Cuba Office 365 secara percuma

Percubaan Office 365 Home disertakan

  • Versi Office 2016 yang dipasang bagi Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan banyak lagi.
  • Pemasangan pada sehingga 5 PC atau Mac.
  • Aplikasi mudah alih Office pada sehingga 5 tablet dan 5 telefon.
  • 1 TB storan awan OneDrive bagi setiap pengguna, untuk sehingga 5 pengguna.
Cuba 1 bulan percumaSedia untuk membeli Office?
  • Selepas 1 bulan percubaan percuma anda, Office 365 Home berharga {HomeM2M|price} sebulan.
  • Kad kredit diperlukan. Batalkan pada bila-bila masa. Petua alat dengan maklumat tentang keperluan Office dan keserasian untuk Windows dan Mac

Aplikasi Office 2016—lebih baik lagi dengan Office 365

Percubaan Office percuma pada PC dan Mac anda

Muat turun dan pasang aplikasi Office 2016 pada desktop anda secara percuma. Ia termasuk percubaan percuma Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan pelbagai lagi Petua alat tentang ketersediaan sesetengah aplikasi untuk PC dan Mac

Office merentasi semua peranti anda

Semak semula, edit, analisis dan persembahkan dokumen anda—daripada desktop anda kepada peranti Windows, Apple ® dan Android™.

1 TB storan awan OneDrive

Simpan fail anda pada OneDrive dan bertukar darioada satu peranti kepada peranti yang seterusnya tanpa sebarang kehilangan maklumat. Aplikasi Office akan bermula di mana ada berhenti sebelumnya.

Kongsi langganan anda

Office 365 Home sesuai untuk isi rumah yang mempunyai lebih daripada seorang pengguna Office. Kongsi langganan anda dengan sehingga 4 pengguna lain.

Ciri mudah alih lanjutan

Selesaikan kerja di mana-mana sahaja dengan ciri pengeditan, pemformatan dan pengarangan bersama lanjutan—dioptimumkan untuk sentuhan pada peranti mudah alih anda. Petua alat tentang tablet dan peranti mudah alih yang serasi

Bekerja bersama dengan mudah

Lihat pengeditan orang lain dengan pengarangan bersama dalam Word, PowerPoint dan OneNote dan kongsikannya daripada dokumen anda dengan satu klik butang.

Sentiasa terkini

Dengan langganan Office 365 yang aktif anda memperoleh aplikasi, ciri dan perkhidmatan Office yang terkini.

Capaian ke sokongan teknikal pakar

Perlukan bantuan berkaitan Office 2016? Setiap pelanggan Office 365 mendapat capaian kepada sokongan teknikal daripada pakar Microsoft yang terlatih.

Sesuai dengan Windows 10

Office dan Windows 10 merupakan penyelesaian paling lengkap untuk menyelesaikan kerja—daripada daftar masuk yang mudah kepada perkongsian dan storan terbina dalam.

Soalan lazim

Tunjukkan semua

Percubaan ini memberi anda capaian kepada semua ciri Office 365 Home. Ia termasuk:

  • Aplikasi desktop Office dipasang yang lengkap sepenuhnya (Word, PowerPoint, Excel, OneNote dan Outlook serta Publisher dan Access untuk PC Windows).
  • 1 TB storan awan tambahan OneDrive agar anda boleh menyimpan dokumen, foto dan video dalam talian dan mencapainya hampir daripada mana-mana sahaja.
  • 60 minit Skype yang boleh anda gunakan untuk menghubungi telefon mudah alih dan talian tetap. Lihat senarai negara/rantau.

1. Cipta atau daftar masuk dengan akaun Microsoft yang sedia ada. Apakah akaun Microsoft?

2. Berikan maklumat pembayaran untuk mendayakan pembayaran tahunan pada masa hadapan. Kad kredit antarabangsa dan PayPal (dalam sesetengah pasaran) diterima.

3. Kaedah pembayaran yang anda sediakan akan dikenakan caj secara automatik pada penghujung bulan percuma pertama bagi memastikan anda tidak mengalami sebarang gangguan dengan perkhidmatan. Anda boleh membuat pembatalan dalam talian tanpa dikenakan penalti sebelum percubaan anda tamat dengan melawati www.office.com/myaccount dan mematikan pembaharuan secara automatik di bahagian pembayaran dan pengebilan.

4. Sebaik saja kaedah pembayaran anda disahkan, anda akan dihalakan ke www.office.com/myaccount untuk pemasangan Office.

Anda diminta untuk menyediakan maklumat kad kredit bagi membantu memastikan anda tidak mengalami sebarang gangguan dengan perkhidmatan anda sebaik saja percubaan anda tamat. Kad kredit anda tidak akan dibilkan sehingga tamat tempoh percubaan. Anda boleh membuat pembatalan pada bila-bila masa semasa tempoh percubaan dengan mengklik Matikan pembaharuan secara automatik dalam Akaun Saya.

Capaian internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan kesemua keluaran terbaru suit Office dan kesemua pelan langganan Office 365. Untuk pelan Office 365, capaian Internet turut diperlukan untuk mengurus akaun langganan anda, contohnya untuk memasang Office pada PC yang lain atau mengubah opsyen pengebilan. Capaian Internet turut diperlukan untuk mencapai dokumen yang tersimpan pada OneDrive, melainkan anda memasang aplikasi desktop OneDrive. Anda juga perlu bersambung kepada Internet dengan kerap agar versi Office anda sentiasa terkini dan mendapat manfaat daripada naik taraf automatik. Jika anda tidak bersambung kepada Internet sekurang-kurangnya setiap 39 hari, aplikasi anda akan memasuki mod kefungsian berkurangan, yang bermaksud anda boleh melihat atau mencetak dokumen anda, tetapi tidak boleh mengedit atau mencipta dokumen baru. Untuk mengaktifkan semula aplikasi Office anda, sambung semula kepada Internet. Anda tidak perlu bersambung ke Internet untuk menggunakan aplikasi Office, seperti Word, Excel dan PowerPoint, kerana aplikasi tersebut telah dipasang sepenuhnya pada komputer anda.

Versi semasa Office menyokong PC yang menjalankan Windows 7 atau lebih baru dan Mac yang menjalankan Mac OS X 10.10 atau lebih baru bagi Office 2016 for Mac. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk keperluan untuk tablet Apple® dan Android™, lihat keperluan sistem penuh.
Ya. Dokumen yang anda cipta adalah milik anda sepenuhnya. Anda boleh memilih untuk menyimpannya dalam talian pada OneDrive atau secara setempat pada PC atau Mac anda. Ketahui apa yang akan berlaku sekiranya anda membatalkan langganan anda.

Perkhidmatan anda akan bersambung tanpa gangguan dan kaedah pembayaran anda akan dikenakan secara automatik di penghujung percubaan, dan kemudian secara bulanan. Anda tidak perlu memasang semula Office.

Tidak secara serta merta. Sebagai contoh, jika anda telah mencuba Office 365 Personal, anda tidak boleh mendaftar untuk percubaan Office 365 Home. Walau bagaimanapun, setahun selepas percubaan atau langganan berbayar anda tamat, anda boleh mendaftar untuk percubaan yang baru.

Jika anda mendaftar untuk percubaan pada halaman ini, lawati www.office.com/myaccount dan matikan opsyen pembaharuan secara automatik di bahagian pembayaran dan pengebilan. Dengan pendekatan ini, percubaan ini akan tamat secara automatik apabila bulan anda tamat dan kad kredit anda tidak akan dikenakan caj. Jika anda mendaftar untuk percubaan dengan mengklik ikon pada PC baru anda, percubaan anda akan tamat secara automatik selepas sebulan; tidak perlu untuk membatalkannya. Apabila percubaan tamat, anda akan digesa untuk memilih versi Office mana yang anda ingin beli.

iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.