SharePoint Server 2016

Modenkan infrastruktur pada premis anda menggunakan SharePoint Server 2016, dengan itu dapat meningkatkan prestasi, kebolehpercayaan dan skala sambil memberikan asas untuk inovasi akan datang.

Infrastruktur yang diinspirasikan oleh awan

Keadaan perniagaan yang berubah-ubah memerlukan anda bersikap tangkas dan itu bermakna melabur dalam penyelesaian yang memberikan kebolehpercayaan dan pilihan. SharePoint Server 2016 memberikan kefleksibelan untuk menyesuaikan penggunaan berdasarkan keperluan perniagaan anda yang unik.

 
 

Pengalaman pengguna moden

Membuat keputusan dengan lebih cepat dan kekal berhubung adalah kritikal untuk menjadikan sebarang organisasi lebih berkesan. Keupayaan anda dalam mencapai maklumat semasa dalam perjalanan kini merupakan keperluan di tempat kerja. SharePoint Server 2016 menjadikan penyimpanan fail dan kerjasama dokumen lebih mengutamakan pengguna, dengan pengalaman berasaskan sentuhan merentasi peranti dan capaian mudah alih yang dipertingkatkan kepada kandungan, individu dan aplikasi

 

Pematuhan yang mengutamakan pengguna

Kehilangan data tidak boleh dirundingkan dan pendedahan terlampau terhadap maklumat boleh menimbulkan implikasi undang-undang dan pematuhan. SharePoint Server 2016 menyediakan ciri dan keupayaan yang luas untuk membantu dalam memastikan maklumat sensitif kekal selamat dan orang yang betul boleh mencapai maklumat yang sesuai, pada masa yang sesuai.

 
 

Hibrid

Mengapakah perlu memilih antara pusat data anda dengan awan? Dapatkan kedua-duanya dengan penyelesaian awan hibrid.

 

SharePoint Online

Dengan Office 365, SharePoint menawarkan keselamatan yang dipertingkatkan, pengurusan mudah dan capaian daripada hampir mana-mana sahaja.