Logo SharePoint

SharePoint Online

Cipta laman pasukan dan portal dengan mudah untuk menerokai, berkongsi dan bekerjasama mengusahakan kandungan dengan rakan sekerja di dalam dan luar organisasi anda daripada mana-mana peranti.

{SPOP1Buy|price}

pengguna/bulan

Harga tidak termasuk cukai.
Anda juga boleh mendapatkan SharePoint Online dengan Office 365. Ketahui lebih lanjut

SharePoint Online memberikan ciri SharePoint yang berkesan tanpa overhed berkaitan pengurusan infrastruktur secara sendiri. Opsyen pengurusan yang fleksibel memastikan anda mempunyai kawalan yang anda perlukan untuk memenuhi keperluan pematuhan organisasi anda. Anda boleh membeli SharePoint dalam awan sebagai tawaran kendiri atau sebagai sebahagian daripada suit Office 365, di mana anda juga boleh mendapatkan capaian kepada Exchange, OneDrive for Business, Skype for Business, klien Office dan aplikasi web.

Telefon memaparkan aplikasi mudah alih SharePoint pada skrin

Capaian di mana-mana sahaja

Anda perlu sentiasa produktif walau ke mana jua anda pergi dan kini anda boleh melakukannya dengan aplikasi SharePoint yang baru (dikeluarkan dalam Q2 2016). Ia seumpama mempunyai intranet syarikat anda di dalam saku, memberi anda capaian kepada pasukan dan sumber organisasi yang diperlukan untuk menyelesaikan kerja di mana jua.

Komputer riba memaparkan sampel laman Pemasaran Contoso dalam SharePoint Online

Kerjasama yang lancar

Laman pasukan SharePoint hari ini ialah hab kandungan pasukan anda. Ia merupakan tempat semua orang yang bekerjasama di dalam dan luar organisasi anda berganding bahu dalam masa nyata untuk menyiapkan kerja – mencipta dan berkongsi kandungan menggunakan alat Microsoft Office yang sama dan lazim yang anda gunakan setiap hari.

Komputer riba memaparkan skrin My Sites SharePoint

Kecerdasan dan wawasan

Kecerdasan yang disediakan oleh Office Graph membezakan SharePoint sepenuhnya daripada aplikasi lain yang ada dalam pasaran. Dengan laman utama SharePoint yang baru (akan datang dalam Q2 2016), anda sentiasa boleh mendapat maklumat terkini berkaitan pasukan berlainan dan projek yang sedang anda usahakan melalui suapan aktiviti dan cadangan berdasarkan perkaitan anda dengan orang lain dan kandungan yang mereka sedang kendalikan.

Komputer riba memaparkan Pusat Dasar Pemadaman Dokumen dalam SharePoint

Keselamatan dan pematuhan tahap perusahaan

Hari ini, perusahaan memerlukan penyelesaian yang boleh diskalakan yang memenuhi keperluan keselamatan dan pematuhan di samping memastikan dasar disatukan digunakan merentasi setiap beban kerja dan setiap peranti. SharePoint menawarkan keselamatan terbaik dalam kelasnya, dengan lebih sedekad pengalaman dalam pembinaan perisian perusahaan dan perkhidmatan dalam talian. Pengguna akhir mencapai produktiviti yang mereka kehendaki sementara jabatan IT mendapat keselamatan awan dan keperluan pematuhan yang mereka perlukan.

Microsoft FastTrack

Microsoft FastTrack ialah perkhidmatan kejayaan pelanggan yang boleh membantu organisasi anda beralih ke Microsoft Cloud dengan lancar dan yakin serta mendapatkan keputusan perniagaan dengan lebih cepat. Ketahui lebih lanjut (dalam bahasa Inggeris)