Visio

Ciri utama Visio

Ringkaskan maklumat kompleks dengan gambar rajah profesional yang anda boleh cipta dengan hanya beberapa klik. Visio membuatkan penciptaan gambar rajah menjadi mudah—sama ada anda ingin merakamkan dengan segera carta aliran yang anda bincangkan di atas papan putih, memetakan rangkaian IT, membina carta organisasi, mendokumenkan proses perniagaan atau melukis pelan lantai.
Gambar rajah dalam Visio, memaparkan bentuk yang dikemas kini dan capaian mudah kepada alat.
Gambar rajah dalam Visio, memaparkan bentuk yang dikemas kini dan capaian mudah kepada alat.

Cipta gambar rajah profesional dengan segera

  • Capaian lebih cepat kepada alat yang kerap digunakan, bentuk serta stensil yang baru dan dikemas kini dan tema serta kesan yang dipertingkat dan diperluas memudahkan anda mencipta gambar rajah profesional.
  • Standard penciptaan gambar rajah yang dikemas kini adalah disokong, termasuk Bahasa Pemodelan Disatukan (UML) 2.4, Model dan Tatatanda Proses Perniagaan (BPMN) 2.0, dan anda kini boleh menerbitkan aliran kerja SharePoint 2010 dan SharePoint 2013.
  • Bekerja mengikut cara anda dengan sokongan sentuhan yang dipertingkat, termasuk untuk Windows 8 dan Visio Services dalam Microsoft SharePoint baru, sama ada menerusi Microsoft Office 365 atau pada pelayan syarikat anda.
Gambar rajah Visio menunjukkan bentuk yang dipautkan kepada data dinamik.
Gambar rajah Visio menunjukkan bentuk yang dipautkan kepada data dinamik.

Pautkan gambar rajah kepada data dinamik

  • Menjadikan data kompleks boleh difahami sepintas lalu. Mencipta gambar rajah yang lebih dinamik dengan memautkan bentuk kepada data masa nyata, dengan set sumber disokong yang dikembangkan.
Gambar rajah Visio menunjukkan bentuk yang dipautkan kepada data dinamik.
Gambar rajah Visio dikongsi melalui pelayar untuk membolehkan pasukan bekerjasama menggunakannya.
Gambar rajah Visio dikongsi melalui pelayar untuk membolehkan pasukan bekerjasama menggunakannya.

Bekerjasama dengan mudah sebagai pasukan pada gambar rajah

  • Alat baru meringkaskan kerja berpasukan, membolehkan anda bekerja bersama pada gambar rajah yang sama pada masa yang sama dan melihat komen pengulas dengan mudah—dalam Visio dan Visio Services.
  • Kongsi gambar rajah anda dengan individu lain melalui pelayar walaupun mereka tidak mempunyai Visio terpasang—melalui Office 365 atau SharePoint.

Sumber

Ketahui tentang ciri baru dalam Visio, dengan video pantas (Dalam bahasa Inggeris)
Dapatkan tutorial pantas (Dalam bahasa Inggeris) tentang cara untuk bermula dengan Visio
Ketahui cara untuk mengarang bersama dan kerjasama (Dalam bahasa Inggeris) pada gambar rajah
Mencipta carta organisasi (Dalam bahasa Inggeris) daripada sumber data seperti buku kerja Excel atau Active Directory
Cari maklumat untuk: