Publisher

Publisher 2016—dapatkannya sekarang dengan langganan Office 365.

Petikan skrin bagi penerbitan Publisher dengan alatan gambar ditunjukkan pada reben.

Alatan mudah akan memudahkan lagi usaha menarik perhatian dengan menggunakan pelbagai foto.

Tukar gambar-gambar

Import semua gambar anda ke kanvas tunggal dalam Publisher dan tukarkannya dalam dan luar reka bentuk anda dengan hanya menyeret dan melepaskan. Lakukan uji kaji untuk mencari imej yang sesuai tanpa membuang masa.

Kesan

Gunakan kesan yang kelihatan profesional untuk teks, bentuk dan gambar, termasuk bayang lebih lembut, pantulan dan ciri-ciri OpenType seperti ligatur dan gaya alternatif yang biasa untuk digunakan kerana ciri ini berfungsi seperti kesan dalam aplikasi Office lain yang menyokongnya.

Gambar dalam talian

Gunakan Publisher untuk mencari album dalam talian anda di Facebook, Flickr, dan perkhidmatan lain dan tambahkan gambar terus pada dokumen, tanpa perlu menyimpannya terlebih dahulu pada desktop, laptop atau tablet anda. Ikon Petua Alat

Latar belakang gambar

Gunakan foto anda sebagai halaman latar belakang resolusi tinggi dan jadikan penerbitan anda kelihatan profesional dan kemas.

PC menunjukkan penerbitan Publisher dibuka dengan pilihan mel pada reben.

Peribadikan penerbitan anda menggunakan alatan yang biasa digunakan

Cantuman mel

Sertakan foto dan pautan dalam alat cantum mel yang biasa digunakan dan rangsang pemperibadian surat berita, kad dan e-mel anda.

Tab mel

Segala keperluan pemberibadian anda di satu tempat—reben.

Komputer riba menunjukkan skrin Kongsi dalam Microsoft Publisher 2016.

Terbitkan dalam cara yang tepat untuk khalayak anda

Perkongsian diringkaskan

Dokumen anda disimpan pada awan secara lalai. Anda boleh berkongsi dan bekerjasama hanya dengan menghantar pautan. Ikon Petua Alat

Cetakan foto

Kini lebih mudah untuk mencetak penerbitan atau album foto anda yang cantik di mana-mana kedai dengan keupayaan untuk menyimpan semua halaman anda kepada format gambar umum, seperti JPG.

E-mel

Kongsi halaman sebagai e-mel atau hantark keseluruhan penerbitan dalam mesej e-mel (sebagai HTML)—semua halaman akan digabungkan dalam satu mesej untuk anda.

Microsoft Publisher 2016 ialah versi terkini Publisher. Versi terdahulu termasuk Publisher 2013, Publisher 2010, Publisher 2007 dan Publisher 2003. Publisher 2016 serasi dengan Windows 10, Windows 8.1 dan Windows 7.