui sokongan IT 24/7 dan pematuhan dengan senarai standard pensijilan peraturan yang semakin berkembang seperti FISMA, ISO 27001 dan HIPAA.
  • Gunakan penyegerakan Active Directory (AD) dalam Project Online untuk memilih kumpulan AD yang mengandungi pasukan yang anda ingin tugaskan projek.
  • Gunakan standard industri seperti ODATA (protokol data terbuka) untuk perlombongan data dan kecerdasan perniagaan.
  • Yakin dengan sandaran data berterusan, pemulihan bencana dan pusat data yang berulangan di seluruh dunia.
Berinovasi secara pantas

Berinovasi secara pantas

Berinovasi secara pantas dan capai peluang dengan pengalaman perkhidmatan awan Microsoft yang disatukan dalam SharePoint Online, Exchange Online, Lync Online dan Office 365.
  • Gunakan aplikasi dari Gedung SharePoint baru untuk memenuhi keperluan perniagaan yang unik.
  • Bangunkan dan sampaikan dengan pantas aplikasi yang membantu anda menjimatkan masa proses diskret atau bersambung ke sistem perisian proprietari.
  • Bawa bersama disiplin berlainan seperti ALM, NPD dan IPM melalui platform PPM yang bersambung dan boleh diskalakan.
Berinovasi secara pantas

Ciri utama

IT dipermudahkan

Mulakan dan sediakan pasukan anda secara pantas dengan standard teknologi dan industri terkini untuk mengasingkan kefungsian PMO daripada kefungsian IT.

Penyepaduan Active Directory

Urus kelayakan dan keizinan pengguna.

Kebolehpercayaan

Kami berpegang teguh pada janji masa hidup 99.9% dengan jaminan kewangan industri yang terulung dalam industri.

Keselamatan

Data anda milik anda. Kami melindunginya dan melindungi privasi anda.

Pentadbiran

Mudah digunakan dan mudah dikawal. Anda boleh menambah dan mengalih keluar pengguna dengan segera. Gunakan PowerShell untuk mencipta skrip tersuai dan mengautomatikkan proses.

Kemas Kini

Kami mengemas kini perkhidmatan secara kerap dengan ciri dan keupayaan baru

Sokongan

Pelan untuk sokongan telefon 24/7 bagi isu IT lanjutan. Sokongan komuniti Microsoft menyediakan jawapan dalam talian, sumber cara dan sambungan dengan pelanggan Office 365 lain.

Mari bermula

Project membolehkan organisasi anda memulakan projek, mengutamakan pelaburan portfolio projek dan menyampaikan hasil dengan nilai perniagaan yang dikehendaki dengan cepat.

Capaian di mana jua

Jadilah produktif dari sebarang peranti dari mana-mana sahaja.

Click-to-run

Pasang dengan pantas melalui Internet, rangkaian dalaman, sistem fail setempat atau dari media luar talian untuk memastikan anda ikuti versi terkini Project Pro for Office 365. Ketahui selanjutnya dengan Click-to-Run.

Project On Demand

Microsoft Office 365 boleh menstrim versi terkini Project Pro for Office 365 dengan segera ke PC berlainan apabila anda dalam perjalanan.

Pengurusan kerja

Uruskan dan bekerjasama dengan mudah pada kerja sebagai pasukan tanpa struktur projek, tetapi mempunyai kebolehlihatan kerja untuk tujuan perancangan dan pelaporan.

Pengurusan tuntutan

Dapatkan kebolehlihatan projek, aktiviti operasi dan kerja harian. Lancarkan permulaan projek dan kemajuan menggunakan pentadbiran dan kawalan yang bersesuaian.

Analisis & pemilihan portfolio

Kenal pasti, pilih dan sampaikan portfolio projek yang paling selaras dengan strategi perniagaan organisasi anda dan maksimumkan ROI secara berkesan.

Pengurusan sumber

Sampaikan keputusan dengan tenaga kerja anda hari ini dan rancang untuk masa hadapan bagi menguruskan lebihan dan defisit merentasi horizon rancangan.

Pengurusan jadual

Hantarkan projek tepat pada masanya dengan peta untuk rangka kerja pelaksanaan dan penghantaran bagi menjejak kemajuan dan mengurus perubahan.

Pengurusan kewangan

Amalkan proses pengurusan kewangan dan jejaki prestasi kos secara berkesan untuk memastikan penghantaran mengikut bajet dan portfolio memenuhi faedah yang diramalkan.

Pengurusan masa dan tugas

Gunakan pendekatan berpusat dan umum untuk menjadualkan pelaporan masa dan pengurusan tugas.

Kerjasama

Kukuhkan kerjasama pasukan dan tingkatkan kejayaan projek dengan keupayaan sosial perusahaan, komunikasi mudah dengan pemesejan segera, laman pasukan dan keupayaan kerjasama lain yang mudah digunakan.

Pengurusan isu dan risiko

Elakkan, kenal pasti dan tangani kemungkinan risiko dan isu berkaitan perniagaan atau projek.

Pelaporan dan kecerdasan perniagaan

Kumpulkan, kategori, fahami dan buat keputusan tentang projek data. Gunakan kecerdasan perniagaan (BI) untuk menawarkan sokongan kebolehlihatan dan keputusan untuk menguruskan projek, program dan portfolio secara proaktif.

Pengurusan program

Sampaikan faedah yang diramalkan bagi program keseluruhan dan merentasi projek dalam perkembangan dasar dengan faedah tambahan bagi mewujudkan dan menggunakan teknik yang menyediakan permulaan program dan rangka kerja pemilihan.

Tadbir urus

Cipta aliran kerja dengan mudah dalam Visio dan SharePoint Designer tanpa pengekodan untuk menyelaraskan kemajuan projek atau penolakan dan meningkatkan pentadbiran dan kawalan.

Kebolehpanjangan

Pasang Aplikasi dari Gedung SharePoint untuk memenuhi keperluan perniagaan anda, menulis Aplikasi tersuai dengan mudah dan bersepadu dengan rangkaian sistem perniagaan.

Ekosistem Rakan Kongsi Pengurusan Projek dan Portfolio

Microsoft PPM disokong oleh ratusan Rakan Kongsi Microsoft yang memiliki Kecekapan PPM, menjalani peperiksaan yang berkaitan dan telah menjalankan penggunaan yang pelbagai di lebih daripada 80 negara di seluruh dunia. Apabila bantuan diperlukan untuk penilaian, perangkaan, penggunaan atau latihan dan anda bersedia untuk berurusan dengan organisasi Perkhidmatan Profesional—hubungi rakan kongsi PPM di rantau anda.
Nota: Kandungan terperinci hanya tersedia dalam bahasa Inggeris.
Cari maklumat untuk:

{"pmgControls": [{"functionName":"AddDynaCss","params":"#planattr|pmg-pos-abs|680"}, {"functionName":"PinnedNav","params":"#pmgPDN|#pmgPinnedNavStart|top|.pmg-pinned-nav-highlighted|false||680|.pmg-pinned-end-point"}, {"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame1|.pmgJS-target1"},

{"functionName":"AutoMiddle","params":".pmgJS-frame2|.pmgJS-target2"}, {"functionName":"AddDynaCss","params":"#3bc0a9ac-c9c4-2bdd-98bc-e564fb8d3fdd|pmg-float-right|680"},{"functionName":"CustomTooltip","params":"pmg-font-regular"}]}