Logo Office 365

Cuba Office 365 secara percuma

Percubaan Office 365 Home disertakan

  • Versi Office 2016 yang dipasang bagi Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan banyak lagi.
  • Pemasangan pada sehingga 5 PC atau Mac.
  • Aplikasi mudah alih Office pada sehingga 5 tablet dan 5 telefon.
  • 1 TB storan awan OneDrive bagi setiap pengguna, sehingga 5 orang pengguna.
Cuba 1 bulan percumaSudah bersedia untuk membeli Office?

Kad kredit diperlukan. Selepas 1 bulan percubaan percuma anda, Office 365 Home adalah {HomeM2M|price} setiap bulan. Batalkan pada bila-bila masa.Petua alat tentang keserasian Office dengan Windows dan Mac

Aplikasi Office 2016—lebih baik lagi dengan Office 365

Logo Word, ketahui lebih lagi tentang WordLogo Excel, ketahui lebih lagi tentang ExcelLogo PowerPoint, ketahui lebih lagi tentang PowerPointLogo Outlook, ketahui lebih lagi tentang OutlookLogo OneNote, ketahui lebih lagi tentang OneNoteLogo Access, ketahui lebih lagi tentang AccessLogo Publisher, ketahui lebih lagi tentang Publisher

Percubaan Office percuma pada PC dan Mac anda

Muat turun dan pasang aplikasi Office 2016 pada desktop anda secara percuma. Ia termasuk percubaan percuma Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan pelbagai lagi Petua alat tentang ketersediaan sesetengah aplikasi untuk PC dan Mac

Office merentasi semua peranti anda

Semak semula, edit, analisis dan sampaikan dokumen anda—dari desktop ke Windows, Apple® anda, dan peranti Android™.

1 TB storan awan OneDrive

Simpan fail anda pada OneDrive dan bertukar dari satu peranti ke peranti yang seterusnya tanpa sebarang kehilangan maklumat. Aplikasi Office akan bermula di mana ada berhenti sebelumnya.

Kongsi langganan anda

Office 365 Home sesuai untuk isi rumah yang mempunyai lebih daripada seorang pengguna Office. Kongsi langganan anda dengan sehingga 4 pengguna lain.

Ciri mudah alih lanjutan

Selesaikan kerja di mana-mana sahaja dengan ciri pengeditan, pemformatan dan pengarangan bersama lanjutan—dioptimumkan untuk sentuhan pada peranti mudah alih anda. Petua alat tentang tablet dan peranti mudah alih yang serasi

Bekerja bersama dengan mudah

Lihat pengeditan orang lain dengan pengarangan bersama dalam Word, PowerPoint dan OneNote dan kongsikannya daripada dokumen anda dengan satu klik butang.

Sentiasa terkini

Dengan langganan Office 365 yang aktif anda memperoleh aplikasi, ciri dan perkhidmatan Office yang terkini.

Capaian ke sokongan teknikal pakar

Perlukan bantuan berkaitan Office 2016? Setiap pelanggan Office 365 mendapat capaian kepada sokongan teknikal daripada pakar Microsoft yang terlatih.

Sesuai dengan Windows 10

Office dan Windows 10 merupakan penyelesaian paling lengkap untuk menyelesaikan kerja di dunia—daripada daftar masuk mudah kepada perkongsian dan storan terbina dalam.

Soalan lazim

Tunjukkan Semua

Percubaan ini memberikan anda capaian ke semua ciri Office 365 Home. Ia termasuk:

  • Pemasangan aplikasi Office (Word, PowerPoint, Excel, OneNote, dan Outlook, plus Publisher serta Access for Windows PCs).
  • 1 TB storan awan OneDrive tambahan agar anda boleh menyimpan dokumen, foto dan video dalam talian dan mencapainya hampir dari mana-mana sahaja.
  • 60 minit Skype yang boleh anda gunakan untuk menghubungi telefon mudah alih dan talian darat. Lihat senarai negara/rantau

1. Cipta atau daftar masuk dengan akaun Microsoft yang sedia ada. Apakah akaun Microsoft?

2. Sediakan maklumat bayaran untuk mendayakan bayaran bulanan pada masa hadapan. Kad kredit antarabangsa dan PayPal (dalam sesetengah pasaran) diterima.

3. Kaedah pembayaran yang anda sediakan akan dikenakan caj secara automatik pada penghujung bulan percuma pertama bagi memastikan anda tidak mengalami sebarang gangguan dengan perkhidmatan anda. Anda boleh membuat pembatalan dalam talian tanpa dikenakan denda sebelum percubaan anda tamat dengan melawati www.office.com/myaccount dan mematikan pembaharuan secara automatik di bahagian pembayaran dan pengebilan.

4. Sebaik saja kaedah bayaran anda disahkan, anda akan dihalakan ke www.office.com/myaccount untuk memasang Office.

Anda diminta untuk menyediakan maklumat kad kredit bagi membantu memastikan anda tidak mengalami sebarang gangguan dengan perkhidmatan anda sebaik saja percubaan anda tamat. Kad kredit anda tidak akan dibilkan sehingga tamat tempoh percubaan. Anda boleh membatalkan pada bila-bila masa semasa tempoh percubaan dengan mengklik Matikan pembaharuan secara automatik dalam Akaun Saya.

Capaian Internet diperlukan untuk memasang dan mengaktifkan semua keluaran terkini suite Office dan semua pelan langganan Office 365. Untuk pelan Office 365, capaian Internet juga diperlukan untuk menguruskan akaun langganan anda, sebagai contoh, untuk memasang Office pada PC lain atau untuk menukar opsyen pengebilan. Capaian Internet juga diperlukan untuk mencapai dokumen yang disimpan pada OneDrive melainkan anda memasang aplikasi desktop OneDrive. Anda juga harus menyambung kepada Internet secara kerap untuk memastikan versi Office anda adalah yang terkini dan memanfaat daripada peningkatan taraf secara automatik. Jika anda tidak menyambung kepada Internet sekurang-kurangnya setiap 39 hari, aplikasi anda akan memasuki mod kurang fungsi, yang bermakna bahawa anda boleh melihat atau mencetak dokumen anda tetapi tidak boleh mengedit atau mencipta dokumen baru. Untuk mengaktifkan semula aplikasi Office anda, hanya sambungan semula ke Internet. Anda tidak perlu menyambung ke Internet untuk menggunakan aplikasi Office seperti Word, Excel dan PowerPoint kerana aplikasi tersebut telah dipasang pada komputer anda.

Versi semasa Office menyokong PC yang menjalankan Windows 7 atau lebih tinggi dan Mac yang menjalankan Mac OS X 10.10 atau lebih tinggi bagi Office 2016 for Mac. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, termasuk keperluan untuk iPad® dan tablet Android™, lihat keperluan sistem penuh.
Ya. Dokumen yang anda cipta menjadi milik anda sepenuhnya. Anda boleh memilih untuk menyimpannya dalam talian pada OneDrive atau secara setempat pada PC atau Mac anda. Ketahui apa yang berlaku sekiranya anda membatalkan langganan anda.

Perkhidmatan anda akan bersambung tanpa gangguan dan kaedah pembayaran anda akan dikenakan secara automatik di penghujung percubaan, dan kemudian secara bulanan. Anda tidak perlu memasang semula Office.

Tidak secara serta-merta. Sebagai contoh, jika anda telah mencuba Office 365 Personal, anda tidak boleh mendaftar untuk percubaan Office 365 Home. Walau bagaimanapun, setahun selepas percubaan atau langganan berbayar anda tamat, anda boleh mendaftar untuk percubaan baru.

Jika anda mendaftar untuk percubaan pada halaman ini, lawati www.office.com/myaccount dan mematikan opsyen pembaharuan secara automatik di bahagian pembayaran dan pengebilan. Dengan pendekatan ini, percubaan ini akan tamat secara automatik apabila bulan anda tamat dan kad kredit anda tidak akan dikenakan caj. Jika anda mendaftar untuk percubaan dengan mengklik ikon pada PC baru anda, percubaan anda akan tamat secara automatik selepas sebulan; tidak perlu untuk membatalkannya. Apabila percubaan tamat, anda akan digesa untuk memilih versi Office mana yang anda ingin beli.

iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.