Office 2016 yang serba baru.
Dapatkannya hari ini dengan Office 365.

Bekerja dengan paling berkesan menggunakan aplikasi Office 2016. Ciri baru membantu anda menyiapkan kerja dengan segera dan lebih pantas, mencipta dengan orang lain secara mudah dan membawa dokumen anda bersama semasa anda dalam perjalanan.

Lihat perkara baru dalam aplikasi Office 2016

Komputer riba dengan dokumen Word pada skrin menunjukkan pengarangan bersama sedang dijalankan.

Bekerja bersama menjadi lebih mudah

Office 2016 memudahkan anda berkongsi dokumen dan bekerja dengan orang lain pada masa yang sama.

Bekerjasama mengusahakan dokumen

Lihat pengeditan orang lain dengan pengarangan bersama dalam Word, PowerPoint dan OneNote. Sejarah versi yang dipertingkatkan membenarkan anda merujuk semula kepada petikan dokumen semasa proses pengeditan.

Perkongsian diringkaskan

Kongsi terus daripada dokumen anda dengan satu klik butang. Atau gunakan lampiran moden baru dalam Outlook—lampirkan fail daripada OneDrive dan konfigur keizinan secara automatik tanpa meninggalkan Outlook.

Office merentasi semua peranti anda

Semak, edit, analisis dan persembahkan dokumen Office 2016 anda merentasi sebarang peranti—daripada PC atau Mac ke telefon dan tablet Windows, Apple® dan Android™ anda.

Tablet menunjukkan persembahan PowerPoint bersama anak tetingkap Carian Pintar di sebelah kanan.

Berfungsi untuk anda

Kekal pada tugas dengan Office 2016 dengan cara baru yang lebih pantas untuk mencapai hasil yang anda ingini.

Cari perintah dengan Beritahu Saya

Hanya beritahu Word, Excel atau PowerPoint perkara yang anda ingin lakukan dan Beritahu Saya akan membimbing anda ke perintah tersebut.

Penyemakan fakta dengan Carian Pintar yang dikuasakan Bing

Carian Pintar menggunakan istilah yang anda serlahkan dan maklumat kontekstual yang lain dalam dokumen untuk menyampaikan hasil carian daripada web, semuanya dalam dokumen.

Lebih pantas dengan Wawasan

Gunakan ramalan satu klik untuk menukar data sejarah anda dengan pantas kepada analisis trend masa hadapan. Carta baru membantu anda menggambarkan data yang rumit.

Telefon menunjukkan dokumen Word sedang diedit dan tablet menunjukkan slaid PowerPoint sedang diedit.

Office bergerak bersama anda

Dari tempat kerja ke kedai kopi kegemaran anda, kekal berhubung dengan perkara yang penting—rakan, keluarga dan projek merentasi semua peranti anda.

Aplikasi Office dioptimumkan untuk sentuhan

Gunakan sentuhan untuk membaca, mengedit, mengezum dan menavigasi. Tulis nota atau buat catatan menggunakan dakwat digital.

Kumpulkan kesemuanya dengan storan awan OneDrive

Simpan ke storan awan anda dengan mudah dan beralih daripada satu peranti ke peranti yang lain tanpa tertinggal apa-apa. Aplikasi Office menyambung dari mana anda berhenti, tanpa mengambil kira peranti yang anda gunakan.

Tablet menunjukkan aplikasi Office dan jubin lain pada skrin Mula Windows 10.

Sesuai dengan Windows 10

Office 2016 dan Windows 10 merupakan penyelesaian paling lengkap untuk menyelesaikan kerja di dunia.

Helo

Ucapkan “Helo” sekali sahaja dan Windows akan log anda masuk ke PC dan Office anda—semuanya dalam satu langkah mudah.

Cortana

Bawa Cortana ke dalam Office anda untuk membantu anda menyelesaikan kerja. Biar penyepaduan antara Cortana dengan Office 365 membantu dalam tugas seperti persediaan mesyuarat.

Aplikasi Office Mobile

Aplikasi Office Mobile pada Windows 10 berciri mesra sentuhan, pantas dan dioptimumkan untuk produktiviti di mana jua.

Ilustrasi komputer riba, peranti mudah alih dan individu dengan set kepala yang bersambung ke awan di atas mereka, mewakili produktiviti awan Office 365

Nilai Office terbaik

Pelan langganan fleksibel Office 365 membolehkan anda mengambil pilihan yang sesuai untuk anda. Pilih pelan individu atau untuk seluruh isi rumah.

Dapatkan aplikasi Office yang dipasang

Office 365 menyertakan aplikasi Office 2016 baru untuk PC dan Mac seperti Word, Excel, PowerPoint, Outlook dan OneNote.

1 TB storan awan OneDrive

OneDrive memastikan anda kekal terhubung dengan perkara yang penting—rakan, keluarga, projek dan fail—di mana-mana sahaja pada sebarang peranti.

Capaian ke sokongan teknikal percuma

Perlukan bantuan berkaitan Office 2016? Setiap pelanggan Office 365 mendapat sokongan teknikal percuma daripada pakar terlatih Microsoft.

Dapatkan Office hari ini—buat pilihan yang sesuai untuk anda

Office 365
Home

Office 365
Personal

Office Home &
Student 2016

Untuk 1 – 5 pengguna

  • Kini disertakan aplikasi Office 2016 baru untuk PC dan Mac
  • Pasang pada sehingga 5 PC atau Mac, 5 tablet dan 5 telefon
  • 1 TB storan awan OneDrive bagi setiap pengguna, sehingga 5 pengguna
  • Sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini
  • Sokongan teknikal pakar Office disertakan

Untuk 1 pengguna

  • Kini disertakan aplikasi Office 2016 baru untuk PC dan Mac
  • Pasang pada 1 PC atau Mac, 1 tablet dan 1 telefon
  • 1 TB storan awan OneDrive
  • Sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini
  • Sokongan teknikal pakar Office disertakan

Untuk 1 pengguna

  • Kini disertakan aplikasi Office 2016 baru untuk PC atau Mac
  • Pasang pada 1 PC atau 1 Mac
{HomeAnnual|price}
tahunan
{O365PersonalYear|price}
tahunan
{HomeAndStud2016|price}
pembelian sekali
Untuk PC
Untuk Mac
{r3:c1}

{r2:c1}

{r4:c1}

{r3:c2}

{r2:c2}

{r4:c2}

{r3:c3}

{r2:c3}

{r4:c3}


Dapatkan aplikasi Office

Semak, edit, analisis dan persembahkan dengan antara muka pengguna yang konsisten dan biasa digunakan yang dioptimumkan untuk kegunaan pada peranti mudah alih anda. Dokumen kelihatan konsisten pada PC, Mac, telefon pintar dan tablet anda. Pengeditan teras disediakan secara percuma untuk pengguna pada peranti yang mempunyai saiz skrin lebih kecil daripada 10.1".

iTunes, iPhone dan iPad ialah tanda dagangan berdaftar Apple Inc., yang didaftarkan di A.S. dan negara-negara lain. Android ialah tanda dagangan Google Inc.